KASIH manusia sering bermusim,
sayang manusia tiada abadi.
Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janji-Nya pasti.

suamisoleh.jpgITULAH sedikit dari bait-bait lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tidak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan. Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang boleh digelar suami, secara ringkas pilihlah seorang lelaki yang…

- Kuat agamanya
Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang taat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman anda.

- Baik akhlaknya
Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara. Mudah di bawa berbincang. Tidak terlalu berahsia.

- Tegas mempertahankan maruah
Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam? Adakah dia jujur sebagai pelindung maruah seorang perempuan?

- Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, bila berjanji tidak ditepati, lupakan saja si dia.

- Pemurah tetapi tidak boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan harta dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

- Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

- Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidak mengamalkan cara hidup bebas.

- Rakan pergaulannya
Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Sebaik-baik teman adalah teman yang soleh.

- Bertanggungjawab & setia
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab. Setia mengharungi hidup bersama walau susah mahupun senang.

- Tenang wajah
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.

Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya.



83 Responses to “Ciri-ciri suami pilihan”

  1.    Says:

    de lg ke kaum adamyg mmenuhi kretiria 2?
    atau wjud dlm novel je?

  2.    Says:

    awat xder la kak oiii..
    ade per tapi jarang² ar jumpa
    huhu

  3.    Says:

    susah nak jumpa tu……sampai sekarang tak jumpa…yang jumpa takleh pakai.yang ok duda la pulak. tapi lhamdulillah homepage sebegini terdapat dlm internet.. terima kasih

  4.    Says:

    ape yang penting bersihkan hati dan jiwa kita dulu sblum menghrpkan seseorang yang terbaik untuk kita..

  5.    Says:

    assalammualaikum….

  6.    Says:

    hmmm kalo nak cri laki yg baik pmpuan sndri pun kne baik gak’laki baik utk pmpuan yg baik,laki jht tuk pmpuan yg jht’

  7.    Says:

    apa hukumnye seorang suami yang melebihkan kawan-kawanye dari isterinye sendiri.

  8.    Says:

    sy temui kriteria lelaki ini pada teman baik sy..

  9.    Says:

    assalamu ‘alaikum…
    yah..kalo kita pengin calon yg baek,brarti kite kudu baek ye..!!?
    wassalam…

  10.    Says:

    Allah menjadi setiap d bumi serta dgn PASANGANnya…so hndaklah kta YAQIN dgn ALLAH dlm memilih psngan. berusha, berdoalah pasti hasil yg terbaik kta perolehi…insyaALLAH..jgn berputus asa,krn ALLAH amat membecinya…
    Allahua’ilam

  11.    Says:

    yup i agree with hafiz…Dia telah mengaturkan yang terbaik buat kiter..yakinlah dengan qada’ dan qadarNya…semoger kiter semer mendapat rahmatNya dalam mencari pasanagn yang kekal di duni dan akhirat…amin…

  12.    Says:

    alhamdulillah.
    insyaallah c dia(saye punye) ade ciri2 2
    sebahagian….harap c dia adalah calon terbaik saye
    amin……..”,

  13.    Says:

    la…laki cmtue ssh nk jumpe lar..
    tp klu da jumper,takut kiter lak x memenuhi lak ciri2 wanita yg diingini..hurm…tolong!!

  14.    Says:

    to be honest, you cant find 100% of the above mentioned quality. its the wife part to cover his weakness. an old english saying, “you seek so far, it was just right in front of you”. mate meliar, yup, i can never deny that.

    i always wanted to marry a doc. i find stethoscope and white coats sexy. hehe.

  15.   NH Says:

    Artikel yang menarik untuk menjadi tatapan semua:

    MENCARI ATAU MENJADI?

    “Saya sedar saya tidaklah sehebat Fatimah, sebab itu saya perlukan suami yang soleh seperti Ali untuk membimbing saya”, kata seorang mahasiswi.

    “Ana memang tidak sebagus Ali, sebab itu ana kena pilih isteri yang sempurna macam Fatimah. Ana tak mampu nak memFatimahkan seorang yang tidak Fatimah!”, tegas seorang mahasiswa.

    Semua sibuk mencari. Mudahkah untuk mendapatnya?

    Semua sibuk mencari. Jika jumpa, mudahkah untuk mengekalkannya?

    Kita bertemu dengan pasangan hidup semasa duduk dalam suasana usrah. Alhamdulillah, imejnya berjubah dan bertudung labuh. Tetapi mampukah kita mengekalkan isteri kita pada benchmark solehah seperti itu di sepanjang alam rumah tangga? Dia mungkin akan diubah oleh suasana kerja, dia mungkin akan diubah apabila kembali ke pangkuan keluarga, dia mungkin berubah atas banyak pengaruh, atau paling utama, dia mungkin berubah kerana dia memang berubah.

    Maka mampukah kebahagiaan dan kesempurnaan rumahtangga dipertahankan, jika suami meletakkan kesempurnaan itu ialah pada apa yang isteri buat dan tidak buat, jadi atau tidak jadi?

    Kita mahu mencari pasangan hidup yang soleh, dan kita menemuinya di dalam suasana semua lelaki nampak sempurna. Semasa bercinta, dialah Ultraman, dialah Gaban. Tetapi siapa sangka, selepas berumahtangga, Ultraman berubah menjadi raksasa!

    Jika bahagia dan sempurnanya rumahtangga ialah pada apa yang suami buat atau apa yang isteri buat, kita akan hidup dan mati dalam pencarian. Pencarian yang tidak berkesudahan.

    Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.

    Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa.

    Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya.

    Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.

  16.    Says:

    saya MENCARI org yg akan MENJADI.

  17.    Says:

    Pada pendapat saya, pasangan kita adalah pelengkap kepada diri kita sendiri. Setiap kekurangan yang ada pada diri kita dilengkapi oleh pasangan kita.

    “lelaki beriman untuk perempuan beriman, Perempuan beriman untuk lelaki beriman”. Begitu juga sebaliknya.

    Muhasabah diri dulu jika kita berkendakkan seseorang yg lebih baik daripada kita. Supaya pasangan kita itu serasi dan menjadi ‘pelengkap’ pada diri kita sendiri yg paling sempurna.

    Sebaik-baik panduan untuk para muslimah dalam hal ini adalah surah al-mu’minah.

    (it’s my fev website)

  18.   NH Says:

    I agree with you Firdaus, ayat 1-22 (surah Al-Mu’minun), do depict the characters one should strive for as a mu’min (for both men & women).

    Saya yakin, kebahagiaan itu ada pada kecukupan, bukan pada kesempurnaan*

  19.    Says:

    assalamualaikum…
    alhamdulillah ciri2 tu ada pada bestfriend saya..harapnya dia jodoh saya…hehehe

  20.    Says:

    Askum…. mencari lelaki yg baik akhlaknya bukannye senag d zaman sekarang…. Kite x bleh pandang fizikalnya, rohani jugak perlu kita perhatikan…

  21.    Says:

    walaikumslm…jodoh 2 d tentukan tuhan…s0..kita yakin dan berd0alah selalu agar di pertamukan dgn jodoh yang baik….berdoalah….sekian…

  22.    Says:

    Berdoalah…Allah yang tentukan segalanya…

    Menjadi orang yang MENJADI berbanding MENCARI adalah sesuatu yang baik sekali. Jadilah orang yang baik dahulu. Tingkatkan iman sendiri dahulu. Tinggalkan segala perkara buruk yang lalu dulu, sebelum mencari kesempurnaan dari orang lain.

    Andai sudah takdir disatukan dengan seseorang yang tidak baik, bersyukurlah, dan cubalah bersabar dalam usaha mengubahnya. Jika tidak berjaya, maka bersabarlah. Sesungguhnya sabar adalah sesuatu yang akan membantu kita melalui jalan sukar ke syurga.

  23.    Says:

    perghh.. penangan ko mmg pedas

  24.    Says:

    sayang sekali bayak yang kurang dari banyaknya….namun wanita atau lelaki kalu nak mencari yang perfect mestilah perfectkan diri kita…moga2 Redha Allah bersama…barulah berkat ukhwah yang halal ni

  25.    Says:

    Askum… setiap manusia itu ada kelebihan dan ada kekurangannye. Make kalau dalam process mencari pasangan itu hendahlah diutamakan agamanye dahulu. Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:

    “Janganlah kamu kahwin dengan perempuan kerana kecantikannya, kerana boleh jadi mereka akan merugikan. Dan jangan kerana hartanya, kerana boleh jadi mereka akan mendurhakai. tetapi kahwinlah kerana agamanya. Sesungguhnya seorang budak perempuan hitam yang pecah hidungnya tapi beragama adalah lebih baik.”

    Oleh itu, janganlah seseorang itu meletakkan kecantikan fisikal itu sesuatu yg utama dimasa memilih pasangan. Kecantikan fisikal tidak akan kekal tapi kecantikan akhlak sampai ke akhir hayat. Semoga para lelaki menjadikan ini sebagai panduan mencari isteri masing2. Wassalam.

  26.    Says:

    saya ingin menjadi bidadari syurga kepadanya… saya harap Allah mudahkan laluan hidup kami.

  27.    Says:

    insyaallah aku akan menjalani kewajiban sebagai seorang suami

  28.    Says:

    amien, semoga menjadi suami yg cemerlang dunia dan akhirat

  29.    Says:

    Askum… Kepada para suami dan bakal suami, disini saya ingin berkongsi some tips bagi menghargai pasangan anda yg saya baca dari satu artikel.

    1. Anggap pasangan seperti diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi.
    2. Isteri bukan pembantu rumah. Make suami tidak boleh menganggap bahawa kerja-kerja rumah adalah tanggungjawab isteri seratus peratus walhal dalam Islam sendiri tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja-kerja rumah.
    3. Isteri adalah manusia yang penuh dengan perasaan emosi. Oleh itu hendaklah dijaga perasaan mereka supaya mereka tenang dan gembira dalam mengurus rumahtangga.
    4. Ingat tarikh penting kerana isteri memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh orang yang disayangi.
    5. Bantu ringankan tugas isteri dengan menolong mereka memasak, membasuh dan mengemas rumah. Tentulah dia akan berasa gembira dan tersenyum.
    6. Bawa isteri berehat di tempat-tempat peranginan yang menarik kerana setiap isteri pasti akan menghargai saat-saat manis sewaktu berehat di situ.
    7. Ciuman khas untuk isteri kerana ciuman di dahi atau kucupan di bibirnye dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu
    8. Beri pujian kepada isteri kerana ia amat penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur.
    9. Dengar pendapat isteri dan berbincanglah tentang hal rumahtangga, masa depan dan problem di kerja. Ini dapat mengekalkan komunikasi dalam sebuah keluarga.
    10. Cubalah penuhi hajat isteri yg munasabah bagi melambangkan bahawa anda adalah suami yang amat menghargai pengorbanan isteri.

    Semoga dengan sebahagian tips ini jika dapat diamalkan boleh menjadikan sesebuah hubungan suami isteri itu lebih bahagia and aman. Wassalam

  30.    Says:

    Mmmm…untungnye sapa dapat jadi isteri Azizan ni..sure akn slalu tsenyum..

  31.    Says:

    salam…mencari suami soleh…tapi diri sendiri tak menjamin menjadi isteri solehah…tepuk dada tanya iman

  32.    Says:

    Azizan : Tq for such lovely tips. I’m sure a lot of wives will appreciate it. Mmg bertuah sungguh! :)

    Murshidah : Izinkan saya memberi sedikit respon yg membina. Insya Allah kita memperolehi rahmat dari-Nya, mudah2an dpt menjadi tazkirah buat diri saya & bermanfaat utk yg membaca.

    Hidup seorang mukmin wajib berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. Apabila Rasullulah s.a.w sendiri yg memberi panduan dlm memilih pasangan hidup, supaya diutamakan yg beragama, siapalah kita untuk menidakkannya.

    Sayid Qutub berkata:

    Pernikahan atau perkahwinan merupakan hubungan yang paling mendalam, paling kuat dan paling kekal yang mengikatkan di antara dua manusia. Hubungan ini meliputi sambutan-sambutan dan penerimaan timbal-balik yang paling luas yang dilakukan oleh dua manusia itu.

    Oleh sebab itu hubungan ini memerlukan kepada perpaduan hati dan titik pertemuannya dalam satu ikatan yang tidak terhurai lagi. Untuk mencapai perpaduan hati, pastilah kedua-duanya bersatu di atas satu akidah dan tujuan hidup, kerana akidah merupakan sesuatu yang paling mendalam dan luas mengimarahkan jiwa manusia.

    Akidahlah yang mempengaruhi jiwa manusia, menyesuai dan menentukan perasaan-perasaannya, penerimaannya dan seterusnya akidahlah yang menentukan perjalanan dalam seluruh kehidupan.

    Yg menjamin seseorang itu TIDAK soleh atau solehah, adalah lemahnya usaha menggunakan akal yg sempurna dikurniakan Allah untuk mendidik hati & bermujahadah melawan hawa nafsu. Sesungguhnya Allah tidak akan menganiayai hamba-hambaNya walaupun sedikit melainkan mereka yg menzalimi diri sendiri.

    Niat, menentukan adakah berkahwin itu untuk mencari redha Allah atau sebaliknya (cantik, harta, kedudukan?). Nobody is born a ‘maksum’. Jikalau kita merasa diri tidak sempurna dari segi ilmu atau pengamalannya, adakah berputus asa di situ? Adakah itu bermakna, org yg jahat dan berdosa tidak layak utk membersihkan dirinya sehingga ditingkatkan darjatnya oleh Allah swt. Ada tanda-tandanya bagi orang yg benar2 ingin kembali kpd Allah – salah satunya adalah dia akan berusaha utk istiqamah membersihkan diri sehingga hatinya akan cinta kepada Allah, dan cinta pula kpd sesiapa yg mencintai-Nya.

    Jikalau seseorang itu mencintai seseorang yg soleh / solehah dengan ikhlas (krn ketaatan mrk kpd Allah) – itu adalah salah satu tanda yg taubatnya diterima oleh Allah atau tanda yg dia telah dianugerahkan kurnia yg sgt besar dari Allah.

    Jgn pula merendahkan orang-orang yg belum soleh tapi ingin kembali kpd Allah atau mencari jalan yg lurus atau mahu mencintai orang-orang yg mencintai Allah. Dlm hal ini tak semestinya dlm mencari jodoh sahaja.

    Seseorang yg hatinya mati dan jauh dari hidayah kerana engkar kepada Allah, tidak mempunyai sebab untuk mencintai org2 yg mencintai Allah (hanya kerana cinta mereka kepada Allah). Harap dpt difahami ayat yg kompleks ini.

    Kalau kita belum sampai tahap soleh (dan menyedarinya), adakah kita akan menjerumuskan diri kpd kebinasaan? Atau menunggu waktu ke neraka?

    Takdir Allah akan tetap berjalan walau apapun, dan redha dituntut atas apa yg Allah kurniakan. Tetapi saya lebih gembira jika kita dpt mempraktikkan dulu piawai yg di saran oleh agama – ikhtiar utk istiqamah (kekal) memperbaiki diri & ketaatan kpd Allah dan cuba mendampingi (jodoh, teman, sahabat) yg mempunyai matlamat yg sama. Kenapa? :

    1) Konsep tawakkal dlm Islam adalah usaha yg pro-aktif di samping pergantungan rohani kpd Allah melalui ibadah, doa & solat istikharah. Sama sekali tidak salah memilih pergaulan yg baik kerana niat untuk membina hidup yg bahagia di dunia & akhirat walaupun diri tidak sempurna. Mudah2an dgn pertalian itu, ia dpt menyelamatkan melalui usaha nasihat-menasihat, ingat-mengingati dsb.

    2) Kita akan di hambat ujian demi ujian sehingga ajal sampai, adakah kita akan bersama teman yg komited utk sama-sama membimbing dan mendidik ke syurga atau sebaliknya? Kita berusaha untuk menasihati, berbincang dsb, tapi terpulang kpd Allah utk memberi hidayah. Kita tidak memutuskan silaturrahim, kerana umat Islam itu bersaudara, tapi ucapkanlah ‘Assalamualaikum’, berdoa dan berlalulah, jika maruah diri kita tidak dipedulikan.

    3) Hanya orang yg bertakwa kpd Allah (yg beriman belum tentu lagi bertakwa), tidak akan menganiayai, mempermain-mainkan harga diri atau mensia-siakan hidup pasangannya / sahabatnya. Pernah berlaku kpd seorang yg begitu mempercayai temannya dan pernah meminta dgn tulus ikhlas “Can you guide me?”. Malangnya, setelah kepercayaan diberi, dikhianati, bukan jalan syurga yg dibimbing, malah jln maksiat yg diajarkan. Selepas hilang suka, ditinggalkan sahaja, org lain dicari sbg ganti. Sounds familiar? Begitulah besarnya pengaruh seorang yg di percayai atau org-org yg didampingi.

    4) Kita bertanggungjawab terhadap pilihan dan amalan kita. Pernahkan kita terfikir, mengapa kita menderita, kenapa kita menangis, kenapa kita dizalimi? Adakah seseorang yg berhati suci & benar2 takutkan Allah akan menzalimi seseorang yg lain? Renungkan sejenak.

    Yg soleh atau solehah itu juga TIDAK akan pernah sempurna, akan tetapi tanda-tanda org yg jujur dan taat pada Allah itu ketara. Adakah Allah akan mensia-siakan hamba-Nya yg sentiasa memperbaiki amalan & pilihannya?

    Kita bukan ingin menjadi masyarakat malaikat, tapi masyarakat manusia yg hidup di bumi tapi bertunjangkan petunjuk dr langit. Ini adalah ikhtiar dan usaha kita, apa2 pun yg dikurniakan atau tidak oleh Allah, akan & pasti berlaku hanya dgn izin Allah jua.

    Berusaha, berdoa, bertawakkal. Selebihnya adalah urusan Ilahi.
    Allah Maha Mengetahui & Maha Mengasihani.

  33.    Says:

    assalamualaikum,saya bru je bka laman nie,byk yg saya dpt drinya..ianya byk mmbri pngjrn dan byk yg saya dpt ambil drinya..yg mnjdi prmasalahan bg dri saya skrng ialh saya dah jmpe lelaki yg saya cri slma nie..tpi umr kmi sme..msng2 bru brumur 18 thn..mcm mne utk saya mngekalkn hbngn nie?coz saya rse dielh yg trbaik buat saya..mngkn trlalu awal untk saya fikirkn smua nie..tapi saya prlukkn seseorg yg mmbri skngn dn dorongan,saya nk mntk pndngan dri sahabat sekalian..apakah yg ptt saya lkukn agar hbngn saya ngan si dia kekal..salam ukhuwah fillah…

  34.    Says:

    hi bisikan nurani…
    adik masik terlalu muda…
    tp apa yg akak ingin pesan di sini..
    adik cintakan Allah dahulu..
    jgn letakkan cinta kita 100% pada kekasih hati.. yg hanya sementara itu…
    mungkin kita rasa dia ialah yg terbaik.. tetapi perjalanan hidup ini masih panjang…

  35.    Says:

    Azizan: Memang otai. Two thumbs up for you. Kalau hamba ada tiga tangan akan jadi three thumbs up.

    Rasanya, dilema dihadapi kaum hawa sama saja dengan dilema kaum adam.

    Semua nak mencari teman hidup yang memenuhi pelbagai syarat. Kriteria2 untuk memilih calon hidup sememangnya penting tapi pada masa perlu menjadi realistik juga. Terlalu ramai (termasuk saya) yang ‘mencari yang wangi tapi sendiri tak mandi’.

    Kenapa macam itu? Mungkin sendiri malas nak berubah dan harapkan orang lain mengubah diri.

    Allah sahaja Yg Maha Mengetahui.

  36.    Says:

    semoga Allah permudahkan urusanku. Kat UTP nie banyak dugaan.

  37.    Says:

    Assalamualaikum…

    Jadilah yg terbaik untuk mendapat yg terbaik…
    Lakukan yg terbaik untuk mendapatkan hasil yg terbaik…
    Mohonlah kepada Allah Ta’ala kerana hanya Dia Maha Mengetahui apa yg terbaik untuk kita…

    Peringatan untuk diri dan sahabat sekalian…

    Wassalam…

  38.    Says:

    assalamu’alaikum wbt

    alhamdulillah, dh jupe bakal teman hidup dunia dan akhirat..dalam perncangn utk membina baitul muslim..kekadng terasa kerdil bile membandingkn diri sendiri dgn diri nya yg blh dikatakn memmenuhi sume ciri2 suami pilihan di atas..semoga Allah memelihara silaturrahim ini dan menjaga hati kami dlm tempoh masa shingga hari diijabkabulkn..apapun, cinta pada ALLAH harus menjadi yg pertama selamanya..

  39.    Says:

    asalam… sje nk tau.. saya ad tonton dalam drama… si suami seorg yg jahat dengan lain perkataan si suami jarg menunaikan tanggungjawab sbg seorg suami tetapi berkahwin dengn si isteri yg solehah.. sy tau bende sebegini slalu berlaku dalam kehidupan realiti… erm dalam perkahwinan kte ade perlu ade sifat saling tolong menolong antara 1 dgn sme lain.. so jika adakah memalukan @ menjatuhkan maruah suami jika si isteri yg solehah ini membimbing suami nye yg ‘tenat’ ini? bleh bg comment skit…. thnks

  40.    Says:

    pada pandangan saya, tiada orang yang bersifat sempurna, kecuali rasullah seorang je. so, terimalah pasangan kite dengan hati terbuka. kekurangannya adalah kelebihan kite dan kelebihannya adalah kekurangan kiter. ada kata2 ” pasangan hidup adalah pelengkap hidup kite…” kalau kiter dah ada semuanya, pasangan kiter nak lengkapkan apa kan..so, korang tak payah lah nak pk sgt..berdoa je pada ALLAH dan perbaiki diri kite kearah yg lbih baik.ok..2 je pendapat aku. atas korang le nak terima x..k,askm

  41.    Says:

    Saya tidak dpt mengelak.. utk berfikir, sejauh mana agaknya dpt menerima dengan hati terbuka, pasangan yg tidak mahu memperbaiki diri & memperbaiki ketaatan kpd Allah… Cukupkah dgn serasi, cinta, romantiknya, baik budi bahasa… Sampai bila agaknya akan setia, jika hatinya tidak takut pd Allah… Apa yg menghalangnya utk tidak menzalimi bila cintanya hilang…?

    Terimalah seadanya personaliti (kuat merajuk, pendiam, pemalu, terlalu rajin dsb) dan ciri fizikal pasangan (hidung penyets, kurus, gemuk, kuat berdengkur dsb). Kerana kebahagiaan itu bukan pd kesempurnaan, tapi pd kecukupan (redha, qanaah).

    Tapi saya cuba bertafakur, apakah benar boleh bahagia jika akidah yg tidak sempurna? Hanya seorang diri yg memperbaiki iman & berdoa, atau bolehkah bahagia dan benar redha, jika pasangan meringankan solat (solat yg tidak mencegah mungkar)? Tidak puasa? Tidak amanah (bila berjanji, di khianati)? Bergaul bebas (lelaki/perempuan)? Tidak mementingkan soal akhirat (halal, haram)? Matlamat hidupnya lebih pd kejayaan, keseronokan di dunia (sia-siakan usia tanpa amal soleh)?

    Saya cuma, berfikir sejenak… (I can’t help it)
    Bolehkah bahagia… (realistically)?

  42.    Says:

    assalamualaikum.ramai bagi respons.alhamdulillah.lama web ni banyak membantu mencari nur dan ara tuju hidup.alhamdulillah ciri-ciri itu ada pada seorang yang saya kenali.mudah-mudahan Allah permudahkan jalan kami dan dia untuk saya.Apa-apapun siapa kita nak menolak takdirnya.Kerana itu CINTAKAN ALLAH PERTAMANYA,pada RASULULLAH SANJUNGAN KITA,BONDA.AYAHANDA.KELUARGA yang sentiasa mencintai kita.YAKIN BAHAWA LELAKI YANG BERIMAN UNTUK PEREMPUAN BERIMAN.dan kalau sebaliknya,mungkin ujian dan SENTIASALAH BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH YANG MENGASIHANI.Saya dapat rasakan KEBAHAGIAAN ITU BILA KITA CINTAKAN ALLAH DAN SAYA RASAKAN ALLAH JUGA MENYINTAI HAMBANYA YANG MENCINTAINYA.
    BILA KITA MENCINTAI SESEORANG KERANA ALLAH APA JUA BERLAKU ITA PASTI TIDAK KECEWA,SEPI,SEBALIKNYA BERTAMBAH KUAT IMAN DAN YAKIN SERTA CINTA PADA YANGMAHA SATU ITU.CINTA HANYA KERANA ALLAH..
    LOVE ALL MUSLIM AS A UNITE………

  43.    Says:

    assalamualaikum.ramai bagi respons.alhamdulillah.lama web ni banyak membantu mencari nur dan araH tuju hidup.alhamdulillah ciri-ciri itu ada pada seorang yang saya kenali.mudah-mudahan Allah permudahkan jalan kami dan dia untuk saya.Apa-apapun siapa kita nak menolak takdirnya.Kerana itu CINTAKAN ALLAH PERTAMANYA,pada RASULULLAH SANJUNGAN KITA,BONDA.AYAHANDA.KELUARGA yang sentiasa mencintai kita.YAKIN BAHAWA LELAKI YANG BERIMAN UNTUK PEREMPUAN BERIMAN.dan kalau sebaliknya,mungkin ujian dan SENTIASALAH BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH YANG MENGASIHANI.Saya dapat rasakan KEBAHAGIAAN ITU BILA KITA CINTAKAN ALLAH DAN YAKIN YANG ALLAH JUGA MENYINTAI HAMBANYA YANG MENCINTAINYA.
    BILA KITA MENCINTAI SESEORANG KERANA ALLAH APA JUA BERLAKU ITA PASTI TIDAK KECEWA,SEPI,SEBALIKNYA BERTAMBAH KUAT IMAN DAN YAKIN SERTA CINTA PADA YANGMAHA SATU ITU.CINTA HANYA KERANA ALLAH..
    LOVE ALL MUSLIM AS A UNITE………

  44.    Says:

    tak munasabah bagi diri saya…untuk tidak mementingkan rupa yang cantik (average) dalam memilih wanita idaman. Agama yang utama, tapi rupa juga salah satu punca ketenteraman jiwa.

    al-tapi…falsafah yang saya pegang ialah – wanita beragama selalu menjadi cantik, dan wanita x beragama akan jadu buruk dan huduh…..

    takde kegusaran, kerana saya hanya perlu usaha baiki diri saya sahaja, Allah pilihkan.

    sekian

  45.    Says:

    Cinta kita CINTA PERJUANGAN…
    Cinta… apakah itu cinta? Cintakan Allah… cintakan manusia.. cintakan dunia.. cintakan akhirat.. cintakan lelaki.. cintakan wanita… adakah semuanya membawa ke syurga…?

    Sebuah cerpen yang begitu bermakna buat diri saya..

    Cinta Kita… Cinta Perjuangan

    “Enti menangis..?”
    “Untuk apa ana menangis, bukankah akh selalu pesan, jangan menangis kerana manusia.”
    “Habis, mata enti berair?”
    “Mata ana masuk habuk. Kebelakangan ni, selalu sangat mata ana ni berair.” Aku tersenyum. Alasan ni dah lapuk sebenarnya, seingat aku semasa aku berumur 7 tahun, aku sudah tidak percaya alasan ‘masuk habuk’ yang menyebabkan mata seseorang berair. Filem-filem Melayu yang mengajar aku.
    “Ana tahu enti menangis..”

    “Tidak…!! Tak faham-faham ke?!” Dia tiba-tiba membentak.
    “Oklah.. oklah.. mata enti masuk habuk. Ginilah, kapal terbang akan bertolak besok pukul 7.00 petang. Kalau enti nak hantar pun hantarlah. Kalau tak nak pun, kapal terbang tu tetap akan bertolak. Ana pergi cuma 2 tahun, tak lama..”

    “Insya-Allah ana akan hantar. Tapi kalau ana tak hantar pun, ana harap akh tidak kecil hati. Ana takut berlalu fitnah. Maklumlah, kita bukannya diikat dengan ikatan yang sah lagi. Sekadar pertunangan…”

    “Pertunangan bukannya ikatan yang sahkah..?”

    “Bukan itu maksud ana, namun setidak-tidaknya ia kan boleh putus bila-bila masa sahaja. Sekali dihempas ombak, sekali pantai berubah..”

    “Pantai berubah kerana ombaklah tunangnya. Cuba jika bulan menjadi gerhana, atau matahari hilang sinarnya, berubahkah pantai?” Aku berfalsafah. Dan memang dia akan selalu kalah kalau beradu bahasa denganku. Temannya yang sering dibawa apabila berjumpa denganku tergelak kecil. Satu sokongan moral untukku.

    “Akh punya pasallah. Ana nak pergi. Jumpa lagi besok. Assalamualaikum..” Aku tidak menjawab salamnya. Bukankah menjawab salam dari seorang wanita yang bukan mahram hukumnya makruh?
    ………………………………………….

    “Ana tak setuju dengan pandangan ustaz!!” Seorang muslimah bangun membentak. Aii.. ada juga yang berani rupanya.

    “Bukankah demokrasi telah lama memperdayakan kita? Adakah Rasulullah SAW berjuang untuk mendapatkan kuasa baru dilaksanakan syariah seperti yang terdapat dalam hukum demokrasi..?” Dia berhenti seketika. Mengambil nafas rasanya. Ini baru kali pertama aku melihat dia bangun berucap di khalayak.

    “Kalaulah demokrasi boleh gagal di Turki, boleh gagal di Algeria, kenapa tidak di negara kita? Ustaz bercakap terlalu yakin dengan demokrasi. Di mana pula komitmen ustaz terhadap pembinaan tanzim seperti yang diajar oleh Hassan Al-Banna dan Syed Qutb?” Suasana semakin bising. Apabila seorang pembentang kertas kerja seperti aku ditentang di khalayak ramai, ia satu kejanggalan yang ketara. Sekalipun Dewan Badar ini sudah cukup sejuk, namun ia tetap ‘hangat’ pada malam ini.

    “Ana rasa ustazah sudah silap faham terhadap pandangan ana. Ana cuma ingin menyatakan, kadang-kadang demokrasi boleh digunakan untuk mendapatkan kuasa selagi mana diizinkan. Ciri demokrasi yang paling ketara ialah pemilihan pemimpin melelaui majoriti. Bukankah Abu Bakar sendiri dipilih melalui majoriti dan bai’ah? Bezanya, bai’ah dahulu dengan tangan, manakala sekarang dengan menggunakan kertas undi. Yang penting, kerelaaan!”

    “Baiklah. Cuma ana ingin bertanya, adakah ustaz berpandangan bahawa demokrasi ialah satu-satunya cara untuk memastikan kedaulatan Islam di bumi kita?”

    “Hmmm.. sehingga sekarang, ya. Kita masih boleh bergerak bebas, gunakanlah ruang yang ada sekadar yang termampu.”
    “Maaflah ustaz. Ana tidak mampu untuk bersetuju dengan pandangan ustaz.” Dia menamatkan ‘soalannya’ lalu mengambil tempatnya kembali. Aku terkasima sendirian.
    ……………………………………….
    “Kau kenal dia Abdullah?” Aku memulakan pertanyaan yang sekian lama tertanam di dalam benakku. Abdullah berhenti menyuap nasi, memaku matanya ke wajahku. Sekarang aku nekad, sekurang-kurangnya aku harus mengenali orang yang begitu berani menongkah pendapatku di tengah khalayak. Suasana di restoran sup tulang yang biasanya sibuk dengan pelanggan malam ini nampaknya begitu lengang seolah-olah memberikan ruang yang cukup untukku berbicara dari hati ke hati dengan Abdullah.

    “Ini kali pertama kau bertanyakan soalan kepadaku tentang perempuan. Hai, sudah kau jualkah prinsip kau selama ini. Kau kan tak mahu menjadi hamba cinta?!” Memang hebat Abdullah kalau diberikan peluang untuk menyindir. Mungkin dia terlupa bahawa dia hanya menumpang keretaku untuk datang ke sini atau dia sudah bersedia untuk balik dengan hanya berjalan kaki.

    “Jawab soalan aku dulu..”

    “Rupa-rupanya, manusia berhati batu macam kau pun tahu erti cinta…” Abdullah belum puas lagi menyindir nampaknya.

    “Jawab soalan aku dulu..” Aku memohon untuk kali kedua.

    “Baiklah Muhammad, aku tahu sejak malam tu kau sebenarnya ingin mengenali dia. Orang seperti kau ni Muhammad hanya akan ‘kalah’ dengan kaum yang spesis dengan kau saja. Maksud aku, yang boleh diajak berbincang tentang perkara-perkara yang kau minati yang kebanyakannya adalah membosankan!”

    “Jawab soalan aku dulu..” Aku ulangi permintaanku untuk kali seterusnya.

    “Ok.. dia, namanya kau sudah tahu. Seorang yang pendiam dan suka menulis. Menurut kakakku yang sebilik dengannya, dia ni sering bangun awal. Sebelum pukul 5 sudah di atas tikar sejadah. Bukan macam… ”

    “Aku? Hai.. kau ni silap tuju. Kau yang bangun lewat Abdullah.. ok, teruskan.”

    “Kalau kat asrama, dia ni suka baca Al-Quran, tak suka bersembang kosong, tak suka jalan-jalan dan banyak lagi yang dia tak suka..” Abdullah dengan selamba menceritakan segala-galanya.

    ‘Lagi.. negatifnya?”

    “Negatifnya.. banyak..” Abdullah tersenyum sejenak. Lalu menyambung,

    “Negatifnya.. pelajaran dia agak sederhana. Tapi bagi aku, itu tidak menjadi masalah. Cuma.. aku tak pasti adakah kau akan setuju dengannya jika aku menyatakan sesuatu.”

    “Apa dia..? Negatifkah?”

    “Tidaklah negatif sangat, namun bertentang dengan aliranmu. Dia terlibat dengan satu pergerakan… rahsia! Maksud aku, pergerakan yang memperjuangkan sesuatu yang tidak selari dengan undang-undang demokrasi.”

    “Gerakan militankah?”

    “Mungkin, namun aku tak pasti. Sebab aktiviti mereka terlalu rahsia. Kau mungkin maklum, manhaj mereka berasaskan semangat ‘hazar’ yang dididik oleh gerakan Ikhwanul-Muslimin. Ketaatan mereka kepada amir mereka melebihi ketaatan mereka kepada sesiapa saja.. termasuklah ibubapa mereka sendiri!!”

    “Sampai begitu sekali.. matlamat mereka?”

    “Sama macam kau, memperjuangkan Islam! Tapi mereka lebih praktikal. Mereka dilatih dengan marhalah-marhalah tarbiyyah mereka sendiri. Dan mereka menyintai syahid. Tidak macam kita rasanya, kita bercakap tentang Islam, tapi kita berehat lebih banyak dari bekerja! Dan kau jangan terkejut kalau mereka sebenarnya mempunyai hunungan dengan rangkaian peringkat nasional malah antarabangsa termasuk gerakan Hamas dan Briged Aqsa di Palestin!

    “Kalaulah.. aku memilihnya menjadi teman hidupku, adakah ketaatannya kepada jemaahnya melebihi ketaatan kepadaku sebagai suami?” Aku mengutarakan soalan bonus untuk Abdullah.

    “Aku pasti, dia akan memenuhi tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Namun kalau kau harap dia akan memecahkan rahsia gerakannya dan menderhakai bai’ahnya kepada jemaah, lebih baik kau bercinta dengan bulan sahaja!”
    ………………………………………….

    Aku tidak tahu kenapa aku harus memilih dia. Dia bukanlah yang tercantik di bumi ini. Aku pasti. Tidak juga yang terkaya. Jauh sekali dari yang terbijak di dalam pelajaran. Namun aku yakin, dia yang terbaik untukku. Ciri-ciri muslimah sejati terserlah ketara pada dirinya yang membuatkan diriku terasa tenang sekali apabila memandangnya. Langkahnya yang teratur dan pandangannya yang dijaga adalah benih-benih keimanan yang terserlah dari hati yang dididik dengan ketaqwaan. Tapi persoalan yang dibangkitkan oleh Abdullah membuatkan aku termenung sejenak. Bolehkah aku hidup dengan orang yang berlainan aliran perjuangannya denganku. Bahagiakah aku?

    “Ustaz sudah fikirkan masak-masak..?”

    “Bukan setakat masak, ana rasa sudahpun rentung. Cuma bagi pihak ustazah, adakah ustazah setuju menerima ana. Maksud ana, dengan segala kekurangan yang ana miliki.

    “Ustaz orang famous. Siapalah ana. Ana rasa tak layak sebenarnya.” Dia merendahkan diri namun dalam intonasi suara yang masih terkawal.

    “Ini bukan soal famous atau tidak. Sekurang-kurangnya, sebelum ana ke bumi ambiya’ ana sudah mempunyai ‘ikatan’ di sini. Dan ana memilih ustazah yang ana yakini boleh menjadi ibu kepada anak-anak ana nanti.” Aku berterus-terang. Dari mana datangnya kekuatan untuk berbuat demikianpun aku tidak tahu.

    “Ustaz tidak main-mainkan ana?”

    “Hanya orang yang tidak ada perasaan sahaja yang sanggup main-mainkan perasaan orang lain.”

    “Jemputlah ke rumah, jumpa dengan ibu ayah ana..” Dia terus mematikan talian telefon. Pantas dan cepat. Kak Yang yang aku tugaskan untuk menjadi ‘perisik’ku memang sudah memberikan amaran kepadaku, orang ini jarang sekali bergayut di telefon apatah lagi dengan lelaki bukan mahramnya.
    ………………………………………….

    Sudah lima bulan aku di bumi ambiya’, suasana pembelajaran di sini jauh lebih mencabar dari yang kuperolehi di bumi Malaysia. Benarlah kata orang, bumi ambiya’ ini mengajar kita berdikari. Hilang seketika soal cinta dari benak fikiranku. Namun kekadang bayangannya tetap mendatangi ruang mata terutama ketika aku merebahkan badan. Namun seperti yang sering kutegaskan padanya..

    “Mungkin cinta ana pada enti sudah cukup besar, namun cinta ana pada ilmu dan juga kepada Allah jauh lebih besar..” dan dia akan terus menyambung,

    “Mungkin ketaatan ana pada akh cukup dituntut, namun ketaatan ana pada perjuangan dan jemaah lebih-lebih lagi dituntut..”
    Dan biasanya aku akan ‘cemburu’ dengan kata-katanya. Namun akan terus kubisikkan kepada diriku, bukankah dia taat kepada perjuangan dan kenapa aku harus cemburu. Dia juga berjuang dan perjuangannya juga kerana Allah. Cuma, apa yang menjadi rahsia ialah langkah-langkah pergerakannya yang sehingga kini masih menjadi misteri bagiku.

    Hari itu, selepas menadah kitab Al-Umm dengan seorang senior di Rumah Melayu, aku bergegas ke Ciber Café yang menjadi rumah ‘kedua’ku. Ku buka laman web Utusan Online, satu tajuk berita yang cukup menarik perhatianku,

    “SEORANG WANITA MALAYSIA TERLIBAT DALAM SERANGAN BERANI MATI DI TEL AVIV’

    Ku tinggalkan seketika pelayar web tersebut apabila satu lagi pelayar web menunjukkan mesej :
    “you have 1 unread message’ namun jangkaanku meleset apabila inboxku hanya dihiasi dengan e-mail dari Abdullah dan bukan dari si dia yang kunanti-nantikan.

    “Muhammad, kau apa khabar? Muhammad, aku ada satu khabar penting. Aku harap kau tidak terkejut. ‘Dia’ yang kau amanahkan padaku untuk ‘tengok-tengok’ telah diperintahkan bersama-sama kawan-kawannya untuk ke Palestin membantu Gerakan Briged Aqsa melakukan serangan istisyhadiah ke atas Israel. Ini kerana rakyat Malaysia yang memasuki Israel tidak akan disyaki apa-apa kerana dianggap sebagai pelancong. Muhammad, kau lihat tajuk berita hari ini, wanita yang terkorban dalam serangan istisyadiah itu ialah ‘dia’, tunang kau yang kau perintahkan untukku menjaganya. Maafkan aku Muhammad..!!”

    Serta merta ku teringat panggilan telefon darinya beberapa hari yang lepas,

    “Akh, kalaupun cinta kita tidak bertaut di dunia, biarlah ia bertaut di syurga. Kerana cinta kita ialah cinta perjuangan..!!”

    Seterusnya, aku rebah dari kerusi dan kudapati alam di sekelilingku gelap gelita!

    -TAMAT-
    Pengarang cerpen ini sedang bermukim di http://www.ahmadfadhli.com/
    Posted at 07:03 pm by haticahaya

  46.    Says:

    Assalamu’alaikum wr.wb

    suami dan istri yang ideal ialah yg senang memperbaiki diri dan mendekatkan diri kepada Allah SWT Yang Maha Sempurna, niatkan lah menikah ialah karena ibadah hanya karena Allah, saling melengkapi akan kelebihan dan kekurangan pasangan kita.mohon doanya dari sahabat-sahabat sekalian semoga kami dapat menjadi orangtua yang disayang Allah SWT, Alhamdulillah dengan ijin Allah SWT, saya dan istri terpaut usia 6 thn, saya (24 tahun) dan istri (30 thn), smeoga memotivasi sahabat-sahabat dalam memilih pasangan yang paling utama ialah mencari ridho Allah dengan menikah, insya Allah

    Wassalamu’alaikum wr.wb

  47.    Says:

    alhamdulillah….mungkin saya tak sesempurna lelaki yang ddamba wanita..tapi saya rasa saya mampu menjadi seperti apa yang dinginkan..kebyakan ciri2 tu saya ada..hehehe bestnyeeeeeeeeeee

  48.    Says:

    salam=)..
    ana nk mnta pendapat,mcm mane carenye kite nk approach seseorg wanita agar die mudah menerima teguran ke.mngkin seorang perempuan tu xbertudung, nk suruh bertudung ke..mungkin dh bertudung, tp perlu disempurnakan ke..insyaALLAH..=)hanye nk tau kalu2 ade cara2 yg lebih berkesan dari org2 yg berpengalaman atau yg lebih memahami.
    wassalam

  49.    Says:

    assalamualaikum
    uzair.bnyak-banyaklah doa ek:-)
    muhammad.saya seorang wanita.memang sukar untuk menegur sesetngah wanita.mugkin dia kan merasa malu.itu pasti.tak eloklah nak terus approach dia.guna bahasa yang sebaiknya.di kalangan sahabat sy sendiri.sukar.mnjaga hatinya dismping menegak syariat ALLAH.saya pernah ikut seminar dakwah.katanya jadikan handphone anda satu method dakwh.islam ada banyak cara tuk berdakwah.lebih baik lagi kalau wanita tu tak tahu nombor saudara.tapi x salah kalau dia tahu asal sahaja saudara pun tak kisah.em mungkin bagi sesuatu yang boleh buat dia berfikir.Tudung misalnya atau buku ilmiah berkaitan.itu setkat yang saya boleh kongsikan.paling penting banyak-banyaklah doa pada YANG MAHA MENGETAHUI

  50.   ashnieda Says:

    assalamualaikum..

    ermm.. alhamdulillah hr ni sy dh dpt ckit ilmu dr ape yg sy baca dlm laman ni.. thanks.. =)

    kadang2 kita terlupa untuk menghargai dan mensyukuri ape yg dh Allah berikan.., bila ’sesuatu’ tu pergi dan menghilang baru la kite nk ingt dan bersedih..

    so, mulai saat ni, marilah sama2 kite mensyukuri nikmat Allah.. (alhamdulillah..).. yg sedang mencari dan yg sudah pun temui jodoh yg sesuai bnyk2 la berdoa dan berusaha untuk dapatkan yang terbaik untuk hari ini dan hari2 seterus’y.. inya-Allah semoga segala’y d berkati dan d redhai Allah.. Aminn.. =)

  51.   umi Says:

    saya jumpa karakter lelaki di atas.. tp saya kawin lambat sketlah.. by 28.. and he’s 24! hhoohohoo.. walau dia muda tp dia penyabar dan sgt toleransi.. rajin, sabar dan lebihkan saya dalam segalanya. tak sangka.. tuah saya. harap berkekalan ke akhir hayat

  52.   nurjeehan Says:

    - Muhammad,
    Bagi saya cukuplah berbaik, dan ikhlas pada sahabat perempuan itu. Tambatlah hatinya dengan kejujuran, akhlak yang mulia & tidak berputus asa atau meninggalkan dia. Jangan memaksa dengan keras, beri bacaan yang berkaitan, pujilah dirinya cantik atau manis menutup aurat. Ajaklah ke majlis-majlis ilmu, mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Hadiahkan tudung di harijadinya. Berdoalah. Jaga batasan syariat persahabatan. Perkenalkan dia dengan muslimah2 yg baik budi & penampilannya. Insya Allah, diperkenankan tujuan yang suci.

    - Umi,
    Bertuahlah… Semoga mendapat cinta yang diredhai Allah & mencapai matlamat hidup mukmin yg bertakwa, di dunia & akhirat.

    - honest opinion,
    Betullah tu, dalam agama pun, pasangan kenalah yang se’kufu’. Serasi dari (kalau tak semua) sebahagian besar ciri-cirinya, kan? Betul juga rupa paras itu penting kerana kita akan melihatnya setiap hari, tapi saya beringat, utk tidak jadikan ia faktor ter’penting’, kerana fizikal manusia bisa berubah atas pelbagai sebab. Benar juga, Allahlah yang mentaqdirkan segala-gala-Nya. Bak kata orang tua-tua, kita hanya mampu merancang, Tuhan jua yang menentukan. :)

    Al Husain bin Muthahir berkata:
    “Bersihkan dirimu dari segala urusan,
    agar setelah itu tiada nafsu yang tersimpan,
    jangan dekati segala urusan yang haram,
    sirna kenikmatannya dan kepahitannya terpendam.”

    Sufyan Al-Sauri bersyair:
    “Kenikmatan yang diharapkan begitu sirna,
    dosa dan cela tetap melekat selama-lamanya,
    akibat keburukan tetap terlihat nyata,
    tiada ertinya kenikmatan yang disusuli neraka.”

  53.   Fauzan Ibrahim Says:

    Ini persoalan fitrah manusia yang perlu diisi dengan panduan & petunjuk yang disediakan Allah.

    Setuju dengan kak Nurjeehan pada komen lepas bahawa hati kita mesti takut & cinta pada Allah untuk memenuhi kehendak menuruti Sunnah Rasulullah.

    Menarik kerana pada Allah, perasaan Cinta & Takut dapat dikumpulkan bersama. Ditambah dengan sifat kehambaan manusia.

    Pergaulan manusia perlu professional sebabnya perhubungan yang dijalinkan bukan sekadar menuntut pengorbanan hati, malah kesabaran berpanjangan serta pengorbanan harta & kerahan intelek.

    Perhubungan yang dijalinkan antara manusia bukan sekadar memenuhi rasa dihati malah ia perlu disertakan rasa tanggungjawab sebagai pasangan sah sebagai suami atau isteri. Keduanya mengharap redha Allah serta takut akan azabNya.

    Ada komentar menulis, aturan ini susah. Ya memang ia susah. Lebih susah jika tidak ikut aturan Allah yang mahukan hambaNya bahagia.

    Dalam ilmu engineering: “Make the things right at the first time”

    Lulur hati seorang hamba Allah bernama Jalaluddin Ar Rumi:

    Surely there is a window from heart to heart:
    they are not separate and far from each other.
    Two earthenware lamps are not joined,
    but their light is mingled as it moves.
    No lover seeks union without the beloved seeking;
    but the love of lovers makes the body thin as a bowstring,
    while the love of loved ones makes them comely and plump.
    When the lightning of love for the beloved
    has shot into this heart, know that there is love in that heart.
    When love for God has been doubled in your heart,
    there is no doubt that God has love for you.

  54.   teman Says:

    Nice..clearly stated that we must be soleh/solehah..tak perlu mencari.Sedang berusaha.anyway,kalau sudah berpunya,hak kitalah untuk perbaiki atau rosakkan.Semuanya perlu lahir dalam diri sendiri.kalu tak mampu untuk menjadi soleh/solehah,org paling rapat dengan kita hanya mampu memperingati dan mendoakan sahaja.Sedangkan ibu bapa pun tak dapat menjanjikan kekalnye iman dalam hati anak2.

    Bagi saya,terima lah orang seadanya dan cuba bersedia untuk membimbing dan dibimbing. Sebagai lelaki,saya juga mencari insan yang solehah,tetapi itu hanya perkara subjektif. Saya sendiri tidak memenuhi kriteria diatas.Soleh/solehah nya seseorang tidak dapat dinilai dengan mata kasar.Yang boleh dijadikan panduan hanyalah budi pekerti,pakaian,pergaulan dan fizikal nya. Insya’Allah,berdoalah agar ditemukan dengan yang sesuai dan cuba kita yang mencorak pasangan dan diri kita sendiri.

    Bukan tugas mudah?ya,sememangnya itulah tugas kita.Bila berumahtangga,itulah ibadah yang harus kita lakukan.Perempuan juga berhak memilh pasangan,tetapi kalau yang betul2 menepati pilihan tidak kunjung tiba,sampai bila hendak menanti.Sedangkan yang didepan mata pun terlepas begitu saja.Kembalilah pada Allah,lakukan solat hajat,istikarah,doa(banyak2)…

    p/s: boleh tak minta tips tambahan khusyuk dalam solat?

  55.   Fauzan Ibrahim Says:

    Assalamualaikum
    Khusus untuk teman yang bertanya tentang tips khusyuk solat, saya hanya tampilkan url address dalam laman Mutiara Hati ini…namun mungkin kita sama-sama semak kembali:

    http://nurjeehan.wordpress.com/2007/10/01/nikmatnya-khusyuk-solat/

  56.   Muhammad Rachmat-Bandung Indonesia Says:

    Sudah selayaknya yang baik untuk yang baik lagi……!

  57.   asma Says:

    saya ada seorang kawan yang menyimpan perassan terhadap saya, dia juga mempunyai ciri-ciri di atas walaupun tidak sepenuhnya(100%). Namun hati ini tidak terbuka untuk beliau, saya rasa serba salah, hati kuat menyatakan dia bukan untuk saya, mungkin saya tidak cukup baik untuk dia.

  58.   Nur Says:

    walaupun bukan 100% terdapat ciri2 di atas dalam diri si dia, tapi itu sudah memadai bagi saya kerana saya tau saya pun bukanlah 100% perfect. ape yang saya percaya, si dia mempunyai karektor yang tidak ada pada saya dan begitu juga sebaliknya. saya percaya kami saling lengkap melengkapi.

  59.   teman Says:

    Thanks Fauzan..it is from one of the Malaysian newspaper ,ive read it n in fact i’ve found it later at the url given after putting the msg but thanks a lot for the response. This site is really helping others. looking forward for others guide/story/etc.

  60.   wanda Says:

    Alhamdulillah. Banyak manfaat yang saya perolehi di sini. Semoga menjadi panduan kepada kita semua dalam memilih pasangan sejati dunia dan akhirat. InsyaAllah…

  61.   tie Says:

    seb jumpa atricle ni tadi…hati rase sdih..pkir mcam2…tp baru tahu…cinta, maksud dia bukan stakat cinta..tapi CINTA…susah nak dirungkai… satu perkara yg pling sukar nak di cerita sbb ramai yg punya rasa ini…kalo nk compare lukisan gmbar mane yg pling mudah, jwpannya, tentulah gmbar hantu sebb tak rmai malah blom tentu ader yg pernah tgok..smoga Allah buka hati kita semua untk trima klebihan dan kekurangan diri pasangan kta n org skeliling.amin.

  62.   noritaahmad Says:

    Semoga saya ditemukan dengan lelaki yang soleh….Amin

  63.   setya Says:

    assalamualikum……ya akhi-ukhti……
    hamdan wasyukron lillah……..
    ana dari indonesia kadang tak ngerti dgn bahasa antum sekalian.
    ana kagum dengan dialog…….ni salam kenal bwt nurjeehan….
    jazzakallah….
    wasssalamualaikum.,…wr.wb

  64.   fatimahzakiah Says:

    assalamu’alaikum..
    doain supaya ana mendapat sorang laki2 yang soleh.. tentunya harus ada usaha juga dari ana ya.. yaitu menjadi wanita solehah.. bisa ngak ya???

  65.   mangga Says:

    aku rasa species ni dah tak wujud lagi dah. Carilah hujung dunia tak jumpa punya. Salahnya mak bapak yang didik anak laki yang tak tanggungjawab…

  66.   mizu Says:

    lelaki macam ni ada.saya dah jumpa.tp boleh ke sy yg melamar die dulu?sebb die lelaki yg baik.

  67.   hafez Says:

    asalamualaikum… erm sebenarnya lelaki camne masih ada…tapi susah skit nak jumpaa.. kalau jmpa memang bernasib baik.. pada kaum lelaki cam aku ne.. kita boleh memperbaiki diri memnjadi lelaki seperti ini..mst boleh asal ikhlas … erm mgkin bila kita da jumpa perempuan yang boleh menjaga kita yang boleh membahagiakan kita..mungkin itu boleh menjadikan kita seorang yang baik..boleh memberi pendorong untuk jadi lelaki yang soleh… jadi selalulah berdoa supaya diberi pasangan yang boleh mendorong kita menjadi orang yang soleh… amin insyallah

  68.   miss c Says:

    smkm…memang dah menjadi fitrah laki n pompuan menjadi pasangan dalam hidup………tapi kenapa wujud lagi manusia yang keliru dengan jantina???????

  69.   miss c Says:

    mangga x blh salahkan mak bapak coz bnyk lagi pengaruh dari luar menyebabkan org laki jadi cm2 tau…kita kena berfikiran terbuka n jangan salahkan mak n bapak je…mybe pengaruh dari rakan sebaya……..

  70.   DEA Says:

    Saya tidak berminat dengan mana2 lelaki! Semuanya membuang masa saya sahaja……

  71.   viend Says:

    Agaknye kat mana nak cari lelaki yang mempuyai ciri2 cam tu ye?tau sendiri la, skrg ni kan yang banyak lelaki BUAYA DARAT!!!!TAU TAK!!!

  72.   AlHaAdi Says:

    insya allah…semua nya ada….cuma kita perlu bijak dalam memilih dan menilai seseorang..sesungguhnya..biar apapun keputusan yg kita buat…kembalilah ke jalan yang benar dan mohon petunjuk dari ilahi…islam itu diinunn nasiiihah…semoga saudara&saudari dipertemukan jodoh yang sebaik nya…..
    setiap permasalahan yang berlaku ada jalan penyelesaian nya…maka..kembalilah ke jalan allah….dan mohon keampunan darinya serta taufiq darinya..bagi setiap permasalahan yang kita hadapi…insya allah…ada petunjuk nya selepas 1 jam,1 hari,1 bulan malah bila2 masa sahaja tuhan akan berikan pada kita nikmat kegembiraan yang xterhingga….mdh2an saudara&saudari semua perolehi kejayaan dunia dan akhirat…amin…buat saudaraku keseluruhan nya…amin…ya rabbal alamin….

  73.   AlHaAdi Says:

    mdh2an tuhan mempermudahkan segala urusan kita….dan jadilah pasangan yang terbaik bagi manusia…yang bergelar hamba…amin…

  74.   AnNur Says:

    assalamuaikum,
    mengapa ramai perlubersusah hati dan gusar tentang pasangan hidup kite..Tuhan itu MAHA ngetahui…Ubah dhulu diri kite,tingkatkan iman dan amal..dan sentiasalah berdoa..Doa itukan senjata orang Islam. Gunekanlah kelebihan itu untuk bertemu yang terbaek dan jdilah seorang manusia yang yang terbaek.:)

  75.   fairuz Says:

    salam..
    nur, saya ambil artikel yg menarik dlm blog nur ni utk saya… blh kan..

  76.   Nor Anah Says:

    Salam…

    Marilah kita sam2 memperbaiki diri kita untuk menjadi yang terbaik di dunia dan di akhirat. Semoga Allah SWT akan mempertemukan dan memberi yang terbaik, serasi dan sesuai untuk kita di dunia dan akhirat. Amin…

    p/s: Doa itu senjata mukmin yang paling agung. Subahanallah. Oleh itu, berdoalah yang baik2 untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat dan seluruh umat Nabi Muhammad SAW. Semoga kita terpilih sebagai hamba2NYA yang masuk Syurga Firdaus. Amin…

  77.   aisya rahman Says:

    assalamualaikum,,hebatnya komen2 sahabat ana dan sekalian muslim yang lain,bila baca rasa macam nak mengalirkan air mata.
    ana sangat setuju,,sesungguhnya dalam islam xde apa yang boleh dinafikan,kalau tuhan kata itulah pasangan kita maka kita harus redha menerimanya.semoga allah memberi yang terbaik untuk mereka sesungguhnya yang soleh itu untukyang solehah,yang solehah itu untuk yang soleh.-ana 18

  78.   nur shafini and nozie Says:

    kita orang masih sekolah tapi tak salah nak thu kannnnnn…..nozie kate dia dah ade calon pilihan yang tersemat abadi didalam hati yang mulus.shafini kate berapa kali nak cakap couple tu haram tapi dia tak ambil peduli .nozie kate memang susah arrr nak cari calon suami niiii.kalau jumpa pun tak leh pakai.hampeh… asyik nak poligami jeee.tu laaaaaa lelaki idaman kita orang.sesiapa yang berminat boleh laaa masuk line.ehemmmm.line clear sementara hari tak hujan.ok laaaaaaaah sampai disini saje.kite jumpa lagi erk.

  79.   cinta suci Says:

    Assalamualaikum,semua..sy dalam dilema..dalam hidup sy hadir seorang lelaki yang mendambakan cinta sy..dia seorang yang bertrus terang..seawal perkenalan kami,dia berterus terang siapa dia dahulu..bnyk noda hitam yang pernah menghiasi zaman mudanya dahulu..sekarang umurnya 26tahun..dia insaf dan meninggalkan segala perbuatan buruknya dahulu..dan perlukan masa untuk kembali ke pangkal jalan..sesungguhnya sy sentiasa berdoa agar,Allah dapat membuka hatinya dan memberinya petunjuk dan hidayah..
    Namun entah kenapa..di sudut kecil hati sy,sy mndambakan seorang lelaki yang dpt membimbing sy ke jalan yang diredhai..dan sy masih keliru dan tak yakin lelaki yang muncul dalam hidup sy sekarang dpt memimpin sy..sy harap sgt pendapat dan nasihat dari smua..

  80.   yasmin Says:

    saya baru lepas clash dengan sorg laki..saya ingat dia la bakal suami saya memandangkan sikapnya sebelum ini memang meyakinkan saya dan keluarga..tp saiapa sangka..saya telah di duakan olehnya 8 bulan lamanya..semalam baru saya taw perkara sebenarnya selepas msg dengan awek no 2 dia..sekarang ni saya dah xyakin akan bertemu lelaki yg baik..tolonglah…saya perlukan kekuatan

  81.   Ayu Says:

    Alhamdulillah Syukur.. Terjawab juga persoalan saya selama ini untuk memilih calon suami.. Terima kasih…

  82.   rasyiqah Says:

    sy rse ssh nk jmpe lelaki cm2 skrg nie.. wlau dlm sejuta pon ssh nk jmpe 1 org.. sy brkate dmkian krn sy sndri pon ad pglmn bgi2.. hye 1 org kwn sy yg brsft dmkian iai2 kwn baik sy sndri.. tp sy dh lme x jmpe dye..

  83.   aida Says:

    sehingga sekarang aku tercari2 dirinya….

Leave a Reply

Powered by WP Hashcash


Close
E-mail It