Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary : Pesanan ibu bawa berkat
Posted by: nurjeehan in Muamalah, TokohOleh HELMI MOHD FOAD
SUMBANGAN DIHARGAI:
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menyampaikan pingat Tokoh Maal Hijrah 1429 kepada Syed Mokhtar sempena sambutan Maal Hijrah di Dewan Planeri, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, semalam. (1 Muharram 1429 bersamaan 10 Januari 2008)
PUTRAJAYA 10 Jan. ‘08 – Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, 56, yang diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1429 akan sentiasa mengingati pesanan ibunya, Sharifah Rokiah Syed Abdullah supaya menyumbangkan separuh daripada pendapatannya bagi membantu golongan kurang berkemampuan.
Beliau berkata, separuh daripada pendapatan pertama ketika membantu bapanya, Syed Nor Albukhary berniaga lembu sebanyak RM1,500 ketika tahun 60-an telah diserahkan kepada ibunya yang kemudian memintanya mengagihkan wang itu kepada 15 keluarga miskin di Alor Star, Kedah.
‘‘Saya guna pesanan ibu itu supaya separuh daripada pendapatan diberikan kepada orang kurang mampu, itulah yang telah memberikan saya keinsafan.
‘‘Malah sampai sekarang, sumbangan kepada 15 keluarga tersebut terus diberikan, kalau yang meninggal dunia diganti dengan orang lain.
‘‘Tuhan sudah memberikan segala nikmat, semuanya saya dah rasa, apa lagi yang kita mahu, maka nikmat itu perlu digunakan bagi faedah kepada orang ramai terutama pelajaran,†katanya.
Beliau ditemui pemberita pada majlis Sambutan Maal Hijrah 1429 Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Majlis penyampaian anugerah tersebut disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Melalui anugerah tersebut, Syed Mokhtar yang juga Pengerusi Yayasan Albukhary menerima hadiah wang tunai sejumlah RM60,000 yang disumbangkan oleh kerajaan manakala RM20,000 lagi oleh Yayasan Ubaidi.
Perniagaan
Syed Mokhtar yang berasal dari sebuah keluarga Arab Hadhrami kurang berkemampuan di Alor Star kini merupakan ahli perniagaan bumiputera terkaya di negara ini dengan harta bernilai RM4.16 bilion sebagaimana dinyatakan dalam Senarai Bilionair Dunia Forbes 2007.
Syarikat Kumpulan Albukhary yang dibangunkan oleh beliau kini terbabit dalam beberapa industri utama negara antaranya pengangkutan, logistik, utiliti, automotif, pertahanan, makanan dan perbankan Islam serta kewangan.
Kumpulan tersebut menubuhkan Yayasan Albukhary pada 1996 sebagai sayap kerja-kerja kebajikan dan menyalurkan dana bagi kerja-kerja amal yang kini berkembang sebagai entiti amal global antaranya penubuhan Muzium Kesenian Islam Malaysia dan Program Biasiswa Albukhary.
Sehingga 2006, yayasan tersebut menyumbang hampir RM1 bilion secara langsung kepada usaha kebajikan termasuk menyertai proses membina semula kehidupan pelarian Afghanistan, bantuan mangsa gempa di Pakistan dan Iran serta mangsa bencana tsunami di Aceh, Indonesia.
Selain itu, yayasan tersebut sedang berusaha menubuhkan hospital AIDS di Uganda, membantu kanak-kanak jalanan di Afrika dan merintis program bantuan kemanusiaan bagi mangsa perang di Iraq dan Lebanon.
Menurut Syed Mokhtar, mengenangkan kejayaan yang dicapainya sekarang daripada pesanan seorang ibu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta beliau menyerahkan hadiah wang tunai yang diterimanya itu kepada ibunya.
‘‘Saya tanya pada Pak Lah nak buat apa dengan duit RM80,000 ini, dia kata bagilah kepada ibu kerana dari situlah asal saya,†katanya.
Kejayaan
Syed Mokhtar yang mengakui inilah kali pertama beliau mendedahkan kisah hidupnya kepada media berkata, meskipun telah mengecapi kejayaan, beliau sebenarnya hanya sekadar manusia biasa dan Yang Maha Kaya itu adalah Allah.
‘‘Daripada keinsafan itu, kita cari rezeki macam tidak ada hari esok, saya usahakan sejak dari tahun 60-an dan telah melalui kepayahan dan kesakitan.
‘‘Dan sehingga hari ini syarikat lori dan beras yang merupakan perniagaan awal saya di Kedah masih terus beroperasi.
‘‘Saya adalah anak kelahiran Dasar Ekonomi Baru (DEB), melalui bantuan Mara serta UDA saya mengembangkan perniagaan tetapi melalui proses pahit maungnya dahulu,†katanya.
Jelas beliau, apabila mendapat rezeki yang banyak, ia digunakan untuk kebajikan lebih 67,700 kakitangan Kumpulan Albukhary dan selebihnya bagi membantu golongan kurang berkemampuan.
Syed Mokhtar berkata, kesempitan kewangan ketika zaman kanak-kanak sehingga tidak mampu membayar yuran peperiksaan menyebabkan beliau kini berusaha membantu pelajar-pelajar kurang berkemampuan untuk mendapat peluang pelajaran.
‘‘Saya bersekolah setakat tingkatan lima tapi tak sempat ambil peperiksaan kerana tidak mampu bayar yuran.
‘‘Jadi, mengenangkan dulu saya tidak ada peluang, bila saya dapat peluang dalam perniagaan saya fikir kena beri peluang pendidikan kepada mereka yang tidak mampu,†katanya.
Katanya, aktiviti kebajikan melalui Yayasan Albukhary diteruskan pula melalui pembinaan Kompleks Albukhary di Alor Star yang berkonsepkan pondok moden dengan dilengkapi masjid, rumah anak-anak yatim dan sekolah.
Selain itu katanya, yayasan tersebut yang dijana oleh syarikat Kumpulan Albukhary turut menyediakan program tuisyen yang sehingga kini telah melibatkan 22,000 pelajar kurang berkemampuan sejak empat tahun lalu.
Tambahnya, pihaknya kini sedang membina Universiti Antarabangsa Albukhary yang dijangka siap penghujung 2009 sebagai tempat pelajar-pelajar cemerlang kurang berkemampuan itu untuk menyambung pelajaran.
‘‘Pelajar-pelajar kurang mampu itu kita beri peluang dengan kita gajikan guru untuk mengajar mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris dan alhamdulillah kebanyakannya dapat maju ke depan,†katanya.
Katanya, hasil pesanan ibunya, beliau turut mengembangkan aktiviti kebajikan kepada masyarakat minoriti Islam yang tertindas dan miskin di luar negara dengan membawa pelajar-pelajar miskin tetapi cerdik untuk menyambung pelajaran di sini.
Setakat ini, katanya, seramai 372 orang pelajar dari 47 buah negara minoriti Islam sedang menimba ilmu di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di bawah tajaan Yayasan Albukhary.
Yayasan berkenaan juga menaja umat Islam kurang berkemampuan dari segi kewangan bagi menunaikan ibadah haji serta memberikan bantuan pembinaan masjid-masjid termasuk membiayai projek membaik pulih Masjid Negara di ibu negara.
‘‘Usaha membaik pulih Masjid Negara timbul apabila satu malam saya ‘berpusing- pusing’ (meninjau) kawasan sekitar Muzium Kesenian Islam, saya dapati ia terang-benderang tetapi Masjid Negara gelap… macam mana boleh macam ini,†katanya.
>> Artikel tambahan
LATAR BELAKANG TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY

- Umur – 56 tahun (2008)
- Pendidikan – SPM
- Mula berniaga – 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
- Kekayaan -RM4.16 bilion sebagaimana dinyatakan dalam Senarai Bilionair Dunia Forbes 2007
- Ke 7 terkaya di Malaysia
- Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
- Antara syarikat miliknya – MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas,
BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat - Kereta – Proton Perdana
- Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.
BAGAIMANA sumbangan sosialnya bermula – Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.
1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.
2. (Berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.
3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.
4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.
5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.
6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.
7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.
8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.
9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.
10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?
11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa diatas, ada masa di bawah.
12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.
13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.
14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.
15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !
16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.
17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang Tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.
18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.
19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.
20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.
21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.
22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).
23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.
24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.
25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.
26. (Perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari Tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.
27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.
28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.
29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.
30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.
31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.
32. Kekayaan ini Tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.
33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.
34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.
35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.
36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.
37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.
38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.
39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.
40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.
41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.
42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.
43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.
44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.
45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.
46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.
47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.
48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.
49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.
***Tambahan
Kalau pun tak mahu membantu orang melayu, lebih lebih lagi Islam jangan lah kita tergolong atau bertanggungjawab menyumbang pada pembunuhan kegiatan amal orang melayu dan Islam.
PERHATIAN BUAT PEMBACA SEMUA:
Artikel atau website ini tidak ada kena-mengena dengan mana-mana yayasan, pertubuhan atau apa jua perbadanan berkaitan Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary. Oleh kerana itu, saya khuatir pesanan anda tidak akan mendapat respon dari beliau. Sila hubungi yayasan beliau secara terus. Minta maaf, kerana saya tidak mempunyai maklumat berhubung alamat atau telefon nombor Yayasan al-Bukhary. Harap maklum, terima kasih.



Entries (RSS)
February 2nd, 2007 at 11:20 am
memang cukup bagus terang kemas dan mudah difahami,syabas Tan sri. kita kadang -kadang tidak mengingati apa yang kita buat.lantas apacara perkerjaan sekalipun kita kena lihat asal-usul kita dulu baru berkat dunia dan akhirat.
sekian wassallam.
February 6th, 2007 at 11:10 am
Syukur pada allah, semoga allah akan memberkati kita semua. Saya cukup kagum dan bangga dengan tan sri sebagai role model islam yang perlu diikuti.
February 27th, 2007 at 4:51 pm
alhamdulillah,asas kejayaan umat islam adalah apabila orang islam lain menolong orang islam yang lain..
sebaik-baik manusia ialah mereka yang memberi manfaat kepada manusia lain..
jadi tidak hairanlah kenapa tuhan memberikan nikmat yang cukup indah ini buat Tan Sri..itulah janjinya..semoga ramai lagi bakal mengikut jejak Tan Sri
March 5th, 2007 at 9:56 am
Saya bangga sebab ada diantara anak melayu menjadi Usahawan seperti beliau, selain mencari kekayaan tetapi sentiasa mengingati pada org2 yang memerlukanNya. Insyaalah kalau diizinkanNya saya juga ingin menjadi Usahawan seperti beliau. Kekayaan bukanlah untuk kesenangan sediri tetapi perlulah diagih-agihkan kepada orang lain yang memerlukanNya. Syabas!!!
March 23rd, 2007 at 8:35 am
Sekalung tahniah di atas ni’mat yang diberi oleh Allah Taala kepada tuan. Semoga rahmatNya dan bantuanNya akan sentiasa mengiringi liku-liku hidup tuan. Teruskan berusaha selagi hayat dikandung badan. Kata-kata Syeikh Syarif Hidayatullah (Imam Gunung Jati- Wali Songo): “Sebelum aku mati, aku titipkan kepada kalian, anak-anak yatim, orang-orang berkeperluan dan pejuang fi sabilillah”.
August 30th, 2007 at 12:19 pm
salam…
tahniah Tan Sri….
saya harap saya akan menjadi seperti Tan Sri!
saya ingin family saya bangga dan bersyukur mendapat anak seperti saya.. =)
saya ingin membantu ramai orang yang kurang bernasib baik…
semoga Allah melindungi kita semua setiap saat….
November 11th, 2007 at 7:20 pm
Saya teramat mengagumi ketokohan Tan Sri.. Menjadi impian saya jika dapat berkongsi kajayaan Tan Sri dalam perniagaan.. Untuk pengetahuan Tan Sri saya amat meminati bidang perniagaan.. Saya telah cuba berniaga sebelum ini, baik dalam PKS dan industri berat.. Tapi mungkin rezeki belum memihak kepada saya..
November 11th, 2007 at 7:21 pm
Saya amat mengagumi Tan Sri
November 18th, 2007 at 3:24 am
alhamdulilah…segala puji bg Allah yg telah memberi rezeki kpd tan sri..sy mrpakan slh seorang dr mereka yg prnh menerima bntuan pndidikan tusyen yg tuan jalankan…semoga Allah membalas segala jasa baik tuan….amin…
December 14th, 2007 at 10:57 am
alhamdulillah
1st sy nk ucapkan terima kasih bynk2sebab sy dipilh mengikti tuisyen al bukhary
sy kagumi ape yang tuan buat
kite orang melayu memang patut kikis rase malas dan malu
semoga Allah membantu kita semua InsyaAllah
smoga orang mcm tuan dapat menyedarkan kta orang melayu Islam
January 1st, 2008 at 2:33 am
nak tanya tentang pinjaman pendidikan yang dikeluarkan oleh yayasan bukhary.adakah yayasan bukhryi menetapkan kelayakan untuk memohon pinjaman tersebut?adakah pelajar antarabangsa layak memohon pinjaman tersebut?
January 5th, 2008 at 2:17 am
Assalamualaikum Tan Sri,
Saya terpanggil untuk melayari laman web Tan Sri kerana teringat akan budi pekerti yang tinggi dan usaha tanpa mengalah malah tidak lupa diri dan Tuhan. Tahniah ……dan saya bangga ada rakyat Malaysia dan Melayu yang tidak lupa pesanan Ibu .
Saya melayari laman web ini sebenarnya untuk mendapatkan alamat Yayasan Al Bukhary. Saya adalah ahli jawatankuasa mesjid Sg Punggur Rengit, Batu Pahat, Johor. Mesjid ini menjadi contoh mesjid yang aktif dalam program dan pernah mendapat anugrah pengurusan cemerlang oleh Majlis Agama Johor.
Mesjid ini telah mendapat peruntukan dari Kerajaan untuk pembinaan semula dengak kos bernilai 1.2 juta. Alhamdulillah…… Walau bagaimana pun kos tersebut hanya dapat menampung kos pembinaan asas mesjid dan tandas sahaja. Manakala keperluan dalaman mesjid seperti tikar, mimbar, hiasan dinding, tempat letak kereta, tempat wuduk, kemudahan orang cacat dan tua, dan lain-lain tiada peruntukan. jawatan kuasa Mesjid telah bermesyuarat untuk mendapatkan peruntukan tambahan yang dianggarkan RM 300,000 melalui pungutan derma sama ada koperat, individu atau badan amal.
Untuk itu saya merayu dengan rendah diri untuk mendapatkan bantuan kewangan dari Yayasan Al Bukhary seberapa ikhlas. Semoga amalan yang dibuat dengan ikhlas akan dibalas oleh Allah. Saya akan menghantar surat sokongan dan kebenaran dari Jawatankuasa , Jabatan Agama dan Pihak Berkuasa sekiranya pihak tuan berhasrat menyumbang derma untuk pembinaan mesjid tersebut.
Sekian, wassalam
Yusof Sawin
Jawatan kuasa kutipan
Mesjid Sg Punggor , Rengit
Batu pahat
Johor
January 7th, 2008 at 9:35 am
salam,
saya bangga dengan sikap rendah diri tuan. semoga ramai lagi anak melayu yang menempah kejayaan mengikuti teladan-teladan yang telah dibuktikan.
saya berharapuntuk menjadi sebahagian daripada ‘keluarga’ Al-Bukhary; sebagai mahasiswa Universiti Al-Bukhary.
dengan niat untuk mendalami ilmu sains dan matematik dlm konteks islam, saya benar-benar berharap impian kan menjadi kenyataan.
semoga allah sw.t. memberkati usaha murni tuan.
January 8th, 2008 at 4:06 am
Assalamualaikum,
Saya amat berbangga kerana ada rakyat Malaysia, melayu dan beragama Islam yang telah mencapai kejayaan dan kekayaan tetapi masih bersikap rendah diri dan mempunyai keinginan untuk memberi kepada yang memerlukan. saya amat mengagumi Tan Sri sebagai seorah tokoh perniagaan yang berjaya. Saya memohon kehadrat Ilahi agar saya mampu untuk mengikut jejak langkah tan sri suatu hari nanti. Insya’Allah….
January 10th, 2008 at 8:39 pm
salam,
saya merasa cukup terharu pengorbanan besar yang Tan Sri lakukan ,lebih-lebih lagi ibu tan Sri yang banyak memberi dorongan.
Cara Tan Sri berusaha gigih membuat saya terasa inigin berjaya seperti Tan Sri.Semoga Allah sentiasa memeberkati kehidupan Tan Sri .Kita sebagai orang Melayu,umat islam di Malaysia ini boleh berjaya sekiranya kita berfikiran seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary
January 10th, 2008 at 10:19 pm
[...] sy membaca kisah kehidupan beliau, sy tertarik dengan kata2 beliau mengenai sikap pemalas dan pemalu. Sememangnya perlu dikikis dan [...]
January 10th, 2008 at 11:07 pm
Asslamualaikum
Tahniah Tan Sri atas anugerah Tokoh Maal Hijrah bg thn ini.. Semasa saya menonton siaran langsung saya terkejut dan rasa kagum serta terharu kerana ada tokoh usahawan yang berjaya berhati mulia seperti Tan Sri.. Alhamdulillah
Ikhlasnya.. saya amat berminat membantu masyarakat… tp saya tiada wang berjuta… cukuplah sekadar kepekaan dan tenaga saya…. saya akan jadikan Tan Sri Idola saya…. InsyaAllah
Dengan izinNYA hanya kita dari satu agama dan satu bangsa dapat membangunkan ummah Malaysia dan dunia… InsyaAllah…
Saya berdoa agar Tan Sri dan keluarga akan perolehi
keberkatan dan kerahmatan dari Allah SWT. Amin
Assalamualaikum…
January 10th, 2008 at 11:31 pm
Assalamulaikum Tan Sri,
Saya sangat kagum dan terharu dengan usaha yang Tan Sri lakukan…begitu bnyk jasa Tan Sri terhadap agama, bangsa dan negara…Saya percaya muslim yang lain juga ingin kecapi kejayaan seperti Tan Sri begitu juga saya…. cuma masalah saya yang utama, bagaimana kite nak bermula dan dari landasan yang bagaimana kite perlu cari?
wasalam
Haslinda Hassan
January 11th, 2008 at 2:03 am
Salam,
syukur alhamdulillah,di dalam keadaan dunia sekarang yang masing2 menjaga perut sendiri dan sentiasa ingin berlumba2 mengejar harta keduniaan…Tan Sri Albukhary patut menjadi satu ikon kepada orang2 lain terutamanya orang melayu sendiri bagaimana untuk berusaha di dalam apa juga perniagaan yang kita jalankan dan mengagihkan kembali sebahagian keuntungan yang kita perolehi.
Kita selalu di sogokkan dengan perniagaan yang mudah dan dapat duit senang….selalunya dalam MLM dan sebagainya….dan senarionya orang melayu yang selalu menjadi mangsa kerana mahu untung cepat…..
Saya amat berbangga dengan lifesytle yg di tunjukkan oleh Tan Sri yang mana beliau tidak menjadi title sebagai Jutawan sebagai landasan untuk bermegah-megah dengan harta dunia….
Dan harus di ingat orang melayu sendiri jangan menjadi insan seperti tan sri sebagai pemangkin untuk terus meminta….dan kita harus beriikrar pada diri sendiri untuk menjadi pemberi pulak…..Insyaallah
January 15th, 2008 at 8:53 pm
Salam Tan sri, Sangat mengagumi sumbangan tan sri. semoga diberkati dan ditetapkan iman dan diberi kesihatan yang baik untuk dapat meneruskan perjuangan yang mulia ini. wassalam
January 20th, 2008 at 10:21 am
Tan Sri adalah IDOLA saya. Semoga Tan Sri terus mendapat rahmat daripada Ilahi. Insya Allah. ameen.
January 21st, 2008 at 2:03 am
Ada sesiapa yang tahu alamat / no. contact Yayasan Al Bukhary ?
Terima kasih
January 21st, 2008 at 3:29 am
Alhamdulillah..Syukur kerana masih ada insan kaya yang berhati mulia seperti Tan Sri.Tahniah…semoga akan ada ramai lagi insan-insan lain akan mengikut jejak seperti Tan Sri
Wassalam
January 22nd, 2008 at 5:40 am
Assalamualaikum.
Boleh ke saya memohon bantuan kewangan seperti pinjaman dan juga boleh ke saya dapatkan alamat dan contact number
Sekian.
Wassalam
January 22nd, 2008 at 11:27 pm
tak sangka lak idola saya boleh jadi tokoh maal hijrah tahun ni..syukur alhamdulillah…well…tak der sebab utk ia tak boleh berlaku…
syabas dan tahniah
may Allah bless u tan sri..
March 5th, 2008 at 12:24 am
Assalamualaikum kepada tuan syed….saya amat mengagumi seorang pemimpin islam seperti tuan yang amat mementingkan kebajikan sosial bagi golongan yang amat memerlukan.Oleh itu saya ingin mengetahui bagaimana cara saya untuk melibatkan diri dalam organisasi kebajikan tuan memandangkan saya berminat menjadi seorang pekerja sosial terutama bagi kanak-kanak istimewa.
March 11th, 2008 at 9:49 pm
Salam…
Terus terang saya katakan, Tan Sri adalah salah seorang billionaire Melayu yang amat saya kagumi. Sejuk perut ibu Tan Sri mengandungkan dan melahirkan Tan Sri. Tahniah atas anugerah $8 Heroas of Philantropy oleh Forbes Asia. Jasa Tan Sri kepada kami semua hanya Allah dapat membalasnya.
Saya doakan Tan Sri berikan berkah dan rahmat yg berterusan oleh Allah s.w.t.
Amin
March 14th, 2008 at 8:49 am
ada sesiapa tahu email Tuan Syed Mokhtar
April 7th, 2008 at 10:57 pm
salam…saya ingin meminta sumbangan untuk tabung kebajikan sekolah agama sungai abong, muar…bagaimana saya hendak meminta sumbangan tersebut dan alamat yang hendak dihubungi….TERIMA KASIH..
April 14th, 2008 at 10:29 pm
salam…. saya dalah merupakan seorang pendakwah yang menjalankan dakwah Islam Kepada Orang asli Di kawasan perkampungan orang asli simpang pulai Perak.
saya berbangga dengan izin allah terdapat seorang jutawan yang sanggup memberi perhatian kepada orang-orang Islam di Malaysia. walaupun bagaimana pun saya mewakili pendakwah Mubaligh Islam diperak mengharapkan kepada Tan Sri Syed Mokhtar dapat memberi perhatian kepada mualaf orang asli di kawasan saya orang asli simpang pulai.. untuk mem sumbangan kepada mereka supaya hati dan iman mereka dapat kukuh mengigati allah. dangan ini mengharap supaya pihak yayasan Bukhari dapat melawat kekawasan ini dan memberi sumbangan berbentuk banrang kering dan lain-lain lagi. sekian terima kasih
April 22nd, 2008 at 1:35 pm
Salam,.
tahniah tan sri….
jika di izinkan ALLAH saya juga mahu menjadi seperti tan sri. saya juga anak dangau yang sedang terkapai-kapai mencari sebuah ‘kehidupan’. setelah membaca apa yang tan sri katakan saya mendapat semangat untuk berjuang dalam ‘perjuagan’ ini…. memang benar kata tan sri melayu kini banyak yang ‘berjaya’ tapi pada hakikatnya mereka ‘belum berjaya’ kerana sungguh sukar mereka hendak memandang ke bawah selepas berjaya. saya cukup kagum dengan kata-kata tan sri ” makin malam mata saya makin terang dan saya berkerja hari ini seperti tiada hari esok”.
jika tan sri tidak keberatan bolehkah tan sri berkongsi dengan kami sekeluarga apakah rahsia secara rohaninya yang tan sri amalkan dan bagaimana tan sri membangunkan jati diri tan sri sendiri yang bertindak sebagai pejuang di dalam ‘peperangan kemewahan’ demi menjaga kenikmatan yang diberikan olehNYA.dan adakah yayasan albukhary ada mengambil sukarelawan kerana saya ingin mempelajari bagaimana yayasan ini menyalurkan dana yang tan sri ingin salurkan kepada pihak yang memerlukan.
semoga ALLAH memberkati tan sri sekeluarga. saya berdoa agar anak yang lahir dari yayasan albukhary akan terlahir di dalam jiwanya untuk menjadi seperti tan sri. doakan saya semoga dapat menjadi seperti idola saya (TAN SRI SYED MOKTAR ALBUKHARY)
wasalam
May 5th, 2008 at 8:46 am
assalamualaikum.saya adalah pelajar dari indonesia,saya belajar di maahad al-ikhsaniah malaysia,saya sangat membutuhkan bantuan guna meneruskan pendidikan ke al-azhar mesir,saya harap tuan boleh membantu,jika tuan ingin membantu saya boleh memberikan bukti bahwa saya adalah pelajar islam di malaysia yang akan meneruskan ke al-azhar,no telefon saya 0163429595,alamat lorong jentayu9,taman jentayu no 08,SPS.PULAU PINANG
terimakasih…..
May 6th, 2008 at 5:32 am
TAHNIAH….TAN SRI
SEBGAGAI SEOARANG MUSLIM DAN BANGSA MELAYU BERASA BANGA DIATAS KEJAYAAN TAN SRI,,,,MOGA KEJAYAAN TAN SRI MEMBERI SEMANGAT KEPADA WARGA MUDA KINI YANG TERNYATA DAPAT MENGUBAH DIMENSI PEMIKIRAN TERUTAMA ORANG MELAYU TERUTAMA DALAM BIDAN PERNIAGAAN,,,,BERSATULAH WARGA MELAYU DEMI KETUANAN TANAH MELAYU,,,
May 9th, 2008 at 4:26 am
saya berbangga dengan tan sri kerana merupakan anak melayu yang pentingkan bangsa melayu
May 9th, 2008 at 4:31 am
saya berbangga dengan tan sri kerana saya adalah salah seorang penghuni asrama yayasan al-bukhary.saya juga turut berterima kasih kepada tan sri kerana di sini banyak kemudahan yang saya perolehi dari sini.TERIMA KASIH TAN SRI SYED MOKTHAR AL-BUKHARY.
May 9th, 2008 at 4:36 am
salam tan sri……..saya berterima kasih kepada tan sri kerana merupakan anak melayu yang mengambil berat terhadap agama islam.tan sri juga adalah seorang anak yang patuh pada nasihat ibu….
TERIMA KASIH SAYA UCAPKAN………
May 12th, 2008 at 3:55 am
saya memang ada memasang niat seperti tan sri sebelum saya mengenali tan sri melaui artikel yang melanda internet tentang kehebatan tan sri sebagai tokoh yang sangat hebat.mudah mudahan saya juga berpeluang untuk menjadi seperti tan sri pada suatu hari nanti walaupunntak sehebat tan sri,yang penting niat itu tercapai.tolong doakan kejayaan saya.amin
May 15th, 2008 at 12:31 am
Assalammualaikum Tan Sri.Saya ingin memohon bantuan dari Tan Sri untuk memohon sedikit sumbangan bagi menyiapkan tingkat atas bangunan Sekolah Agama Rakyat An-Nur, Teluk Intan, Perak. Ini kerana sekolah tersebut masih di dalam pembikinan dan sudah terdapat pelajar yang belajar di situ. Jadi,saya mengharap jasa baik Tan Sri untuk mmberikan sedikit sumbangan bagi menyiapkan sekolah itu.jika Tan sri ingin menghubungi pihak kami, kami boleh dihubungi melalui talian 05-6216393 @ 013-2024274. sekian,terima kasih.
May 23rd, 2008 at 10:24 am
Assalamualaikum..
Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary,
Saya adalah seorang pekak. Saya adalah Presiden Persatuan Orang Cacat Pendengaran Selangor (POCPS). POCPS akan menganjurkan majlis makan malam diadakan pada 23 Ogos tahun ini. Matlamat ini adalah untuk mengumpulkan Dana sebanyak RM 100,000 setahun untuk POCPS bagi menampung kos aktiviti-aktiviti bertema Menyayang Pembangun Maju OKU. Faks nombor pejabat POCPS 03 3343 0446 sebelum 31 Julai. Sila hubungi sms di talian no: 012 2126738 ( Zainudin ). Segala keperihatian dan kerjasama daripada Yg Bhg Tan Sri dalam perkara ini amat pihak POCPS kami hargai. Sekian, terima kasih. Wassalamualaikum..
June 29th, 2008 at 11:14 pm
assallamualaikum
dgn kesempatan ini, kami dari ajk pembinaan surau al hidayah bdr saujana putra
,mohon bantuan dari pihak tuan dgn seikhlasnya
no accoun t bank islam ;12038010084790
kija check atas nama : Surau Al Hidayah Bandar Saujana Putra
semoga saudara dan kami diberikan kekuatan,keberkatan dan hidayah.
t kasih
July 5th, 2008 at 1:59 pm
boleh tolong send me alamat dan no tel yayasan albukhari?
July 12th, 2008 at 3:17 pm
Assalamualaikum..
Saya mohon jasa baik boleh ke tolong send alamat dan no telefon yayasan albukhari??
Bantuan dari anda amat lah saya hargai
July 28th, 2008 at 1:34 am
Assalamualaikum
tan sri merupakan seorang yg lowprofile.akn mudah org na mencarinya, kerana beliau tak sememangnya tak suka publisiti dan kurang menonjolkan diri didepan media.
jika beliau menojolpun,media terpaksa memujuk dengan pelbagai alasan.
Sesungguhnya dunia ni tak penting bagi beliau.tak ada sedikitpun perasaan materialistik yg ada dalam dirinya.
anda semua patut mencontohi peribadi seperti itu.
paling penting,ingatlah tangan yang memberi itu lebih baik daripada meminta.
sukar untuk mencari orang sepertinya dizaman akhir macam ni.yg ada complete set nilai dunia dan akhirat.
August 7th, 2008 at 10:52 pm
assalamualaikum,terima kasih kepada tan sri kerana dapat memberikan semangat kepada saya untuk terus berusaha menjadi seorang yang berjaya pada anak bangsa melayu kursusnya islam.saya harap dapat menjadi contoh seperti tan sri walaupun bkn sepenuhnya,sekian terima kasih
August 8th, 2008 at 10:46 am
Assalamualaikum w.b.t,
SAYA mewakili persatuan Mahasiswa Islam UPM ingin meminta jasa baik tan sri untuk memberi sedikit sumbangan kpd PMIUPM bagi mengadakan program dakwah dan keagamaan .no akaun maybank 102028083553 dan cimb 12090000 400204. Kami akan mengadakan simposium meneroka kecemerlangan al-Quran menurut perspektif sains pada 23 ogos 2008 di UPM.Tan Sri dijemput hadir. Boleh bagi alamat dan no.tel Tan Sri, kami akan hantar kad jemputan kpd Tan Sri. iNI no.tel saya 013-9992184. syukran.moga amal yg sedikit ini mendapat keberkatanNYA. Amin.
October 10th, 2008 at 9:59 am
Salam, saya baru terima email daripada london, kononnya yayasan albukhary dilondon telah memilih tiga penama untuk menerima ganjaran hampir 1 juta pound.
Perkara ini perlu disiasat, kerana ia boleh menjeaskan nama baik Yayasan Albukhary.
Terima kasih dan salam.
October 30th, 2008 at 4:57 pm
mohon terima bekerja di yayasan ini
November 5th, 2008 at 1:30 pm
Assalamualaikum w.b.t,
Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary,
SAYA mewakili persatuan Pelajar Sem 6 INSTITUT KEMAHIRAN MALAYSIA SARAWAK (IKMAS), ingin meminta jasa baik tan sri untuk memberi sedikit sumbangan kpd persatuan kami, yang akan mengadakan program dakwah dan keagamaan di perkampungan mualaf di Bahagian Mukah Sarawak selama sebulan dengan menajalankan pelbagai program dan aktiviti keagamaan. sehubungan itu kami memohon jasa baik dari pihak tuan supaya dapat memberiakn sumbangan ikhlas . Maklumat.no akaun maybank 162218434563 dan boleh hubungi di talian 013-8050826. program ini akan berlangsung pada 02 Januari 2009-02 Febuari 2009..sekian terima kasih.
November 9th, 2008 at 8:21 pm
salam..
saya seorg pelajar yang ingin tahu tentang lebih banyak lagi mengenai tan sri..sy disuruh mencari cerita tentang tan sri daripada kecil hingga la besar..tentang pendidikan,kajayaan,sumbangan dan perniagaannya dari mula smpi skarang..dah puas saya mencari di internet dan di library..
November 14th, 2008 at 12:16 pm
Segala Puji Pada Mu Ya Allah & Tahniah pada tan sri s.m.a.b, saya akan menyusul jejak langkah tan Sri s.m.a.b untuk mencari kejayaan yang diredhaai Allah swt
November 17th, 2008 at 8:25 am
Assalamualaikum Tan Sri atau sesiapa yang membacanya bagi pihak Tan Sri,
Saya Muhamad Ludfi Bin Abdul Samat, bekerja di Hospital Pulau Pinang. Sya menghadapi masalah kewangan yang agak serius untuk diri saya. Saya cuba untuk stabilkan kewangan semasa saya dengan membuat pinjaman semula dengan BSN, tetapi pinjaman saya tersangkut kerana masalah kewangan saya telah menyebabkan rekod kawangan saya tercatat dalam Bank Negara dan menyebabkab saya gagal dalam pinjaman saya. Masalah kewangan saya ini menyebabkan bergoncangnya rumah tangga saya, saya hidup dalam ketakutan, dan kadang kadang buat saya befikir mencari jalan mudah dan berdosa untuk menyelesaikannya.
Saya memohon jasa baik dan belas ikhsan dari Tan Sri sekiranya dapat memberi pinjaman atau pun sumbanagan sebanyak RM 12000 kepada saya. Andai dalam bentuk pinjaman saya sanguup untuk membayar semula wang tersebut selama 2 tahun dengan jumlah rm 500 sebulan melalui pendapatan Overtime yang akan saya lakukan tiap bulan…(Majkluman Tan Sri, Gaji saya dah diguna sepenuhnya..). Harap Tan Sri dapat memberi sedikit pertimbangan untuk rayuan saya ini.
Muhamad Ludfi Bin Abdul Samat.
740422025579
Jabatan Perubatan Nuklear,
Hospital Pulau Pinang,
Jalan Residensi,
10990 Georgetown,
Pulau Pinang.
MayBank: 157072004644
No Phone: 0174514274
Saya tak kisah sekiranyana Tan Sri nak periksa sebarang status kewangan saya.
Saya amat amat berharap pada Tan Sri .Berdoa sangat agar nota saya ini dibaca oleh Tan Sri, atau sekurang kurangnya disampai pada Tan Sri.
Muhamad Ludfi Bin Abdul Samat
November 29th, 2008 at 1:46 am
As’kom..saya adalah seorang usahawan. Telah 3 tahun saya menjalankan perniagaan saya. Pada mulanya perniagaan saya memang suksess dan saya sememangnya seorang yang peramah mudah mendapat pelanggan yang tetap melanggan ke kedai saya. Apa yang menyedihkan saya kini perniagaan saya hampir menuju kehancuran. Saya kini ingin menceritakan kisah saya agar menjadi contoh kepada semua peniaga dan saya tidak tahan untuk menanggung semua keperitan ini dan ingin memohon pertolongan kepada sesiapa saja yang mampu menolong saya. Sebenarnya saya telah terjebak meminjam duit along. Segalanya berpunca dari kemalangan yang menimpa suami saya sehingga memerlukan perbelanjaan yang agak besar. Suami tidak dapat berkerja selama setahun akibat kemalangan tersebut. Saya terpaksa menanggung segalanya sehinggakan saya tidak dapat menambah stok didalam perniagaan saya. Untuk memohon pinjaman saya tidak dapat kerana nama telah di Blacklist disebabkan pinjaman creditcard yang tertunggak tidak dapat saya langsaikan. Bermula dari situlah saya meminjam duit along cina yang bermula dgn rm5,000. Apabila saya tidak dapat melangsaikan hutang saya ditambah interest yang berganda ganda sehingga lah kini menjadi jumlah rm70,000. Saya menjadi buntu tidak tahu apa yang seharusnya saya lakukan lagi. Dalam keadaan kita susah begini saya tidak malu menjadi macam peminta sedekah agar kawan kawan yang berduit dapat menolong saya yang tersepit dengan ugutan along sehinggakan saya tidak berdaya berfikir secara normal lagi. Setiap hari saya menangis diatas tikar sembahyang agar ada seorang insan yang dikirim allah dapat menolong saya menyelesaikan masaalah ini. Sehingga kini tidak ada seorangpun yang dapat menolong saya. Saya hidup dalam ketakutan lebih lebih lagi memikirkan anak anak. Saya menjadi fobia mendengar deringan handphone dari along meminta duit dengan ugutan yang berbagai. Saya kini menjadi semakin lemah. jantung sayapun semakin sakit. Saya memohon sangat pertolongan dari Tan Sri sekiranya dapat menolong saya dalam masaalah ini. Saya tidak tahu kemana lagi harus saya merayu dengan jumlah yang semakin meningkat. Tolonglah saya. Pertolongan tuan seumpama memberi nyawa kepada saya yang semakin lemah. Sekiranya saya kembali bertapak seperti dahulu saya akan membayar balik pertolongan dan pinjaman yang diberikan kepada saya. Saya berharap Tan Sri dapat menolong saya.
No. phone saya: 0194726200
Bank muamalat ac : 02020001964718
December 12th, 2008 at 4:54 pm
khabar angin mengatakan Tan Sri pemurah orangnya dan sanggup memberi pertolongan terupama kpd kaum kerabat sendiri.
Well….kalau ada rezeki maka adalah jawapannya……hoping for miracle…..but swear
toGod I M IN NEED…
December 15th, 2008 at 5:01 pm
assalamualaikum…
bingkisan ini saya coretkan buat Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari..
Saya merayu untuk memohon sedikit ihsan dari pihak tuan dari segi kewangan.Saya memerlukan wang sara hidup untuk meneruskan pengajian saya di salah satu IPt di kedah,kerna saya tidak ada sebarang tajaan untuk meneruskan pengajian saya.Saya merayu andai Tan Sri membaca coretan saya,harap Tan Sri dapat respon saya di talian 0195521534.
December 20th, 2008 at 1:26 am
Salam, bila saya boleh jumpa? Saya berminat dgn Tan Sri nak belajar berniaga.. La ni pun saya berniaga kecil-kecil. Moga impian saya boleh jadi kenyataan , Sekian wasallam
January 12th, 2009 at 8:13 am
Taniah kepada Tan Sri…..kerana memperjuangkan hak-hak anak-anak melayu. Saya begitu kagum dengan kejayaan Tan Sri. Tan Sri seorang tokoh yang tidak lupa akan pesanan ibu-bapa.
Saya ingin menjadi seorang usahawan. Tetapi tidak tahu hendak bermula dari mana.. Di harap Tan Sri dapat berkongsi pengalaman dan pandangan
Terima kasih
January 13th, 2009 at 2:43 pm
salam..saya nie seorang penuntut ipta ingin menemuramah Tan Sri untuk melaksanakan tugasan yang diberi oleh pensyarah.oleh itu saya ingin tahu bagaimana saya dapat membuat temu janji dengan pihak tuan . ini alamat email saya nuru_iris@yahoo.com.my….saya harap pihak tuan dapat memberi jawapan secepat mungkin……….