Oleh Jabatan Mufti Negeri Melaka 

SOALAN: Assalamualaikum, saya mengerjakan semua kewajipan agama sembahyang lima waktu, puasa sunat di bulan yang di sunatkan tetapi tidak menutup aurat (tidak bertudung) tetapi tidak pernah mendedahkan bahagian badan yang lain. Adakah segala amalan saya di terima Allah S.W.T. ?

JAWAPAN:

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam.

Allah Ta’ala hanya menerima amalan hamba-Nya yang benar-benar ikhlas terhadap-Nya. Amalan yang dilakukan itu pula sekiranya merupakan ibadat khusus seperti sembahyang, puasa dan sebagainya hendaklah menepati rukun dan syarat serta kaifiat yang telah ditetapkan oleh syariat berdasarkan ilmu yang benar dan bukan ikut-ikutan secara membuta-tuli. Ibadat yang dilakukan dengan penuh rasa kehambaan kepada Allah akan memberi kesan kepada jiwa pengamalnya sehingga melahirkan ketaatan dan akhlak yang baik seperti memelihara aurat, beradab sopan, menjauhi kemaksiatan dan sebagainya.

Rambut merupakan aurat yang WAJIB ditutup oleh wanita apabila berada di hadapan lelaki ajnabi. Oleh itu, mendedahkannya adalah berdosa dan merupakan suatu kemaksiatan yang akan dibalas dengan siksaan yang pedih di akhirat kelak sekiranya dia tidak sempat bertaubat. Dia akan tetap menanggung dosa itu selagi tidak bertaubat daripada perbuatan itu walaupun dia bersembahyang lima waktu dan melakukan ibadat yang lain.

Wallahu Tabaraka Wa Ta’ala a’lam.



10 Responses to “Hukum amalan seseorang yang tidak menutup aurat”

  1.    Says:

    Assalammualaikum, Adakah aurat perempuan yang wajib ditutup melakukan solat sama dengan diluar solat? cuntuh. Jika tangan diwajibkan menutupnya hingga pergelangan tangan diwaktu solat, bagaimana ketika tidak melakukan solat? Jika ia wajib ditutup, tapi ia tidak melakukannya, walaupun ketika ia menghadiri kuliah dan class Agama, diwaktu bekerja. Jika siSuami tidak menasehatkan,dan ia tahu hukumnya wajib, adakah siSuami itu termasuk didalam gulungan Suami yang dayus? kerana mendiamkan Isteri malukan dosa.

    Jika ia seorangn guru Agama,diwaktu memberi ceramah kapada masyarakat ramai, melakukan seperti ini, bagaimana hukumnya? Adakah apa yang disampaikan boleh didengar sedangkan ia melakukan sesuatu yang dilarang?

    Terima Kaseh
    Singapura

  2.    Says:

    No Comment

  3.    Says:

    220. Tutup Aurat Namun Tidak Sempurna
    Soalan:
    Apakah hukum bagi seorang wanita yang memakai tudung, tetapi pakaiannya tidak menutup aurat, seperti memakai ‘jeans’ dan baju ketat yang menampakkan tubuh. Adakah mereka akan menerima azab di akhirat kelak?
    Adi, Kuching
    Jawapan:
    Perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang pada hakikatnya masih dikatakan mendedahkan auratnya berdasarkan kepada sebuah hadis yang menceritakan ramalan Rasulullah SAW tentang akan ada sesetenagah kaum wanita di kalangan umatnya yang akan berpakaian tetapi bertelanjang.
    Ini kerana tatacara berpakaian yang dilakukan olehnya masih belum boleh dikatakan sebagai teknik berpakaian yang sebenar menurut kaca mata Islam, apalagi jika bentuk badannya jelas kelihatan. Ia tetap dikira berdosa kerana melakukan suatu perbuatan yang haram di sisi Allah SWT. Jika ia meninggal tanpa sempat bertaubat maka ia akan merasai azab neraka Allah. Nauzubillah..
    Tatacara berpakaian yang lengkap di sisi Allah ialah memakai pakaian yang boleh menutupi seluruh badan kecuali muka dan dua tapak tangan sahaja. Pakaian itu pula tidak ketat dan warnanya pula tidak menarik perhatian kaum lelaki. Seeloknya yang berwarna hitam atau kelabu

  4.    Says:

    assalamualaikum wr.wb
    saya ingin bertanya sebenarnya seorang muslimah diperbolehkan tidak memakai celana jeans?karena saya ingin gaul dan ingin terlihat cantik.terima kasih
    wassalamualaikum wr.wb

  5.    Says:

    assalamualaikum wr.wb
    saya ingin bertanya bolehkah bila seorang wanita jika ditempat kuliah dia berjilbab, tetapi bila di tempat kerja dia tidak berjilbab karena adanya larangan untuk mengenakan jilbab ditempatnya bekerja…..????? terimakasih atas jawabanya

  6.    Says:

    Soal aurat ini amat berat dewasa ini. Sebagai seorang suami kita bertanggungjawab jika isteri tidak menutup aurat.

  7.   Dilla2202 Says:

    Assallamualaikum wbth,
    Pertanyaan ttg adakah amalan kita seorang muslimah d terima Allah SWT jika kita tak menutup aurat spt rambut, memakai pakaian ketat dan jeans tak berapa jelas. Saya tanya sekali lagi adakah amalan2 kita d terima Allah SWT? Solat, puasa, sedekah jariah kita di terima Allah SWT ke??

    Jazakumullah khairan.
    Salam Dilla2202.

  8.   ridhuan Says:

    salam..untuk semua makluman wanita muslimah, sebenarnya lengan wanita pun aurat.tahap aurat ialah seluruh tubuh kecuali muka dan pergelangan tangan serta tapak tangan..oleh itu bagi menutup lengan gunakanlah sarung lengan bagi wanita.wslm

  9.   anep Says:

    bagaimanakah aurat boleh membawa kpd terjebaknya gejala sosial???????????

  10.   amad Says:

    *anep*

    assalamualaikum anep..
    menjawab kepada soalan anep tu,,
    cuba anep bezakan kawan anep yang bertudung(secara sempurna) dan seorang yang tak bertudung…
    dari situ anep dapat tengok `bagaimana aurat boleh membawa kpd terjebaknya gejala sosial

Leave a Reply

Powered by WP Hashcash


Close
E-mail It