Archive for March 20th, 2007

Oleh: PROF DR. SIDEK BABA

ISU Islam sering menjadi isu yang kontroversial. Sebahagian orang-orang Barat merasa fobia atau takut kepada Islam. Islam diberikan pelbagai label. Ada yang menghubungkan Islam dengan pengganas, pelampau, fundamentalis dan agama yang jumud dan tidak sesuai dengan perkembangan zaman.

Tidak kurang juga di kalangan orang-orang Islam sendiri berpendapat terlalu Islam umat tidak akan maju.

Para remaja harus memahami isu-isu berbangkit dengan ilmu dan kebijaksanaan. Tanpa pemahaman yang telus, remaja bakal terheret sama untuk membuat tanggapan bahawa terdapat sesuatu yang negatif pada Islam.

Remaja harus dapat membezakan Islam sebagai agama dengan ajaran yang mendidik manusia menjadi baik dan berilmu dan berperanan mensejahterakan umat manusia. Remaja juga harus memahami bahawa penganut Islam mempunyai berbagai orientasi, tahap keilmuan dan pendedahan terhadap sejarah dan tamadun Islam menyebabkan kefahaman dan penghayatan Islam menjadi berbeza.

Fobia Barat terhadap Islam datang dari rejim Barat yang memerintah dan mempunyai kepentingan tertentu. Semacam ada dendam Salibiyyah terhadap Islam atau tekad zionis untuk melaksanakan protokolnya.

Al-Quran juga memperingatkan kita mengenai strategi musuh-musuh Islam yang sentiasa merancang untuk menghancurkan Islam sama ada ajaran mahupun imej umatnya. Strategi mereka memperkasa program-program media cetak dan letronik dengan budaya popular Barat merupakan salah satu strategi untuk menghancurkan akhlak dan pemikiran generasi muda.

Allah s.w.t. memberi jaminan bahawa seluruh tipu daya mereka akan di atasi dengan syarat umat Islam kembali menghayati Islam dalam erti kata yang sebenar.

Comments 2 Comments »

Oleh Wan Esma Wan Ahmad

SETIAP manusia dianugerahkan Allah SWT kekuatan dan kelemahan. Tiada ada seorang pun yang tidak mempunyai kelemahan atau kekuatan semata-mata. Dengan sebab itu, kekuatan mampu menjadikan manusia yang berguna kepada diri, negara dan agama.

Firman Allah SWT bermaksud: “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat perkara baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)…”
(Surah al-Imran, ayat 110)

Ayat ini menjelaskan potensi yang pada diri manusia ada kekuatan untuk mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Lebih istimewa lagi dijelaskan ‘umat Islam dilahirkan dengan sebaik-baik ummah’.

Dalam menjalani kehidupan, cabaran dan dugaan silih berganti. Kehidupan setiap individu akan diuji. Melalui proses ujian inilah mereka akan memperoleh kejayaan atau kegagalan. Dengan sebab itu, potensi diri manusia yang dimiliki oleh setiap individu hendaklah digunakan sebaik-baiknya agar tidak mudah tewas dengan ajakan nafsu, persekitaran, musuh dan syaitan.

Comments No Comments »

Close
E-mail It