Oleh:Â Dr. Fadzilah Kamsah
Siapakah wanita yang layak dipanggil ibu mithali, isteri sejati?
Seseorang pendidik keluarga seharusnya memfokuskan diri pada aspek-aspek tertentu seperti :
- Berdoa memohon keredhaan Allah
- Mengistiqamahkan sunnah dan penghayatan Islam dalam rumahtangga
- Membersihkan hati dan pemikiran
- Membina kebahagiaan secara proaktif
- Mendidik diri sendiri
- Mengamalkan komunikasi dan hubungan kemanusiaan berkesan berdasarkan Al-Mawaddah (berkasih sayang) dan Ar-Rahman (kasih-mengasihani)
- Mengamalkan sikap dan pegangan yang betul
- Mengamalkan suasana persekitaran yang kondusif dan merangsang dalam rumah tangga.
- Membina rumahtangga berasaskan Al-Muiasyarah Bil Makruf (pergaulan dan hidup bersama secara baik dan di redhai Allah)
- Pembangunan fizikal dan kesihatan
- Muhasabah diri
Adakah kita telah berjaya melaksanakan kesemua 11 aspek ini atau hanya separuh daripadanya sahaja. Jika anda telah berjaya, anda patut bangga, namun begitu ia masih tidak mencukupi lagi. Ada beberapa perkara yang perlu dititik beratkan lagi untuk mencapai IBU MITHALI ISTERI SEJATI.
Seorang ibu dan isteri positif mesti mempunyai 9 sikap mental iaitu :-
- Positif Terhadap Perubahan
- Positif Terhadap Diri Sendiri
- Positif Terhadap Kepimpinan
- Positif Terhadap Masalah
- Positif Terhadap Orang Lain
- Positif Terhadap Keadaan Emosi
- Positif Terhadap Idea Kreatif
- Positif Terhadap Membuat Keputusan
- Positif Terhadap Qada Dan Qadar
Antara petua untuk menjadi ibu mithali :
- Analisis diri daripada pandangan anak
- Sedari dan fahami perbezaan anak daripada segi fizikal dan emosi
- Bercakap benar
- Kotakan kata-kata
- Didik anak mengenai kemahiran sosial
- Gunakan masa jitu untuk mengajar
- Wujudkan suasana positif lebih dari negatif
- Gunakan belaian positif dalam rumah tangga
- Padam rekod negatif dalam pemikiran anak
- Melatih anak berfikir
- Dedahkan anak kepada pelbagai pengalaman
- Tunjukkan contoh sihat dalam rumah tangga
- Memimpin anak menyempurnakan ibadah umum dan khusus
- Hidupkan sunnah dalam rumah tangga
- Sentiasa berdoa mendapatkan bantuan dan rahmat Allah
- Mengenal pasti potensi anak dan menyerlahkannya.
Menjadi seorang ibu mithali bukanlah mudah. Mereka mempunyai pelbagai peranan dalam rumah tangga. Antaranya ialah :
- Pendidik keluarga
- Pemimpin kedua dalam segala hal berkaitan dengan rumah tangga
- Penasihat
- Doktor dan jururawat
- Mendisiplinkan anak-anak
- Kawan atau sahabat
- Penyelesai masalah
- Merangsang perkembangan mental anak-anak
- Mengawal perkembangan dan tingkah laku anak
- Model pada anak-anak
- Mendoakan kejayaan anak di dunia dan akhirat
- Mengawal ekonomi rumah tangga
- Menjaga harta suami dan keluarga
Selain daripada itu terdapat 13 prinsip ibu mithali yang perlu dicontohi iaitu :-
- Ibu menyerlahkan keunikan sendiri
- Tidak berebut kuasa dengan anak-anak
- Memahami teknik memuji dan mengkritik anak
- Bersangka positif terhadap kebolehan dan kecemerlangan setiap anak
- Mendidik anak berdikari
- Mempunyai nilai diri tinggi
- Bersedia meminta maaf daripada anak-anak
- Bertindak secara jamaah
- Mengorbankan kepentingan peribadi
- Memberi perhatian rapi terhadap setiap kegiatan yang dijalankan
- Meneroka dan merangsang potensi anak
- Sentiasa meningkatkan diri daripada segi keterampilan keibubapaan.
- Sentiasa berdoa untuk kesejahteraan keluarga.
Kesimpulannya untuk menjadi seorang ibu yang baik mungkin kita boleh mencapainya tetapi untuk menjadi seorang ibu dan isteri yang cemerlang, kita perlu mendalami ilmu keisterian. Oleh itu berusahalah kita seberapa yang boleh untuk menjadi “ibu mithali, isteri sejatiâ€.
Penulis adalah pakar motivasi bebas.




saya seorang pengajar anak-anak TPA, walaupun saya belum menikah, saya banyak belajar dari anak-anak didik, bila mereka diperlakukan dengan suara yang lembut, lebih mereka mendengar dari pada diperlakukan dengan suara yang keras, mengajar dengan kasih sayang dan kelembutan ternyata lebih indah, walaupun sikap marah boleh kita tunjukkan tetapi dengan bijak
saya seorang yang bekerja
saya ingin bercuti bersama kwn pejabat tetapi bayi masih 9 bulan
susah nak bawa
kadang2 saya rasa sangat susah nk bergerak untuk bawa bb yang masih kecil
hidup saya xseronok xdapat bersama kwn2
akum.. saya sgt teringin mjdi ibu mithali n isteri yg baik. melihat pada trend dunia skrg yg byk pceraian saya jd takut.tp masalahnya saya masih blum dpt berubah sikap. saya cepat marah krn sikap suami yang x mau mbantu mengurus anak walaupun sekejap.bila saya meminta tlg byk alasan d beri,ini myebabkan saya melenting n marah. bagaimana cara saya mengatasinya? berikan saya tips utk membolehkan suami faham akan saya. sebab kami sama-sama berkerja ,jadi sama-sama perlukan rehat,tp suami langsung x mbantu menguruskan anak.
Salam…saya pun teringin untuk menjadi seorang ibu mithali..masalahnya di sini…saya kekdg hilang sabar bila berdepan dengan karenah anak2 tiri..untuk makluman, saya mempunyai sepasang anak tiri berumur17thn (perempuan) dan 15thn Lelaki, yang perempuan tinggal kami dan yang lelaki dengan maknya. Cara didikan yang mereka terima adalah jauh berbeza dengan sepupu mereka sehinggakan naik pening kepala saya memikirkan bagaimana hendak membentuk mereka menjadi orang2 yang berdisiplin, beradab dan patuh pada suruhan agama..kekadang saya tidak tahan untuk berada ditempat sekarang.
Alhamdulillah….saya mempunyai seorang anak perempuan dan 2 orang anak lelaki…mereka bersekolah Sekolah Rendah Agama Bersepadu yang lebih menekankan ilmu-ilmu agama….syukur saya ke hadrat Allah..mereka mudah dilentur walaupun sesekali nakal.namun apabila waktu solat dan mengaji mereka tidak akan merungut dan bertangguh…Saya dan suami telah bertekad untuk mendidik anak anak kami lebih ke arah ukhurawi..kerana dewasa ini banyak berita di dada dada akhbar menceritakan anak anak derhaka yang semakin berleluasa….Kita sebagai ibu dan ayah….sesibuk mana pun kita….kita kena ingat..mereka lah yang akan mendoakan kita setelah kita meninggal dunia kelak….insyaAllah…
Assalamualaikum….saya mempunyai seorang anak perempuan dan 2 orang anak lelaki..saya dan suami bersyukur kerana dikurniakan anak anak yang mudah solat,mengaji.Yang paling manis..walaupun pada ramadhan lepas,saya keguguran kali ke 3…kami anak beranak dapat menunaikan solat tarawih bersama sama…rasa bahagian sangat..mereka x pernah bersungut..mungkin ini adalah hasil daripada didikan suami yang tegas dengan mereka…suami saya seorang yang tegas dan berdisiplin..pada mulanya mereka memberontak…tapi lama kelamaan mereka da lali dan faham dengan cara ayah mereka…saya bersyukur sangat2…Saya ingin respons kepada liana..sekiranya suami tidak membantu di dalam menguruskan anak anak,anda kena berterus terang..jgn simpan dalam hati….kena berbincang baik2 dan diiringi dengan doa…insyaAllah. masalah selesai.Saya juga ingin memberi tips kasih sayang suami dan anak -anak ….ketika masak,baca ayat 200 surah al Imran…insyaAllah…ANAK2 IKUT KATA DAN SUAMI SEMAKIN MENYAYANGI KITA…X SALAH KITA GUNA AYAT2 AL QURAN….CUBA LAH…
salam..saya adlh isteri n ibu kpd dua org cahayamata..asalnya saya adlh seorg yg mpunyai sifat panas brn n cepat melenting..perasaan itu semakin parah selepas sy bkhwin..sy lgsg tidak boleh bertolak ansur dgn suami n kesannya kami sering bgaduh..sy juga sll menjerit2 memarahi anak2 walaupun mereka cuma insan yg kecil dan tak tahu apa2..lama kelamaan, rumah tangga saya mjadi ibarat neraka..suami sy semakin mjauhkn diri dari sy..tiada lg kmesraan spt dulu..anak2 pn tidak rapat dgn sy..sering kali sy merasakn ingin bpisah dgn suami..bg sy,dia tidak dpt memahami sy..bg sy, dia sll membebankn sy dgn mnyuruh sy mjaga ank2 walhal kami sm2 bkerja..tetapi,suatu hari timbul keinsafan dlm hati sy..sgl pmslhn bila difikrkn sbnrnya bpunca dr sy..sy cuba n terus mcuba mbuang jauh2 sikap pns brn n cpt mrh lalu mgantikn dgn kasih syg n kelembutn..ank2 yg tpaksa sy jg seorg diri sy anggap sbg 1 ibdh.. sy cuba mhiburkan hati n mhilangkn penat lelah dgn melihat ragam n kerenah ank2..sy ketawa n terus ketawa..anak2 n suami sy cium n belai dgn pnh ikhlas..sy mula mhormati suami n bckp sopan n lembut dgn nya..dengan izin dari Allah, rumah tgga sy yg dulu penuh dgn tangisan dan perasaan marah, akhirnya dilimpahi dgn gelak ketawa n gurau senda yg tidak bertepi..smg ia akn terus kekal begitu sehingga ke syurga…smg sy terus dilimpahi dgn kasih sayang dr Pencipta n makhluk ciptaanNya…smg sy jg dpt mnyanyangi mereka semua dgn penuh ikhlas…ameen…