Israiliyyat: Penceramah mencemarkan al-Quran
Posted by: nurjeehan in Akidah, Al Quran & Tafsir, Dakwah, TazkirahOleh: DR. MOHD. ASRI ZAINUL ABIDIN | UM 20 May 07
MELIHAT sesetengah penceramah di dalam atau di luar televisyen berceramah agama dengan menyelitkan kisah nabi-nabi atau wali-wali yang entah dari mana dikutipnya amat merisaukan hati. Sebahagian kisah itu tidak mempunyai sandaran agama yang diiktiraf dari segi disiplin periwayatan. Kebanyakannya Israiliyyat.
Lebih malang, sebahagian kisah itu seperti mitos atau kartun. Apabila dikaitkan dengan Islam, maka hilanglah kehebatan agama yang agung itu. Secara umum Israiliyyat adalah kisah-kisah yang bersumberkan maklumat Yahudi atau Bani Israil. Riwayat-riwayat tersebut terselit atau disebut dalam buku-buku umat Islam.
Para ulama hadis sentiasa memperingatkan umat tentang bahaya ini. Banyak riwayat atau kisah Israiliyyat hanya mencemarkan agama. Namun ramai penceramah tidak dapat membezakan antara Israiliyyat.
Dunia semakin canggih. Banyak perkara yang tidak wujud pada generasi lalu, adalah kenyataan hidup generasi hari ini. Sikap, pendirian dan pendekatan juga berubah. Dahulu apa yang dinyatakan oleh orang-orang tua tidak dibantah. Hari ini barangkali tidak. Mungkin dalam sesetengah perkara dianggap ‘ketinggalan bas’.
Dahulu cakap orang bergelar ustaz atau tok guru tidak dibantah, bahkan dianggap berdosa jika melawan. Perbuatan ustaz/ tok guru dianggap agama. Mereka bagaikan wakil ‘Tuhan’ . Ucapan mereka diterima bulat- bulat, bagaikan rasul maksum.
Justeru, sekalipun ‘mandi safar’ syirik, namun kerana jampi menteranya ditulis oleh ‘ustaz’, maka sekian lama kepercayaan itu menjalar dalam masyarakat Melayu. Tepung tawar pelepas bala yang mempunyai nilai-nilai syirik dilakukan.
Sebabnya kerja ini ‘difrancais’ oleh ustaz atau tok guru. Perkara yang ‘sewaktu dengan semua itu’ bukan sedikit telah berlaku namun hari ini perkara-perkara tersebut banyak yang pupus. Hari ini dunia lebih moden. Pendidikan dan pengetahuan moden menuntut setiap perkara dikemukakan berdasarkan fakta dan angka.
Dahulu barangkali ustaz boleh menceritakan berbagai-bagai riwayat Israiliyyat dengan selesa sehingga timbul kisah Nabi Sulaiman dan Sang Kancil. Watak nabi diperkatunkan. Hari ini kisah-kisah itu dipertikaikan sumber dan ketulenannya. Mereka mungkin menaiki kereta ‘kancil’, tetapi tidak menerima watak lucu itu dikaitkan dengan nabi. Dahulu barangkali seorang ustaz apabila tiba 10 Muharam atau asyura bercerita dengan bebas tentang bubur Nabi Nuh di atas kapal dan berkempen orang ramai memasak bubur itu.
Hari ini generasi baru akan bertanya ketulenan kisah itu. Nabi Nuh a.s. dihantar bukan sebagai chef untuk memperkenalkan resipi bubur. Baginda seorang nabi yang mempunyai mesej dakwah yang besar. Dahulu barangkali seorang ‘ustaz’ bercerita dengan bebas jampi penyeri wajah naik pelamin Nabi Yusuf. Hari ini ia tentu dipertikaikan. Dahulu berdasarkan cerita sesetengah ustaz atau lebai, ada yang ikut mempercayai “Sesungguhnya bumi berada di atas sebiji batu. Batu tersebut berada di atas tanduk seekor lembu jantan. Apabila lembu jantan itu menggerakkan tanduknya, maka batu tersebut pun bergerak dan bergeraklah bumi. Itulah gempa bumi.â€
Pengetahuan moden menolak kepercayaan ini. Kita menganggap ini riwayat palsu. Kata Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) ketika mengulas riwayat ini: “Yang peliknya ada orang yang sanggup menghitamkan buku-bukunya dengan perkara-perkara merepek ini.†(Ibn Qayyim al-Jauziyyah, Al-Manar al-Munif, m.s.78.)
Kata Abu Syahbah : “Ini adalah rekaan ahli kitab bertujuan menghina para rasul†(Abu Syahbah, Al-Israiliyyat wa al-Maudu’at fi Kutub al- Tafasir. m.s 305)
Malangnya, ada golongan agama dahulu percaya dunia berada di atas tanduk lembu dan lembu berada atas ikan nun seperti yang ditambah dalam riwayat palsu lain. Ini menyanggahi hakikat, bumi terapung- apung di angkasa. Kita menyeru kepada tajdid (pembaharuan). Kita menentang hal ini. Kita katakan, kelemahan pengetahuan orang ramai masa kini untuk membezakan antara isi al-Quran dengan riwayat Israiliyyat boleh membawa mereka salah faham terhadap al-Quran dan ragu-ragu terhadap inti kandungannya. Tambahan pula, pengetahuan manusia moden banyak menolak bentuk khurafat.
Ini disebabkan mereka tidak mempunyai kaedah jelas dalam membezakan antara kisah-kisah yang termuat dalam buku- buku tafsir dan kisah-kisah al-Quran yang asal. Mereka akhirnya menghidangkan kisah-kisah lucu yang bertentangan dengan fakta sains seperti contoh di atas.
Kata guru saya iaitu seorang tafsir yang terkenal Solah ‘Abd al-Fattah al-Khalidi : “Telah berlaku kesalahan sebahagian pengkaji, penulis dan penceramah daripada kalangan Muslimin dalam melihat kisah-kisah umat yang lalu di dalam al-Quran. Sekalipun dengan niat yang baik, namun mereka telah menyanggahi metodologi yang betul dan lurus dalam mengkaji kisah-kisah tersebut. Mereka mempersembahkan kepada para pembaca dan pendengar timbunan daripada berbagai-bagai pendapat, kisah, riwayat dan pendetilan kisah. Kesemuanya tidak lebih daripada kisah-kisah karut, batil, palsu yang mereka ambil daripada sumber-sumber yang diselewengkan lagi batil, ia adalah al-israiliyyat dan kisah-kisah ahli kitabâ€.( Solah Abd al-Fattah al-Khalidi, Ma‘a Qasas al-Sabiqin fi al-Quran 1/31)
Di saat dunia semakin canggih dan moden, kepercayaan sebahagian manusia terhadap kebanyakan agama semakin tercemar disebabkan karut-marut yang membaluti kebanyakan kepercayaan. Hanyalah Islam, agama yang menolak khurafat, tahyul dan karut-marut yang tiada asasnya.
Ini membuktikan, Islam dapat menghadapi perkembangan tamadun kebendaan, tamadun yang bersedia mempertikaikan apa sahaja termasuklah ketuhanan. Islam yang tulen tetap utuh kerana mesej dan tujuannya tidak dicemari kekarutan.
Inilah mesej al-Quran dan sunah yang sahih. Fokus kisah-kisah al-Quran adalah pengajaran, bukan untuk melalut dan meracau dalam perkara-perkara yang tiada kaitan dengan pengajaran.
Kisah Luqman umpamanya, al-Quran hanya menyebut sesuatu yang bermanfaat. Firman Allah, Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada ALLAH (akan segala nikmat-Nya kepadamu)â€. Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. (Luqman: 12)
Demikian insan apabila membaca ayat ini tahu pengajaran yang dapat dicontohi dari Luqman ialah bersyukur dengan kurniaan kebijaksanaan yang Allah berikan.
Selepas ayat ini, Allah menceritakan nasihat-nasihat Luqman kepada anaknya. Antaranya nasihat berkualiti yang terbit daripada orang yang diberikan hikmah. Hikmah itu membawa insan mengenali hakikat kebaikan yang tulen. Ini terserlah dalam isi kandungan nasihat-nasihat tersebut. Nasihat-nasihat itu juga adalah sukatan pendidikan bermutu dan tepat.
Namun Israiliyyat menyibukkan pembaca al-Quran dengan perkara-perkara lain dari ini semua. Menurut Israiliyyat, Luqman ialah lelaki hamba abdi berketurunan Habsyi, seorang yang pendek, hidungnya penyek, bibirnya tebal, lebar tapak kakinya dan berbagai-bagai lagi. (lihat: Salah al-Khalidi, Ma’ Qasas al-Sabiqin, 3/150)
Tambahan Israiliyyat hanyalah memalingkan pembaca al-Quran daripada tujuan utamanya yang menghidangkan kisah itu sebagai pengajaran dan pengiktibaran. Apakah faedah besar untuk pembaca al- Quran jika dia mengetahui Luqman berkulit hitam, berbangsa Habsyi, berhidung penyek? Apakah dia boleh meniru itu semua jika Allah mentakdirkannya berkulit putih, berhidung mancung dan tidak berbangsa Habsyi? Apakah itu tujuan kisah yang dibawa? Atau tujuannya mengisahkan seorang hamba Allah yang diberi hikmah dan diperintahkan bersyukur kepada Tuhannya? Lalu dipersembahkan hikmah dan syukur itu dalam suatu sukatan pendidikan yang membentuk insan yang rabbani.
Kata Salah al-Khalidi dalam karangannya yang lain: “Cerita dan sebutan al-Quran mengenai umat terdahulu, kisah-kisah dan berita mengenai mereka bukan dengan cara pendetilan huraian. Al-Quran tidak mendetilkan tentang masa, atau tempat, atau watak, atau memperincikan cerita. Tidak diceritakan setiap kejadian, atau episodnya, atau bahagian-bahagiannya. Ia tidak pula melengkapkan (setiap episod), mendetil, menghuraikan dengan panjang lebar peristiwa-peristiwa yang berlaku, setiap pergerakan watak-wataknya dan latar belakang peristiwa. Al-Quran tidak melakukan ini semua. Ini kerana bukan tujuan al-Quran untuk mendetilkan kisah-kisah tersebut. Sebaliknya tujuan al-Quran untuk membentangkan kebenaran dan menentukan nilaian dan pemikiran, mengambil pengiktibaran, pengajaran dan panduan. Juga mengambil manfaat dari panduan- panduan yang terdapat dalam kisah- kisah tersebut. Ini semua terlaksana dengan kadar dan cara yang telah dibentangkan oleh al-Quran.
Para pembaca dan pengkaji al-Quran yang mengambil riwayat Israiliyyat dan cerita-cerita dongeng sepatutnya berpegang dengan tujuan al-Quran bagi kisah- kisah umat yang lalu. Mereka tidak sepatutnya mengambil sumber-sumber yang berasal dari manusia bersifat lemah dan jahil. Lalu mereka mencari pendetilan apa yang diterangkan al-Quran secara umum, cuba menjelaskan apa yang al-Quran samarkan dan menceritakan apa yang al-Quran diamkan. Alangkah baiknya jika mereka ini dapat mencari dari sumber yang dipercayai. Malangnya mereka mencari dari sumber yang diselewengkan, dusta (Israiliyyat) dan mengambil daripada manusia kafir lagi zalim yang menyelewengkan agama mereka (Yahudi).†(Al-Khalidi, Salah ‘Abd al-Fattah, Mafatih li Taa’mul ma’ al-Quran, m.s. 85)
Di zaman kini, manusia banyak mengkaji dan mengetahui perkara-perkara baru. Masa untuk membaca al-Quran terganggu dengan urusan dan kerja yang sentiasa mengasak dan mendesak. Jika waktu terhad dibazirkan dengan kisah-kisah Israiliyyat, tentulah fokus yang wajib diberikan kepada inti asal al-Quran tergadai. Apatah lagi kisah-kisah Israiliyyat itu mencemarkan wajah agama di hadapan fakta sains.
Orang-orang Barat jika mereka tidak jelas antara Israiliyyat dengan inti kandungan asal al-Quran, boleh menyebabkan mereka menganggap Islam mengandungi ajaran-ajaran yang bercanggah dengan penemuan sains yang dibuktikan kebenarannya. Maka mereka akan memandang lekeh kepada Islam dan menolaknya. Apa tidaknya, jika mereka mendengar sesetengah ‘ustaz’ di Malaysia menyatakan umur dunia 7,000 tahun sedangkan para saintis menyatakan ia sudah mencapai jutaan tahun.
Mereka akan tertanya: Inikah Islam yang bersumberkan wahyu yang sebenar? Sedangkan mereka tidak tahu bahawa itu semua adalah riwayat Israiliyyat. Abu Syahbah menyatakan bahawa riwayat yang menyatakan Nabi melihat usia dunia berusia 7000 tahun adalah Israiliyyat dan dusta, tidak ada kaitan dengan Islam.( Lihat: Muhammad Muhammad Abu Syahbah, Al-Sirah al-Nabawiyyah fi Dau al-Quran wa al-Sunnah, 1/14)
Benar seperti kata Dr.Yusuf al-Qaradawi: “Sesungguhnya antara yang mencemarkan warisan ilmu kita, terutamanya di medan tafsir ialah meresapnya Israiliyyat, dan sukar pula untuk dibersihkan.†Katanya juga: “Seakan-akan Yahudi ketika tentera mereka tewas di hadapan dakwah Islam di Madinah, Khaibar dan selainnya, maka mereka cuba menghadapi Islam dengan senjata yang lain sebagai ganti kepada kekalahan mereka. Demikian itu ialah senjata peperangan pemikiran. Lalu mereka memasukkan riwayat Israiliyyat yang pelik-pelik. Dalam kecuaian, maka tidak sampai sekejap, lalu Israiliyyat telah mencekik kitab-kitab kaum Musliminâ€.( Al-Qaradawi, Thaqafah al-Da‘iyyah, 41).
Nafas baru perlu diberikan kepada penafsiran al-Quran demi generasi baru. Nafas itu membawa kita kembali kepada wajah Islam yang asli dan tulen.
- DR. MOHD. ASRI ZAINUL ABIDIN ialah Mufti Kerajaan Negeri Perlis. E-mel: moasriza @ yahoo . com



Entries (RSS)
May 20th, 2007 at 4:12 pm
Then, how do we know which is true, which is not? All of the histories happened years ago (that is why they were called ‘history’).We will never know exactly what happened before. Never. But we can hear from people, from those who learned, from those who are connected directly to their respective historical ancestor.
So, the question is, how do we differentiate the truth and the israiliyyat?
Yes, I agree. There are A LOT of stories, kisah2 pengajaran, 1001 malam, etc. yang melibatkan nama2 nabi dan rasul, melibatkan nama2 khalifah2 yang disegani, yang tidak dapat dikenalpasti asal usul ceritanya. Contohnya, cerita2 padang pasir seperti Abu Nawas dan Khalifah Harun Arrashid (betulke? dah tak berapa ingat dah). Exactly. There stories are mostly about the importance of being an intelligent man, brain is sharper than sword, and stronger than any strongman in the world, etc etc…But, how can we know whether these stories are true?
This example is just something pretty small, since we won’t see any nabi and rasul’s name in these stories…but there are so much more stories out there yang menyebut nama2 tokoh2 Islam.
So, how?
ولا تصد قوا أهل الكتا ب و لا تكذبوهم, وقو لوا آ منا بالله وما انزل الينا
Maksudnya: “ Janganlah kamu mempercayai Ahli Kitab dan janganlah pula mendustai mereka, katakanlah kami beriman kepada Allah dan kepada kitab yang diturunkan kepada kami…†(Al-Bukhari, Sahih Bukhari)
This is what I got from my own research on the line:
“Pembahagian Israiliyyat :
Apabila disebut Israiliyyat pada kebiasaanya ia merujuk kepada riwayat-riwayat Israiliyyat yang bersifat negatif atau yang sukar diterima isinya.
Merujuk kepada pembahagian ulamak antaranya Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah ( Ibnu Taimiyyah,Muqaddimah dalam Usul Tafsir, muka surat 100) Israiliyyat dapat dibahagikan kepada tiga bahagian:
Pertama: Israiliyyat yang selari dengan apa yang ada di dalam sumber Islam, al-Quran dan as-Sunnah as-Sohihah. Contohnya: riwayat yang menyebut rakan seperjalanan Nabi Musa a.s ialah Khidir.
Kedua: Israiliyyat yang bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah as-Sohihah. Contohnya: cerita malaikat Harut dan Marut yang terlibat dengan dosa besar. Minum arak, berzina dan membunuh
Ketiga: Israiliyyat yang tidak dapat dipastikan statusnya (maskut anhu). Contohnya, riwayat-riwayat yang menyebut bahagian anggota lembu yang diambil untuk memukul si mati dalam kisah bani Israil.”
As we can see, the first part of Israiliyyaat is the hardest one. Because most of the time, it is parallel with the story. And its hard to notice the Israiliyyaat in it.
Same goes with the second part. That story was told very widely, and it is so famous, almost all of us took it as a true story, as a cerita pengajaran (to mention that alcohol is very very dangerous, drives us to extreme sins of adultery and murder). Even though there is a good lesson in that story, it seems so hard to accept that the respected malaikat did such thing, right?
I agree with you again, Israiliyyaat memang bahaya. Semua orang boleh terima jika kita sebarkan kebahayaan perkara ini. Cuma, apa yang lebih penting, bagaimana kita boleh mengesan Israiliyyaat ini?
Inilah soalan yang tidak harus dipandang ringan, kan?
May 22nd, 2007 at 11:54 am
What i think is, if there is a way to trace the Israiliyyat, then there will be a lot of different understandings. Some people will believe on the Harut and Marut stories, some will not. Some people will tell stories, some others will not tell the same stories as they don’t believe them, or worse, they will tell the stories, with an end “..don’t believe it, it’s not true”.
What I strongly believe is that our Muftis should determine what stories should be told, what should not. So that all of the people will only have one solid referrence for this.
Somehow, this kind of thing seems not really covered totally, and been taken lightly by the authorities. I am not accusing anyone, just saying things from my point of view, so please don’t get me wrong (if any of higher level people is reading this). That is why we can still hear ridiculous stories, and spread it out widely throughout the entire nation.
Now, back to the main topic. If anyone has ever come accross this matter, or found any relevant articles about this, do post it here. I would like to know what is the best way to find out the existence of Israiliyyat in any stories, or Hadith.
p/s: Jeehan, mind calling me Imrilqis? Mohd tu seems very typical, ramai orang ada nama tu… :)
July 26th, 2007 at 3:50 pm
askum…
sy ingin maklumat mngenai 3 perbezaan buku tafsir…mgenai apa2 tjuk…