Mutiara Hati*

Entries from June 2007

Mengaku secara sedar kehebatan diri kunci kejayaan

June 29th, 2007 · 1 Comment

  Jendela Hikmah:
Oleh Rosnah Ahmad
SEORANG insan yang bertaubat daripada keterlanjuran mempunyai rasa harga diri sangat rendah membawa kepada putus asa, malah ada membunuh diri. Kesakitan fizikal, seksaan mental dan deraan emosi memang tidak tertanggung. Pandangan negatif yang menghina penuh celaan daripada masyarakat keliling memang tidak dapat dielakkan.
Itu hanya seksaan dan balasan di dunia. Untuk menghadapi cabaran […]

Tags: Motivasi · Tafakur (Muhasabah) · Tazkirah

Peluang huni syurga besar, tetapi tak direbut

June 29th, 2007 · No Comments

  Hadith : 
DARIPADA Abdullah, katanya Rasulullah SAW bersabda kepada kami: “Tidakkah kamu gembira bahawa satu perempat daripada penghuni syurga itu daripada kamu?” Kata Abdullah, kami pun segera mohon ditambah. Kemudian berkata pula Baginda: “Tidakkah kamu gembira bahawa sepertiga penghuni syurga itu daripada kamu?” Kata Abdullah, kami pun mohon diperbanyakkan lagi. Akhirnya Rasulullah SAW berkata: “Sesungguhnya saya […]

Tags: Akidah · Hadis & Pedoman · Motivasi · Tafakur (Muhasabah) · Tazkirah

Haji perluas ufuk pemikiran, latihan

June 29th, 2007 · 1 Comment

  Oleh Dr Juanda Jaya
TUJUAN utama ibadat adalah sebagai bukti tunduk dan patuh kepada Allah serta memenuhi hak-Nya. Dalam pada itu, tidak boleh dinafikan tersirat di sebalik ibadat berkenaan kesan baik dan manfaat mendalam dalam kehidupan individu dan masyarakat.
Haji adalah ibadat syumul dan meliputi semua bentuk ibadat ta’abbudi yang tidak kita ketahui secara terperinci dan […]

Tags: Ibadah & Doa · Motivasi

Ukuran Iman Yang Sempurna

June 28th, 2007 · 2 Comments

  Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: ”Seseorang yang hendak berzina, tidak akan melakukan zina itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak minum arak, tidak akan minum arak tersebut semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak mencuri, tidak kan melakukan perbuatan itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak […]

Tags: Hadis & Pedoman · Tazkirah

Strategi globalisasi perlu pertahan nilai agama

June 28th, 2007 · 1 Comment

  Ufuk Minda:
Bersama Dr Sidek Baba
PENULIS buku Sejarah Tuhan dan Muhammad Sang Nabi, Dr Karen Armstrong, dalam ceramahnya di Kuala Lumpur menyebut Muhammad Abduh pernah berkata dalam lawatannya ke Perancis, “Saya melihat Islam di Perancis walaupun bukan Muslim.”
Kenyataan itu amat menarik dalam dialog Barat dan Islamnya. Dr Karen cuba mengambil perspektif agak jernih mengenai isu Islamiphobia […]

Tags: Akhlak & Adab · Akidah · Kehidupan Sosial · Muamalah · Tafakur (Muhasabah) · Tazkirah

Close
E-mail It