Oleh Nik Rusfa Syafiq
(edited)

brokenheart.jpgTENSION, frust, pilu, sedih, menangis dan pelbagai lagi kesan yang tidak dijangka akan berlaku apabila tiba-tiba terhentinya kasih dari seseorang. Apatah lagi kasih itu adalah kasih yang paling kita harapkan berkekalan, sehingga jika dilayan perasaan bagai naik gila dibuatnya apabila hilang kasih itu seketika. Sebenarnya itu adalah ujian untuk diri kita, dan cabarannya ialah bagaimana kita dapat menanganinya:

TENANGKAN DIRI

  • Kawal emosi

Emosi yang tidak stabil akan mendorong tindakan yang negatif. Tambahan lagi bila fikiran yang berceramuk memudahkan syaitan membisikkan kata-kata pujangganya menyebabkan kita akan bertambah runsing dan akhirnya mengambil tindakan yang tidak sepatutnya. Banyakkan beristighfar kepada Allah Ta’ala. Mungkin terlalu banyak dosa kita kepada-Nya menyebabkan begitu hebat ujian yang diberikan kepada kita.

  • Sentiasa berwuduk

Air wuduk akan memadamkan bisikan syaitan dalam hati kita. Secara tidak langsung boleh menenangkan hati dan jiwa kita.

LUAHKAN

  • Cari teman

Cuba cari seseorang yang boleh dipercayai untuk mendengar luahan hati kita. Orang yang menjadi pendengar yang setia, amanah dan jujur. Jangan salah pilih teman kerana ia akan lebih memburukkan keadaan. Bagi yang lelaki, jangan terlalu ego sehingga hanya memendamkan apa yang dirasa kerana ia akan memakan diri sendiri.

  • Berterus-terang

Belajar untuk berkata hak atau benar. Cuba singkap kembali mengapa dan bagaimana kasih itu boleh terhenti. Jangan takut sekiranya kita di pihak yang benar. Sebaliknya jika ada salah silap kita, jangan takut untuk mengaku kesilapan itu kerana itulah yang sebaik-baiknya. Biar teman yang mendengar, faham situasi yang sebenar dan dapat membuat penilaian. Bukan untuk menentukan siapa yang salah dan siapa yang benar, tapi untuk memudahkan mereka memberi pandangan dan tidak lari dari masalah yang sebenar.

CARI PETUA

  • Pandang ke depan

Atur strategi untuk membetulkan keadaan. Yang lepas, tidak perlu dikenangkan kembali, tapi perlu ambil peduli untuk tidak diulangi.

  • Cari yang berpengalaman

Dapatkan pandangan dari mereka yang lebih dulu makan garam. Mungkin masalah yang sedang dihadapi, telah mereka hadapi terlebih dahulu. Kekadang cara mereka lebih romantik berbanding dengan gaya orang muda.

KUATKAN ROHANI

Kalau dulu jauh, dekatkan diri dengan Allah. Mungkin ini petanda yang Dia murka, dan masih sayangkan diri anda supaya kembali kepada jalan yang lurus. Bertaubatlah dari segala dosa, pertingkat diri dengan ilmu dan perbaiki segala kekurangan dengan sedaya mampu. Mari kita fikirkan, apa guna kebahagiaan yang sementara, tetapi bergelumang dengan maksiat atau melanggar perintah Allah. Kalau Allah sudah tutup hati, bagaimana? Petuanya mudah, kita lihat diri kita, cermin diri kita – kalau nikmat banyak atau semakin banyak, semuanya berjalan dengan lancar, tapi hakikatnya kita semakin jauh dari Allah, maka yakinilah nikmat itu adalah petanda kehinaan.

  • Amalkan baca Al-Fatihah

Ummul Kitab al-Fatihah menyimpan pelbagai rahsia yang mujarab. Begitulah juga untuk menjadi pengikat kasih. Bukan sahaja mampu untuk mengubati hati kita yang sakit, bahkan mampu juga untuk mengembalikan kasih sayang antara makhluk. Cuba amalkan membaca al-Fatihah, 14 kali setiap kali selepas solat. Bayangkan wajah insan yang telah terhenti seketika kasihnya kepada kita setiap kali mengalunkan Fatihah. Minta pada Allah untuk dilembutkan hatinya dengan menghadiahkan pahala bacaan al-Fatihah itu kepadanya. Perkara yang baik akan Tuhan kabulkan.

  • Amalkan ayat Seribu Dinar

Ramai antara kita yang menjadikan Ayat Seribu Dinar itu (surah at-Talaq, ayat 2-3) sebagai hiasan dinding tanpa membacanya. Cuba hafal dan amalkan. Terutama sebagai ayat pendiding dari anasir jahat. Begitu juga apabila keluar untuk mencari rezeki. Tidak kurang juga untuk menjadi ayat tautan ikatan kasih antara dua hati. Pernah dikhabarkan oleh mereka yang mengamalkannya di dalam sebuah keluarga, di mana mereka mengamalkan ayat seribu dinar dengan membaca tiga kali setiap kali selepas solat. Hati mereka seperti diikat antara satu sama lain. Jika berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada salah seorang ahli keluarga yang lain akan dapat merasakannya. Begitulah juga apabila mereka berjauhan, hati mereka seolah berinteraksi antara satu sama lain. Itulah rahsia mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Cuma kita yang masih tidak menyedari, rahsia di sebalik mukjizat itu.

Harus diinsafi, seseorang yang hendak mengamalkan ayat-ayat al-Quran wajiblah juga mentaati ajaran dan petunjuk yang terkandung di dalamnya.

MEMBERI PELUANG

  • Diri sendiri

Buka semua tingkap yang ada pada diri sendiri. Jangan tutup mahupun separa terbuka. Jika tidak, kita tidak dapat menerima hakikat, pandangan mahupun nasihat daripada orang lain. Ibarat sebuah rumah yang ditutup semua tingkap ataupun tiada tingkap. Bukan sekadar angin tidak dapat masuk, cahaya, pemandangan alam sekitar dan pelbagai lagi tidak akan kelihatan. Tinggal mereka dalam sebuah rumah yang kelam dan lemas dalam dunia sendiri. Buka, dan cuba terima apa yang diberikan oleh orang lain. Tukarkan apa yang mereka katakan kepada suatu tindakan yang positif dan memberikan impak yang berkesan pada diri sendiri.

  • Orang lain

Dengar dulu pandangan orang lain untuk membetulkan kesilapan kita. Jangan cepat menghukum dengan ilmu kita yang sedikit. Apa yang sering berlaku adalah, kita tidak memberi peluang mahupun ruang kepada orang lain untuk membantu diri kita sedangkan kita memerlukan bantuan. Pendek kata, ego.

  • Maaf dan memaafkan

Inilah perkara yang sukar untuk dilakukan. Masing-masing akur dengan kesilapan yang berlaku. Tidak salah untuk merendah diri meminta maaf dan memaafkan orang lain. Bahkan bertambah mulia di sisi Tuhan. Janganlah menunggu Aidilfitri, baru kemaafan di pohon. Kemudian berilah ruang dan peluang untuk diri sendiri dan mereka yang terlibat membetulkan diri bagi mengukuhkan semula talian kasih yang terhenti itu.

Kasih sayang yang suci lahir dari hati yang ikhlas dan murni. Bila tertitik noktah hitam maka tercemarlah kesucian itu dan terlerailah ikatan kukuh sebuah kasih sayang. Justeru, perbetulkan kembali keadaan dan cantikkan percaturan. Jangan nafsu dijadikan sandaran kerana ia hanyalah khayalan yang lebih membawa ke arah kesesatan.



56 Responses to “Apabila kasih terhenti”

  1.    Says:

    betul apa yang dikatakan dalam web ini.tapi bagaimana kalau kita betul-betul tidak dapat menerime keadaan yang kita sudah di tinggalkan seseorang.sesugguhnya kasih kepada ALLAH S.W.T adalah kasih yang sejati.manusia hanya merancang tapi tuhan yang merancang…..time kacih… yang penting ati mesti kene kuat……..

  2.    Says:

    Setiap yg berlaku ade hikmahnye..wlau pd mule ht ni xdpt trima knyataan, namun utk ape di salahkan pd takdir.. Hanye ALLAH S.W.T yg tau ape yg terbaik tuk diri kt..

  3.    Says:

    mudah lidah berbicara tp sukar bg hati menerima takdir sebegitu..

  4.    Says:

    Saya yakin semua orang pernah melalui episod yg mendukakan hati. Tak kira apa pun peristiwa itu tak semestinya bila kasih terhenti sahaja. Setiap manusia, tidak akan terlepas dari ujian atau musibah. Cuma Allah, hati dan jasad yg tahu rasa perit yg tidak tertanggung. Saya faham keadaan yg dilalui.

    Bila airmata mengalir kerana terlalu sedih, seorang sahabat mengingatkan bahawa apa yang kita miliki bukan kepunyaan kita yang mutlak. Hanya pinjaman yg perlu dijaga. Memang sgt sakit untuk sesiapa pun jika kehilangan sesuatu yg sgt disayangi atau di khianati oleh orang yang dipercayai. Yakinlah, Allah Maha Melihat lagi Mengetahui. Dia pasti melindungi jika kita memohon & berdoa pada-Nya. Sahabat saya juga mengingatkan supaya setiap pagi selepas bangun tidur, cuba didik hati bersyukur jika masih bernafas, kerana masih punyai peluang untuk memohon ampun kepada Allah. Beliau juga mengajar diri utk merenung kepayahan orang yg diduga lebih teruk, spt anak yatim piatu, org kurang upaya, muslim di Palestin, atau yg kehilangan keluarga dlm sekelip mata dsb.

    Dia juga berpesan supaya berwaspada, akan godaan dan hasutan syaitan sambil membaca ta’awudz setiap masa. Musuh kita akan bergembira kalau kita menjadi semakin lemah dan matlamatnya licik – supaya kita tidak redha pada Allah dan semakin jauh dari-Nya. Perhatikan apa yg diucapkan oleh mulut dan hati. Jgn sesekali mengikut kemahuan syaitan.

    Tidak di nafikan, bukannya mudah utk menerima apa-apa pun kesusahan. Tak boleh makan, tak boleh tidur. Mungkin hanya terpaku, dengan airmata mengalir deras. Tapi agaknya itulah tanda di mana tingkatan kita di mata Allah.

    Mohonlah pertolongan dari Allah setiap saat. Kalau menghadapi kesukaran, dptkan sokongan dari ahli keluarga dan sahabat yg soleh – yg ikhlas mengambil berat bukan saja hal dunia & tapi yg utama akhirat kita.

    Semoga kita kekal tolong-menolong, menjaga antara satu sama lain. Artikel ini sgt baik sbg iktibar utk diri kita semuanya:

    http://nurjeehan.wordpress.com/2007/06/27/syurga-bagi-yang-lulus-ujian/

  5.    Says:

    apa yg dikatakn oleh penulis web ni benar belaka…..ape2 pun yg terjd pada kte adalah untuk menguji dn mengingatkan kte pada Yg Maha Esa…terimalah qadak dn qada serta dekatkn diri dgn Allah S.W.T kerna disitu kte akn menemui ketenangn dn kekuatan utk menempuhi keidupn yg penuh cabaran….Moga Kte senantiasa Dirahmati oleh Allah S.W.T..Amin.

  6.    Says:

    mmg sedih sgt kehilangan org yg paling disygi tetapi kita hanya mampu berdoa agar roh arwah dicucuri Rahmat oleh Allah S.W.T….. Amin!!!

  7.    Says:

    seorang islam hanya boleh bersedih dalam 3 hari. hendaklah kita kembali pada Allah, pasrahkan hidup hanya padanya, apapun yang menimpa kita semuanya sudah diatur oleh Allah, untuk menguji kita mampukah menjadi hambanya yang semakin mendekatkan diri pada Allah dengan cabaran yang ada.

  8.    Says:

    bila sy terbaca article ini..mmg ada betulnya.4 hari lalu, kekasih saya baru memutuskan hubungan kami atas alasan dia hendak sambung belajar keluar negara. saya cuba sedaya upaya utk tidak memutuskan hubungan yg ada, tp bg dia, hubungan jarak jauh tak pasti berkekalan..tp sy pasti dia syangkan sy.hati ini mmg sedih tak terkata…tak dpt makan apatah lg tidur..
    sehinggga hari ini..jiwa rasa tak tenteram..tak dpt berhenti mengalirkan air mata..hancur harapan yg ada selama ini…
    saya perlukan bantuan..sesiapa yg mungkin mempunyai nasihat , motivasi serta tips2 doa yg dpt membantu (tenang fikiran & pengikat kasih yg terputus) yg dpt berkongsi dgn saya..

  9.    Says:

    Cinta yang sejati adalah cinta yang setia, menjangkau masa, keadaan dan tempat.

    Walaupun tidak pernah berjumpa, atau terpisah beribu batu, Hati akan berpegang teguh pd amanah & janji. Amalan akan jujur dan telus. Airmata pasti mengalir apabila mengingati kasih sayang & pengorbanan teman itu. Yg paling ideal adalah kasih sayang yg tumbuh kerana cinta kepada yg Maha Hak – Allah.

    Adakah kita pernah melihat Allah? Adakah kita pernah melihat Rasulullah saw? Jadi mengapa airmata mengalir setiap kali mendengar ayat-ayat Allah. Mengapa korbankan masa, tenaga, harta untuk menegakkan agama Allah? Mengapa airmata mengalir apabila membaca kisah-kisah Nabi dan pengorbanan Muhammad saw kepada kita? Kerana itulah puncak tertinggi dari cinta. Keimanan kpd yg ghaib – keyakinan & kesetiaan yg teguh. Itulah juga landasan kpd cinta yg hakiki.

    Kalaulah HANYA kerana jarak, begitu mudah memutuskan hubungan, apakah harga hubungan itu? Bagaimana bila, berjumpa seorang yg lebih baik? Bagaimana bila, diuji salah seorang jatuh sakit?

    Jawapan bagi kekasih2 diluar sana:

    1) Segera bernikah untuk mematuhi syariat Allah (setelah cukup syarat2, yakin dgn ciri-ciri pasangan dan solat istikharah) atau

    2) Berpisahlah kerana Allah jika hubungan berterusan tanpa ikatan. Berpisah jika si dia jelas tidak taat pd Allah. (bukan berpisah kerana jarak!)

    Bertafakurlah kembali, apakah landasan hubungan itu. Dewasa ini, yg sering terjadi ialah hubungan cinta teruna dan dara di luar lingkungan perkahwinan. Dlm menuju kedewasaan, minat-meminati dikalangan berlawanan jenis adalah sesuatu yg fitrah. Namun perasaan ini harus dikawal dengan syariat Allah. Malangnya ramai yg terbawa-bawa dengan perasaan cinta ini hingga sanggup berkorban segala-galanya untuk org yg dicintai pada hal si dia belum lagi menjadi suami yg sah. Bak kata org tua-tua: “Nasi lemak buah bidara, sayang selasih kulurutkan, buang emak buang saudara, kerana kekasih kuturutkan…”

    Imam Ghazali berkata: “Apabila seseorang itu mencintai seseorang kerana Allah, maka hendaklah apabila membencinya kerana Allah juga. Sebab punca yg menyebabkan anda mencintai seseorang manusia itu mestilah kerana ia amat taat kepada Allah, ataupun kerana ia dicintai di sisi Allah disebabkan amalan-amalannya yg baik. Tetapi bila orang itu bermaksiat kpd Allah, tentulah anda membencinya kerana ia menderhaka kepada Allah dan terkutuk di sisi Allah.

    Memang benar, hati manusia bila diamuk rasa cinta dan sayang pd makhluk yg tidak kekal, mata kita akan dikelabui tentang hakikat cinta yg sebenar.

    Sedarkah kita, siapa yg memberi perasaan-perasaan halus di hati kita? Siapa yg meletakkan rasa cinta yg kononnya maha agung itu di hati-hati kita? Siapa yg memberi rahmat untuk kita menjadi orang yg disayangi? Bukankah DIA yg mengurniakannya itu boleh menarik balik nikmat itu bila-bila sahaja yg DIA kehendaki?

    Kenapa lupakan DIA bila tenggelam dlm cinta sesama manusia? Bila keluar ber’dating’ di shopping mall atau menonton ‘movie’ di TGV, GSC, tinggalkan solat segala? Al-Quran makin jarang dibaca atau langsung ditinggal terus kerana sibuk berjiwang? Berdua-duaan tanpa mahram? Berpegang-pegangan?

    Adakah ini caranya kita menunjukkan rasa berterima kasih pd Allah yg memberi nikmat kasih sayang kpd kita? Bukankah kita patut bersyukur dgn mematuhi syariat-Nya? Jadi bila nikmat ditarik, kenapa tidak kita fikirkan, apakah kederhakaan yg telah kita lakukan pada Allah, Tuhan Pemilik Segala-galanya?

    Fenomena ini bukan shj untuk pasangan yg belum berkahwin, tapi juga bagi yg sudah. Ingatlah, jgn lalai dibuai nikmat, dikurniakan rezeki, anak dan harta, sehingga kita lupa pada Yang Memberi. Solat tinggal, akhlak tidak dijaga, syariat dibuat main. Jgn suatu hari nanti, bila nikmat ditarik, bala dan kemurkaan Allah ditimpakan, hanya sesalan menjadi teman kerana buta dan tertipu oleh dunia. Ingatlah diri saya sendiri & pembaca sekelian.

    CINTA KPD ALLAH SBG SUMBER KEKUATAN

    Makanan roh itu ialah mengenal dan cinta kepada Allah. Jika cinta itu ditumpukan sepenuhnya kpd ‘ghair Allah’ (selain Allah), maka binasalah roh itu. Badan itu hanya ibarat binatang tunggangan bagi roh. Badan itu akan hancur tetapi roh tetap hidup.

    Muhasabahlah diri, adakah hubungan itu di selang seli dgn perbuatan yg syubhat, mendekati maksiat atau yg haram. Maksiat adalah perkara yg paling dekat mendatangkan bencana dan kemurkaan Allah.

    Few words of wisdom:

    1) Janganlan menggantungkan hatimu kepada dunia, kerana sesungguhnya Allah tidak menjadikan dunia ini untukmu.

    2) Jadikanlah cintamu kepada Allah sebab tempat kembalimu adalah kepada-Nya.

    3) Bersungguh-sungguhlah engkau mencari Syurga.

    4) Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikit pun tidak ada kuasa di tangan mereka.

    5) Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiyamullail.

    Waallahu’alam.

  10.    Says:

    Assalamualaikum.. kepada akak Nafsiah.. kesempurnaan cinta terletak kepada diri kita sendiri adakah cinta itu kita corakkan dengan kasih kerana Allah atau kerana rupa pangkat harta atau sebagainya.. bukan ikhlas semata-mata kerana Allah.. jika cinta kerana harta dunia atau kpentingan dunia nescaya tidak akan berkat hidup kita.. cinta akan sentisa terumbang-ambing tida arah tuju dan hidup dalam dunia khayalan.. andainya kita disakiti kita perlu memaafkan.. andai kita dikhianati kita perlu minta petunjuk dari Allah supaya kita dapat meneruskan hidup ini dengan tabah dn sabar.. jika dia adalah saudara baru islam saudari sepatutnya membimbing dia bukan tinggalkan dia dengan keadaan terumbang-ambing.. dia masih mencari makna sebenar dalam islam.. memamng saya akui susah untuk membimbing mereka ini.. tapi tanpa usaha masakan kita mendapat hasilnya.. ingatlah ganjaran pahala amat besar.. jika saya berada di tempat saudari saya akan berusaha sedaya upaya saya untuk menjadikan kekasih saudari sebenar-benarnya islam.. Allah sentiasa membantu hambanya.. ingat pesanan itu.. tetapi jika benar-benar dia dah menyakiti saudari memang sepatutnya saudari tinggalkan dia.. tetapi ingat jangan sesekali putuskan hubungan persaudaraan dengan dia.. sahabat tetap sahabat.. siksaan yang pedih menanti orang yang putuskan pertalian silaturahim.. semoga akak dpat buat kesimpulan yang betul tentang hubungan akak.. saya doakan akak bahagia.. dan dirahmati Allah.. semoga akak temui pasangan yang lebih baik dari dia dn dapat bimbing akak untuk sama-sama masuk syurga.. maafkan sya jika saya menyinggung perasaan akak.. maafkan saya.. niat saya untuk memberi nasihat dan pandangan sahaja.. harap akak faham.. gembira dapat berkawan dengan akak.. ok.. Assalamualaikum..

  11.    Says:

    assalammualaikum…
    best dapat syer maklumat2 yang berguna ni,memang perik bila hati dilukai…tapi biarla kecewa sekarang…pikirkan rasional,ape yang berlaku pasti ada hikmahnye…lau hidup ni tak ada ujian tak best gak (tak mencabar)..anggap tu semua ujian untuk perbaiki diri kita…ape pun tahniah pada yang tulis atikel ni..memang best..saye ni baru dikecewakan..tapi lepas bace atikel ni,saye mulai redha… :-)

  12.    Says:

    Assalamualikum herm.. dah terbukti hati manusia boleh d lembutkan dengan ayat dari Al-Quran.. dari tutur bicara yang lemah lembut dan pandai cara penulisan serta dakwah yang disampaikan secara efektif. berkesan menarik minat ramai pengaruh baru.. thanks Nurjeehan

  13.    Says:

    assalamualaikum..
    memang perit bile ditinggalkan oleh orang yang kiter sayang
    tapi tu kehendak allah,,,tiada siapa dapat menghalangnya
    pasti ade hikmah disebaliknya….
    tapi yang pastinya menyayangi nikmat allah lagi baik dari segala galanya….
    ~~~nice artikel~~
    :-)

  14.    Says:

    assalamualaikum…
    sy nk berkongsi sket pengalaman sy putus cinta selepas 5 thn kami berkwn…
    mmg sedih sgt…
    tp..mcm yg kak nurjeehan ckpkn dlm artikel di atas…
    apabila satu2 peristiwa tu jdk…
    kita kena kembali pd diri kita…
    cerminkan diri kita..
    pikirkan apa kesalahan dn dosa yg dah kita lakukan pada Allah…
    saya akui…
    sepanjang tempoh saya bercouple…
    terlalu byk dosa yg saya dah lakukan…
    sy terlalu leka…sy beribadat…tp sekadar melepaskan batuk di tangga…
    sy lakukan semua ibadat hny sbg rutin…
    cinta sy pd kekasih sy melebihi segala2nya…
    sy sering lupakan Allah…
    tp…
    pengalaman ‘berbual’ dengan Allah pd satu malam ni…benar2 mengubah sy…
    sy btl2 yakin…
    dia bukan jodoh terbaik saya…
    Allah sayangkan saya…
    Allah selamatkan saya drpd berkahwin dengan dia…
    saya dapat rasakan perasaan disayangi Allah…
    saya btul2 bertaubat dan insaf dengan apa yg berlaku…
    sesungguhnya…Allah akan sentiasa bersama kita bila mana kita perlukan Dia…
    tak kira mcm mana lupa pun kita pada Nya sebelum ni…bila kita dalam kesusahan….hanya Allah yang dapat membantu kita…
    saya betul2 rs tenang sekarang…
    saya redha dn apa yg berlaku…
    cinta pada manusia tu hny bersifat sementara…
    cinta yg dirasai adalah anugerah Allah…
    siapa saya untuk menidakkan nya?
    kalau pn org yg kita sayangi berubah hati…
    mengapa perlu kita tangisi?
    Allah yg berkuasa mutlak terhadap perasaan sayangnya pd kita…
    mengapa perlu kita benci org yg pernah menyayangi kita kalau pun sekarang tidak ada lg prasaan sayang itu?
    bykkan beribadat dn dekatkan diri dgn Allah…
    yakin kan diri…hanya Allah yang berkuasa…
    cinta pada manusia hny bersifat sementara…
    mengapa perlu dikejar cinta bersifat sementara itu?
    belajar lah mencintai Allah…
    hanya jika cinta pada Allah itu sahaja yg pasti berbalas seumur hidup…
    nasihat saya…
    mana2 prasaan cinta pada manusia pun…
    jangan sesekali melebih prasaan cinta anda pada Allah…
    biarlah kita mencintai seseorg itu…kerana berlandaskan cinta kita pada Allah
    :)

  15.    Says:

    Assalamualaikum.. saya baru pts cinta.. x mngapa mungkin saya bukan yang terbaik bagi dia.. cuma saya redha dgan ktentuan ilahi saya pasti satu hari nanti saya akan ketemukan jodoh yang sebenar-benarnya.. Amin..

  16.    Says:

    salam…

    artikel yg sgt menarik.. =)

    moga dikabulkan segala doa dan harapan selama ini…amin~

    :: siapalah seorang hamba itu tanpa Penciptanya ::

    kadang-kala, kita akan lebih menghargai sebuah cinta bila telah merasai pahitnya perpisahan…

    dan kadang-kala nikmat ditarik kerana hadiah lebih dihargai daripada Pemberinya….mungkin akan dipulang kembali bila hati telah sedar kesilapan diri…

    yang penting, jagalah Allah biar di waktu apa pun, kerna Dia pasti akan menjaga kita di waktu susah..

    barakallahufikum

  17.    Says:

    assalamualaikum.kepada balqis.awak bertuah masih terselamat,sunguh-sungguh bersyukur sebab masih ramai yang hanyut dan memang kita akan rasa sangat betapa ALLAH menyayangi kita bila seuatu yang pedih itu terjadi bila kita terima degan redha DIA pasti akan gantikan dengan kegembiraan yang lain.tak ramai yang diberi peluang macam awak.
    kepada intan,,selalu ingat allah bersangka baik dengan ALLAH,hikmahNYA indah.sabar,sentiasa mengingati ALLAH,wudhu dan amalkan solat sunat hajat dsb.Kunci kekuatan hati hanya dengan ZIKIR,AYATUL QUR’AN DAN SELAWAT.Tiada yang tidak pernah kecewa tapi hadapi dengan ketabahan.
    kadang-kadang rase sebak sendiri membaca rtikel kat sini sebab bayak sangt kebaikan dan pengajaran.dapt muhasabah diri.
    HOPEFULLY RAMAI YANG AKAN MENUJU KE ARAH NUR ILLAHI

  18.    Says:

    saya amat tertarik dng semua pendpt anda tapi bagaimana nak lupakan kecurangan suami yg dah hidup bersama selama 20 tahun & dikurniakan 7 org anak bersama kawan sendiri yg janda beranak 4 mereka merahsiakan perkahwinan lebih dari setahun akibat terlanjur walaupun kini suami telah menceraikannya atas dasar tidak cinta & diugut serta mengikis wang kami pada masa itu selepas suami saya beterusterang saya jadi amat sedih kecewa tawar hati & tidak percaya lagi pada suami kerana beliau adalah seorg yg kuat pegangan agama & saya amat hormati bila saya bersamanya rasa tidak rela & ikhlas kerana sentiasa terbayangkan perbuatan curangnya bersama kawan sendiri untuk tidak mahu membanyakan dosa saya kini berjauhan bekerja diluar negara dah hampir 2 bulan dan ingin melupakan peristiwa pahit itu & ingin berpisah dengannya walaupun suami tidak mahu meneraikan saya apakah nasihat anda?

  19.   [Love « B e r j a l a n] Says:

    [...] Apabila Kasih Terhenti… [...]

  20.   ctzai Says:

    ALLAH Menguji takkan pernah berhenti, dugaan datang bersilih ganti, hanya yang ‘kuat’ akan diberkati… dan janjiNYA DISANA bahagia menanti -Ensha Allah…

  21.   reyza Says:

    artikel nie membuatkan saya berfikir kebenaranyer,adakah kasih yang terhenti mampu bernadi semula??
    saya amat mecintai kekasih saya,hammpir 3 tahun kami menjalinkan percintaan,pertemuan kami disusuli dengan solat hajat yg saya lakukan,dan secara kebetulan kami bertemu..kami amat menyayangi sama lain,tapi setelah tamat belajar masing2 bekerja tempat kerja kami pun hanya mengambil masa 20minit,tapi makin hari saya makin rasa kepercayaan saya pada kekasih makin kurang,curiga,cemburu,pernah aku ingin berjumpa dengannyer tapi dia kata kakaknyer datang dan ada hal,kemudian aku ingin jumpa lagi kemudian hari,tapi dia kata ada aktiviti ofis,pernah aku msg tapi tak berbalas katanya hp tertinggal di ofis tapi boleh plak dia msg membenyer,aku makin curiga dan terus berkarat dalam hati nie,kemudian dia kelua malam,katanya pergi bbq ofis pas2 nak bersahur,aku lps solat tarawih dgn hati yg membuak2 nak tahu,aku pun buat istiqorah kmdian pergi tnggu dhadapn rmahnnyer hampir 3 pagi,tapi rukun tetangga tak kasi wlpn niat aku tue baik,bila aku phone dlm 3 pagi baru on hpnyer,aku ckp nak jumpa gak dia kata gilerrr..tp dia turun gak jumpa,kami bertengkar aku tanya pergi mana,dia kata hak dia,penting ke nak tahu,hmmm sedih ya allah,nape persoalkan hak cam tue,akhir sekali dia kata”bullshit”dan berlalu pergi,di ikuti dgn msg pisah….ALLAH je tau ms tue,remuknyer hati aku nie,tak kenang satu ms dia sakit aku sggp ponteng kuliah blk belikan ubat,beri ape jua kemahuannyer,akhirnyer termasuk kawan2,kakaknyer,pandang aku lelaki tak berguna,sedangkan aku tiap2 mlm bangun mendoakan kesejahteraannyer…10 malam terakhir ramadhan nie aku tetap bangun utk berdoa,slt hajt,istiqrh,memohon agar dimasukkan islam dan iman dalam jiwanyer,AL-FATAH MAHA PEMBUKA,sesungguhnyer ALLAH sahaja mampu membuka hatinyer..aku tetap berdoa agar dia kembali padaku dengan sifat sejati sebagai wanita dan berlembut hati…cinta aku ikhlas dan hanya ALLAH mampu mendengar doa hambanyer yang ikhlas,bagi aku berkawan biala ramai tapi berkasih bia satu tapi berlandaskan keihlasn kerana ALLAh….”rabiah pulangler adil menanti dengan penuh harapan”.insan yang baik dan mulia akan memberi madu wlpun telah mendapt racun….

  22.   reyza Says:

    asmlkum……
    akak jeehan tolong reyza leh?lps putus cinta adil wat solat taubat,dan berdoa agar kekasih reyza mask islam dan iman dan berharap dia akan kembali dan menghidupkan kasih yang terhenti…hmmmm reyza perlu sangat2 pandangan somebody…

  23.   nurjeehan Says:

    W’salam Reyza,

    K. Jeehan copy & pastekan jwpn yg sama K. Jeehan letak di artikel satu lagi tu yer.

    Petikan ini adalah satu renungan bagi kita semua. Terutama bagi pecinta, perindu kekasih manusia. Ia sangat terkesan, penuh dengan hikmah & melambangkan ketinggian ilmu yang telah Allah kurniakan pada ulama’ ini. Di tulis Ibn Qayyim Al-Jauziyah dlm Risalah Fi Amrad Al-Qulub, Bab 6.

    Di antara seksa dunia yang paling menyakitkan ialah pemecahbelahan persatuan, perpecahan hati, dan kemiskinan diletakkan di pelupuk matanya dan tidak meninggalkannya sedetik pun.

    Di sebutkan dalam Jami’ At-Tirmizi hadith dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi Muhammad saw bersabda:

    Allah Tabarak wata’ala berfirman: ‘Hai anak Adam, berilah tumpuan beribadah kepada-Ku, nescaya Aku memenuhi dadamu dengan kekayaan, dan menutup kemiskinanku. Jika engkau tidak melakukannya, Aku memenuhi kedua tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kemiskinanmu.” (Diriwayatkan At-Tirmizi, Ibnu Majah, dan Ibnu Hibban)

    Termasuk seksa dunia yakni kesibukan hati dan badan menanggung seksa dunia, bersaing dengan manusia dalam memperebutkan dunia, dan memusuhi mereka, seperti generasi dikatakan salah seorang dari generasi salaf, “Barangsiapa mencintai dunia, hendaklah ia menyiapkan dirinya untuk menanggung banyak musibah.

    Pecinta dunia tidak pernah terlepas dari tiga perkara:

    1) Galau yang selalu berlaku,
    2) kelelahan yang berkepanjangan,
    3) kerugian yang tidak berakhir.

    Ini berlaku disebabkan setiap kali para pecinta dunia mendapatkan sesuatu, pasti jiwanya berhasrat mendapatkan sesuatu yang lebih besar lagi seperti disebutkan dalam hadith sahih dari Nabi Muhammad saw yang bersabda:

    Jika anak Adam memiliki dua lembah berisi harta, pasti menginginkan lembah ketiga.” (Diriwayatkan Bukhari, Muslim, At Tirmizi dan Ahmad)

    Jika anda ingin tahu penderitaan pemilik dunia, cubalah renungkan keadaan seorang penduduk yang lama dalam mencintai kekasih idaman hatinya. Setiap kali ia bermaksud mendekat kepada kekasihnya, justeru kekasihnya menjauh daripadanya, tidak menetapi cintanya, mendiamkannya dan musuh datang kepadanya.

    Bersama kekasihnya, ia merasakan kehidupan yang sangat memenatkan. Ia memilih mati demi kekasihnya, padahal kekasihnya jarang sekali menetapi janji, tidak peduli, memiliki kekasih-kekasih idaman yang lain, cepat berubah, sedang berkhianat, dan seringkali berganti haluan seperti serigala. Bersamanya, ia mendapatkan keamanan dalam dirinya dan hartanya.

    Meskipun begitu, ia tidak memiliki kesabaran darinya, tidak mendapatkan jalan kepada hiburan yang menghiburnya, dan ikatan yang ia selalu boleh bersama dengannya.

    Jika seorang perindu tidak memiliki penderitaan lain selain penderitaan di atas, maka penderitaan di atas sudah cukup. Bagaimana jika ia dijauhkan dari semua kelazatannya dan ia terseksa oleh kesenangannya yang menyibukkannya dari berusaha mencari bekal dan kemaslahatan masa depannya di akhirat?

    Bahawa barangsiapa mencintai sesuatu selain Allah, cintanya bukan untuk Allah, dan ia tidak menggunakan sesuatu tersebut untuk taat kepada Allah Ta’ala, maka Allah menyeksanya dengannya di dunia sebelum hari kiamat, seperti dikatakan dalam syair:

    Engkau menjadi korban oleh apa sahaja yang engkau cintai. Oleh kerana itu, pilih untuk dirimu siapa yang engkau pilih di udara.

    Pada hari kiamat, Hakim Yang Maha Adil menghakimi semua orang yang mencintai sesuatu di dunia; dengan memberinya nikmat atau seksa. Oleh kerana itu, Allah berfirman:

    Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zalim menggigit dua tangannya, seraya berkata: Aduhai kiranya (dulu) aku mengambil jalan bersama-sama Rasul. Kemalangan besarlah bagiku, kiranya aku (dulu) tidak menjadikan si fulan itu kawan akrab. Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari al-Quran, ketika al-Quran itu telah datang kepadaku. Dan adalah syaitan itu tidak mahu menolong manusia.” (Al-Furqan: 27-29)

    Bahawa barangsiapa mencintai sesuatu selain Allah swt, ia akan mendapatkan kerugian dan apa yang dicintainya baik yang dicintai masih ada atau hilang. Jika apa yang dicintai sudah tidak ada lagi, ia diseksa dengan tidak adanya sesuatu yang dicintai tersebut. Ia menderita sesuai dengan besar kecilnya ketergantungan hatinya dengannya.

    Jika yang dicintainya masih ada, sebelum ia mendapatkannya ia sudah menderita, ia lelah setelah mendapatkannya dan rugi ketika hal tersebut hilang dari dirinya. Itu semua lebih besar daripada kenikmatan yang ia rasakan. Dikatakan dalam syair:

    Di dunia ini tidak ada orang yang lebih malang daripada seorang pecinta
    Meskipun ia mendapatkan hawa nafsu sebagai sesuatu yang sangat manis rasanya
    Anda lihat ia menangis dalam semua keadaan kerana takut berpisah atau kerana rindu
    Ia menangis jika mereka yang dicintainya jauh kerana rindu kepada mereka
    Ia menangis jika mereka dekat, kerana khuatir berpisah dengan mereka
    Matanya memerah ketika berjumpa
    Dan matanya memerah ketika berpisah

    Kenyataan ini boleh dilihat dengan renungan dan pengalaman. Oleh kerana itu Rasulullah saw bersabda dalam hadith yang diriwayatkan at-Tirmizi dan lain-lainnya:

    Dunia itu terkutuk dan terkutuk pula apa sahaja yang ada didalamnya kecuali zikir kepada Allah dan apa sahaja yang berpihak kepada Allah.” (Diriwayatkan At-Tirmizi)

    Zikir kepada Allah swt adalah semua bentuk ketaatan kepada-Nya. Jadi jika seseorang taat kepada Allah swt ia dalam keadaan zikir kepada-Nya, meskipun mulutnya tidak bergerak dengan zikir. Barangsiapa berpihak kepada Allah swt, ia dicintai Allah dan didekatkan kepada-Nya.

  24.   Fauzan Ibrahim Says:

    Many have been led astray by the Qur’an:
    by clinging to that rope many have fallen into the well.
    There is no fault in the rope, O perverse man,
    for it was you who had no desire to reach the top.

  25.   reyza Says:

    Thanks akak jeehan,takpe reyza pun dah dapat penjelasan dari kekasih reyza,hubungan kami berpunca dari sahabat baiknyer yang cerita mngtakan kekasih reyza curang tapi bukan itu yang sebetulnyer,tapi kami membawa haluan masing2 sekarang walaupun hati kami masih sayang,sekarang reyza nak tumpu pada kerjaya,reyza nak mengenal ALLAH dengan lebih dekat,adil tersedar bahawa kasih yang hakiki hanya padaNYA,reyza nak mencari ketenangan diri dan menjadi hamba yang taat padanya selama ini reyza lalai maybe sebab tue ALLAH bagi ujian,ALHAMDULILLAH ALLAH masih sayang kan reyza,dan reyza tetap akan berdoa supaya kekasih reyza di masukkan islam dan iman,serta taat kpd allah dan mengenal erti kasih sayang yang sebenar,insyaalah jika allah sudah tentukan jodoh kami tak kemana..thanks utk arkitel tue reyza rasa tenang sgt..selamat menyambut hari raya aidil fitri.asslmlkum..
    ikhlas dari…
    -adilreyza-

  26.   nas Says:

    Assalamualaikum,

    Alhamdulillah, artikel2 dlm blog ni benar2 menenangkan hati saya.
    Terima kasih byk2. Semoga Allah merahmati hidup kak jeehan.
    Saya sedang berusaha memperbaiki diri ini kerana Allah.

    Kak Jeehan,
    Saya telah dua kali berputus kasih dgn org yg sama.
    Sakit n peritnya, hanya Allah yg mengetahui. Alhamdulillah, sy masih disayangi Allah, saya tidak melakukan perkara2 yang tidak sepatutnya ketika hati ini sgt hancur dan fikiran sgt bercelaru.
    Perpisahan ini mengembalikan saya yg lalai ini ke jalan Allah.
    Jika sebelum ini, saya hanya mengerjakan kewajipan hanya sebagai rutin, tanpa sepenuh jiwa kepadaNya.
    Hari ini saya betul2 rasa hina diri di hadapanNya, sgt takut kalau2 nikmat daripadaNya yg lain pula ditarik drp saya. Saya sgt memerlukan Nya.

    Kak Jeehan,
    Saya penah dan masih melakukan solat istikharah. Semasa perpisahan pertama, setelah saya telah bertenang dan yakin saya berserah sepenuhnya kpd Allah, saya mendapat petunjuk dialah yg terbaik utk saya. Tidak dinafikan sepanjang perkenalan kami, dia byk menunjuk ajar saya, dia xpenah meninggalkan solat 5 waktu dan sentiasa mengingatkan saya utk bersolat. Dia byk mengajar saya menjadi hamba Allah yg lebih baik, menjaga aurat dan sebagai. Saya berubah dgn bimbingannya dan kerana Allah. Dia bertanggung jawab menjaga sakit demam saya (keluarga saya jauh di kg), keluarga merestui hubungan kami. Tetapi saya mengakui dia bukan seorg yg sempurna, godaan syaitan kdg2 berjaya juga mempengaruhi hubungan kami. Namun tidaklah sehingga keterlaluan.Dia juga agak keras hati (ego).

    Kali kedua ini, dia benar2 seperti telah tekad dgn perpisahan ini.
    Saya terus berdoa agar dilembutkan hatinya.
    Saya keliru kak jeehan. Apa yg sepatutnya saya lakukan?
    Meredhai perpisahan ini dan melepaskan dia dr hati saya?
    Bagaimana dgn petunjuk Istikharah saya? Salahkah?

    -Wasalam-

  27.   nurjeehan Says:

    Wa’alaikumussalam.

    Islam sgt menitik beratkan keadilan, dan membenci kezaliman.

    Di mana keadilan, jika sebelah pihak yg sayang & berjuang berputus nyawa, tapi yg sebelah lagi tiada menghargai atau tak mahu pun? Fitrah manusia, jika sesuatu itu berharga buat dirinya, dia akan menjaganya sehingga ke hujung nyawa.

    Islam agama fitrah. Biarlah kalau utk bernikah, membawa bahagia, ketenangan, damai yg mencipta kasih, sayang, belas kasihan & kesetiaan sehingga ke akhir hayat. Persatuan yg membawa diri lebih sujud & tenang beribadah kpd-Nya. Berkahwin, utk menyambung zuriat yg bakal menjadi pemimpin bg org-org yg bertakwa. Belum pun mengharungi badai hidup bersama, belum pun sakit tak terdaya, belum pun tua tak bermaya, sudah ditinggal2kan. Bila suka ok, bila tak suka, dok kat tepi. Di manakah harga diri? Dimanakah matlamat hidup? Dunia? Akhirat?

    Maaf, jika berbunyi terlalu tegas. Inilah realiti hidup.

    Nasihat ini utk diri saya, juga buat yang bernama perempuan.

    Jagalah harga diri & maruah dirimu. Dirimu adalah milik & amanah Allah, yg mana haknya perlu di utama kpd Pencipta-Mu. Cinta seorang lelaki yg tidak berniat atau bersungguh2 pun utk menjadikan dirimu sbg permata suri hidupnya adalah terlalu murah, utk kita merendahkan diri, menyeksa jiwa mengharung derita utk meraih simpati si dia.

    Sedangkan kita memerlukan bekalan yg byk utk di bawa ke negeri akhirat. Alangkah sayangnya masa yg kita korbankan menangis utk seseorang yg langsung tidak menghargai ketulusan hati, airmata di mlm hari mendoakan keselamatan dirinya dsb. Sedangkan si dia itu, bukanpun suami kita yg sah.

    Tidak akan rugi sesiapa yg beristikharah. Insya Allah, Dia akan memberikan petunjuk & hidayah yg sebenarnya kpd nas. Bersabarlah dlm berdoa memohon taufik-Nya. Selain keyakinan yg kuat di dlm hati, antara tanda petunjuk itu adalah urusan itu akan dimudahkan Allah kpd kita. Cthnya : Berkerja di tempat A atau B. Setelah melakukan istikharah sekian lama, dengan izin Allah, segala urusan di tempat A di lancarkan Allah dgn begitu mudah dan tenang. Tidak disusahkan atau menghadapi apa2 kesulitan. Jika pilihan itu di sukarkan, sehingga istikharah sekian lama, usaha bersungguh2pun tidak menampakkan apa2 hasil… ?

    Di saat ini, rasanya adalah waktu utk kita bertawakal, dan berlepas diri. My view, at this point, ia telah menjadi urusan Allah. Hanya Allah yg berkuasa memberi hidayah kpd kawan nas tu, JIKA dia telah ditentukan Allah sbg jodoh nas. Ingat tak? Jika sekumpulan manusia ingin memberi mudharat kpd mu, sekiranya Allah melindungimu, mereka takkan mampu membuatnya. Jika seluruh makhluk di bumi berusaha utk menolongmu, sekiranya Allah tidak mengizinkan, maka ia akan tetap berlaku mengikut kehendak-Nya.

    Jgn menzalimi diri sendiri.
    Saya sgt memahami perasaan-perasaan manusia yg fitrah… tapi soalannya, sampai bila harus mengorbankan diri kan?

    Teguhkan pendirian, capai keputusan tekad, dan carilah cinta Allah – nikmat teragung. Manfaatkan dirimu utk keluarga, agama & bangsa. Allah yg berkuasa menghidupkan yg mati, dan mematikan yg hidup – jua berkuasa memberi apa pun keperluan hidupmu di dunia & akhirat. Jgn berputus asa nas, Allah itu sgt dekat, Allah memperkenankan doa org2 yg ikhlas & suci hatinya.

    “Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka cukuplah Allah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.” (Talaaq: 2-3)

    - When you’re centred, nothing can shake you, you can go on smiling & loving anyone presented to us, no matter how they are.

    - But what you know & feel, can only be felt deep within you.

    - Experiences taught us that, no relationship can survive with just unconditional love.

    - Experiences teaches us that in the end, open communication & equal commitment from all parties involved are the cornerstone of a loving, loyal, fulfilling & importanly lasting relationship – regardless when things are good or bad.

    - The desire has to come from both of you to work things out. It becomes unfair, painful & exhausting when it is only wanted by one person.

    Kalau kwn nas jujur & ‘gentleman’, he’ll know what to do.
    If he doesn’t, then, he’s not man enough for you. Good riddance?

    Sejuzuk kebaikan yg ditunjukkan, tidak bermakna dia akan terus baik kpd kita sehingga ke akhirnya. Ujian-ujian inilah yg akan menampakkan kejujuran seorang manusia itu.

    Tak salah utk mendoakan diri sahabat-sahabat kita. Malahan itulah yg melambangkan keluhuran hati. Allah yg Lebih Mengetahui – ada baiknya berdoa begini :

    “Ya Allah, jika dia baik utk urusan agama, dunia & akhiratku, maka kurniakanlah & permudahkanlah jodoh kami, jika dia buruk utk urusan agama, dunia & akhiratku, maka jauhkanlah. Kurniakanlah pengganti yg Engkau redhai. Engkaulah yg Maha Penyayang Lagi Mengasihani, kurniakanlah kami ilmu, taufik & hidayah agar kami menjadi hamba-Mu yg bertakwa, berjaya, bahagia & selamat di dunia & akhirat”.

    Kalaupun dia bukan pilihan Allah utk kita, berkat doa yg ikhlas serta hidayah dari Allah & mudah2an dia akan menjadi lelaki yg bertakwa, tidak akan menzalimi atau mensia-siakan perempuan yg lain pula.

    Selalunya, cinta selepas perkahwinan, lebih suci, bahagia & indah. Insya Allah. Semoga dipertemukan, dipermudahkan Allah.
    Amin :)

    Allah Lebih Mengetahui.
    Kuat semangat ya?

  28.   houri Says:

    saya tertarik dgn ape yg dibncgkn dsini cz saya pn skang dlm situasi yg sama..bezanya..saya tidak “redha” dgn aper yg berlaku..sukar menerima kenyataan..
    kisahnya..saya mula bekawan dgn dia slps dia divorce dgn kakak saya.(dia Exhusband kakak saya)..mulanya kitorg just say hi n sembang2 biasa sbb saya hormat dia s my exabg ipar..it ges about 3 mnths..but after that, ati saya terusik dgn sifat caring dia..saya mula menjauhkna diri..saya menangis fgn ALLAH supaya jauhkan diri dia dr saya,coz saya tau r’ship ni sgt melukakan semua org kalau kami bercinta.tiap2 mlm saya solat hajat n istikharah mhon petunjuk smoga dia djauhkan dari saya..kering sudah air mata merayu pd ALLAH utk pisahkn saya dr dia..tp masa tu hbgn kami makin rapat..malah dia ade ckp dia mula sukakn saya..tp takut utk menyayangi saya..(mgkin sbb kakak & famili saya)..tp kami terus berkawan until kami mcm couple(tp kami x pnh put a tag to our r’ship)..tika tu,saya “redha” dgn hbgn tu..saya kira, ALLAH tau aper yg saya mahu (saya mahu berpisah dgnnya),,tp ALLAH rapatkn dia dgn saya..saya kira dia jodoh saya..memula hgn kami ok..until kami terlanjur..n its become common dlm hbgn kami..dr situ kami kerap bergaduh..n saya kerap “tinggal”kn dia..say berpisah dr dia..kembali pada ALLAH..merayu utk melupakan dia..tp lepastu kami baik balik..n everything berulang-ulang..gaduh..baik..gaduh..n baik smula..until saya bingung dgn h’bgn kami..ble saya tekad utk tingglkn dia..dia akn kembali pd saya..tp ble sy tekad utk bersama dia..dia tgglkn saya..until sy give-up..dan saya dh x phm lg hbgn kami ini..saya rindukan diri saya yg dulu..rajin bc quran,solat,x terlibat dgn dosa2 zina..sya mahu kembali pd diri saya yg dulu n jd lagi baik..aper yg harus sy buat, sbb saya xbleh nk lupakan dia..tp saya tau dia bkn yg terbaik utk saya..saya benci diri saya skang..lupa ALLAH..saya mahukan iman..bantulah saya kak..plez..tlg saya kluar dr masalah ni..

  29.   nas Says:

    Thanks so much sis.

    You really helped me alot.

    Semoga saya diberi ketabahan dan ketenangan menghadapi semua ini.

    Mungkin semua ini adalah ujian drpNya atau balasan terhadap hambaNya yg terlalu byk berdosa ini. Semoga Allah mengampun saya.

  30.   mira Says:

    Assalamualaikum wbt.

    Dear sis,
    Sy rasa amat bertuah kerana ‘dipertemukan’ dengan blog sis yg mana artikel2 yg dipaparkan di sini banyak membantu membuka mata dan sebagai penunjuk jalan. Alhamdulillah.
    Sy ingin meminta nasihat mengenai cara nak menghilangkan rasa marah, geram dan benci kepada seseorang yang telah mencaci dan menghina dengan perkataan yg amat pedas sekali. Hingga kini sy tak dapat memaafkan apalagi melupakan segala perbuatan dia yg amat menghancurkan hati sy.
    Kisah bermula di tempat kerja di mana rakan sekerja (lelaki), sebaya dgn sy; kami agak rapat pada awalnya kerana semasa kami mula berkawan dia amt baik dan caring. Sy telah berumahtangga mempunyai 2 anak dan dia pn maklum ttg itu. Dia juga mempunyai teman wanita dan sy juga maklum tentang itu. Silapnya sy kerana terlalu percayakan dia dan menceritakan masalah peribadi. Dia juga begitu menceritakan masalah2 peribadi dia. Kami kerap bersms dan dia selalu menelefon sy. Mulanya sekdr bertanya kbr tapi lama kelamaan dia berubah menjadi seumpama org ‘hilang akal’, melalut2 dan gemar bercakap topik2 seks. Selepas 3 bulan dia menyatakan dia betul2 sudah jatuh cinta dan tak dapat melupakan sy walaupn telah berkali2 sy mengingatkan bhw sy isteri org. Beberapa kali dia cuba mencium dan meraba sy. Sy marah dan cuba menjauhkan diri tapi dia menjadi bertambah ‘tidak waras’ dan mengugut akan menelefon ke rmh sy dgn niat mengganggu rumahtangga sy. Dia selalu berkata ‘jgn nanti hidup sebatang kara sudahlah’ dan pernah mengugut ‘nikmatilah mlm ini sepuas2nya krn mlm esok belum tentu laki kau ada bersama lagi’-dgn niat menghuru-harakan rumahtangga sy. Pernah dia berkata ‘belum tentu laki kau sempat merasa air tangan kau dlm bulan ramadan ni (baru2 ini). Bermulalah episod maki hamun dengan perkataan2 yg sy sendiri tak terpikir dia akan lontarkan kpd sy. Semua itu timbul gara2 sy tidak melayan kehendak dia. Dipendekkan cerita, suami mendapat tahu setelah no hp dia terpapar pd panggilan no rumah. Suami membuat follow-up mendapati no tersebut ada di dlm hp sy. Pd masa yg sama dia menghina sy dlm sms antaranya menganggap sy perempuan jahat, gatal miang bermcm2 lgi; hanya bilamana sy berkata kepadanya sy tidak mahu mencagarkan rumahtangga sy bila berkawan dengannya. Suami sy telah membaca sms2 itu. Suami bertekad membuat laporan polis setelah sy memberitahu dia pernah cuba mencium sy semasa di tempat kerja. Rumahtangga sy menjadi amat tegang, kami berdua tak lalu makan dan sy sentiasa menangis kerana tekanan perasaan. Alhamdulillah suami percayakan sy dan ampunkan salah sy bilamana suami mendapat penjelasan dari Asst. Manager (Chinese man) yg mana sy ada menceritakan dari awl kepadanya.
    Laporan polis kemudian ditarik balik atas permintaan kawan sy itu jika tidak kerjaya kami sma2 terjejas. Akhirnya pihak syarikat bersetuju mengeluarkan satu surat perjanjian supaya mana2 pihak yang mengganggu satu sama lain akan kena berhenti kerja dengan sendiri.
    Walaupun cerita ini seolah2 macam happy ending tetapi kesannya amat mendalam pada sy, suami dan rumahtangga sy. Hingga saat sy menulis email ini sy masih tidak dapt menerima hakikat kenapa dia boleh berubah daripada seorang best friend menjadi worst enemy. Sy masih tidak percaya dia tergamak mencaci, mencela dan menghina sy hingga tahap tu. Apa salah sy? Puas sy memujuk hati supaya memaafkan dia tapi sy tak dapat. Sy selalu berdoa moga suatu hari dia akan ‘rasa’ seperti apa yg sy rasa. Salahkah sy membenci dia seumur hidup sy kerana rumahtangga sy hampir runtuh disebabkan dia, dan cacian dia amat melukakan hati sy. Sy mohon jk ada nasihat yang berkaitan atau cara2 mengurangkan marah, geram dan benci kepadanya kerana sampai kini sy tak mampu melupakan kisah ini apalagi memaafkannya.
    Sekian.

  31.   ena Says:

    demi cinta yang suci…….
    ku rela korbankan kepentingan diri………..
    demi sinar bahagia……..
    ku hambakan diri padaNya yang Esa……
    Demi cinta Hakiki….
    ku sanggup redahi apa yang terjadi………

  32.   Xtz Says:

    “Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu, maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu”. Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang memerlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mau belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai berarti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego.

  33.   LiNa NiNa Says:

    hai……
    suka gan post nih…..thanx a lots…..

  34.   nurjeehan Says:

    Salam Mira,

    Antara perkara yg paling susah dilakukan adalah utk meminta maaf (mengalah) bila kita salah. Tapi perkara yg lebih berat dari itu adalah utk memaafkan, lebih2 jika diri kita telah disakiti, dizalimi, melalui pengalaman yg pahit disbbkan oleh seseorang dsb.

    Saya rasa ramai pernah dikhianati oleh teman yg dipercayai. Saya juga begitu… Memang amat pahit & kesan dari peristiwa itu, memakan masa yg lama utk ‘heal’ ourselves. Bak kata org, “if it’s not bleeding, doesn’t mean it’s not hurting”. Mungkin kita tak dpt pulih pun sebenarnya, cuma dpt berusaha utk menjadi org yg pemaaf.

    Tapi saya faham ia tidak dtg dengan satu petikan suis, pernah juga memaksa diri utk memaafkan (krn ia sesuatu yg mulia kan?), tapi perkara itu hanya akan benar2 dtg dari lubuk hati yg dalam (iktikad). Jadi mcm mana nak dtgkan iktikad yg teguh ini… Tidak mudah. Bergantung kpd tahap kezaliman yg dilakukan. Semakin berat zalimnya, pasti semakin susah utk memaafkan. Cthnya: Ada org yg anaknya dibunuh, dianiayai dsb. Cuma Allah ada menyebut didalam al-Quran, bahawa memaafkan itu adalah yg lebih utama.

    Selalu bertaubat, berdoa, solat & mendekatkan diri kpd Allah. Bersihkan hati dari sifat2 mazmumah… Meningkatkan ilmu pengetahuan… Cuba mempunyai kesedaran bhw kita ini hamba Allah yg hina & byk kekurangan, selalu membuat dosa, sgt mengharapkan keampunan dari Allah bukan? Tapi diri kita bila disakiti, susah pula nak ampunkan org lain. Diri kita pun tidak perfect, mungkin pernah menyakiti org lain juga & mengharapkan kemaafan mereka. Saya juga pernah mendengar, ketinggian darjat org yg suka memaafkan… Di padang Mahsyar, merekalah antara golongan yg diutamakan.

    Memaafkan tidak beerti perlu terus bersama sbg sahabat (jika dia tidak ikhlas atau insaf etc).

    Mmg sgt payah utk melupakan, kdg2 bila teringat, airmata pasti mengalir. Berdoalah kpd Allah, agar diberi hati yg suci, tulus, ikhlas & dipenuhi sifat2 mahmudah. Agar diberi kemudahan utk memaafkan, melupakan kesedihan yg lalu & di beri perlindungan dari sahabat2 yg khianat, dikurnia teman2 yg soleh & ikhlas… Mudah2an, Allah menolong Mira. :)

  35.   MIRA Says:

    Assalamualaikum wbt.

    Terima kasih atas nasihat dan kata-kata perangsang….Sy sentiasa berdoa moga hati sy dilembutkan untuk memaafkan dia dan hatinya diberi keinsafan atas segala perbuatan dia… aminn..

    Terima kasih banyak.

  36.   adek Says:

    hmm..bacaan fatehah dan juga ayt seribu dinar tu..buleh dipraktik kan utk urg yg kte syg kan..mudah2 die akn dipertemukan jodo utk kte..am i rite??

  37.   insan terluka... Says:

    memang pedih bila kasih org yang kita cintai terhenti di tengah jalan.. saya ingin kongsi pengalaman pahit saya kepada rakan2..saya baru berkahwin sebulan.. masih dalam tempoh berbulan madu lagi.. tapi saya tak pernah dapat merasakan nikmat bulan madu itu kerana suami saya sudah beralih arah.. dia telah menjalinkan hubungan dengan insan lain semasa kami dalam proses bertunang lagi.. saya terlalu mempercayainya.. segala 2 yang dia lakukan saya tak pernah curigainya.. dan apabila bertunang dugaan datang bertimpa 2.. kerana tidak selalu berjumpa aku sering berselisih faham dengannya.. dan tidak ku sangka di saat itu dia telah menduakanku….. sedih…sedih yg teramat…aku tak pernah menyangkanya..dan hubungan mereka berjalan seperti biasa..sehinggalah hari pernikahan aku… aku langsung tidak menyedarinya. baru2 ni aku telah di sahkan mengalami masalah jantung..semuanya kerana tekanan yang ku alami… kepada si dia yang berjaya merampas kebahgian ku.. ingatla.. kita wanita biasa.. suatu hari anda akan merasa keperitan yang saya alami.. balasan tetap ada… saya hanya mamapu berdoa agar di bukakan pintu suami ku untuk mencintai ku semula selagi hayatku masih ada……

  38.   Qurratun_Ain Says:

    Assalamualaikum..
    saya berusia 28 tahun.Saya ingin berkongsi pengalaman hidup saya.Apabila kasih terhenti,satu topik yang menarik minat saya.Saya pernah kecewa bercinta setelah 5 tahun berkasih.Saya redhai dan solat istiharah dan meminta kawan mendoakan saya jodoh yang baik di Makkah.Alhamdulillah ,saya bertemu jodoh dalam waktu yang singkat .Suami yang Allah kurniakan lebih baik 10 kali ganda dari teman lelaki saya dulu dari segi rupa,perwatakan ,dan soleh.Tapi Allah Maha Mengetahui.Terlalu banyak Allah mudahkan hidup saya.Saya bersyukur pada Allah.Kita hanya mampu merancang Tuhan menentukan.Ketika usia pernikahan kami 3 bulan ,kami diuji ujian yang hebat.Rumahtangga
    kami musnah kerana orang ketiga.Seminggu sebelum tibanya 1 syawal saya telah diceraikan.
    Hanya Allah yang Tahu,kasih suami pada saya tiada lagi.Suami benci saya secara tiba-tiba.Saya gunakan sia-sia kekuatan yang ada dalam diri saya untuk meneruskan kehidupan ini dengan mendekatkan diri pada ALLAH.Saya redha dengan ujian Allah dan berharap ada sinar kebahagiaan untuk saya. lagi.Saya percaya pada Allah .

  39.   Qurratun_Ain Says:

    Assalamualaikum..
    Alhamdulillah ,berkat sabar dan doa saya serta seluruh keluarga baik keluarga saya mahupun mertua,bekas suami saya sudah sedar kesilapan nya.Cuma buat masa ini kami masih belum rujuk walaupun hanya tinggal seminggu tempoh iddah saya habis.Syukur di panjatkan kepada ALLAH.
    Sekarang ni saya bagi ruang kepada bekas suami untuk perbaiki diri dan dekatkan diri pada ALLAH.ALLAH tidak pernah menghampakan hambanya.
    Jika bernikah semula jalan terbaik buat kami,saya sedia memaafkan bekas suami dan menerima dirinya kembali.Walaupun luka di hati masih berdarah ,tapi kerana kasih saya pada bekas suami kerana ALLAH .Saya akan terima dia kembali dan bina hidup baru bersamanya dan bersama-sama membimbing.Harapan saya hanya pada ALLAH .Senjata orang mukmin adalah doa.

  40.   dian Says:

    salam
    saya ada sedikit cerita yang nak dikongsi bersama:
    saya diceraikan suami 6 bulan lepas, disebabkan dia ada perempuan lain. memandangkan saya satu tempat kerja dengan kedua-dua mereka (bekas suami dan kekasihnya) hingga kini, saya sering lihat mereka macam dah jauh dari landasan Islam; sentiasa berdua-duaan tiap masa tanpa ikatan perkahwinan yang sah. terlalu banyak maksiat yang mereka dah buat di depan mata dan di belakang pengetahuan semua (i suppose). dalam pada saya membenci perbuatan maksiat mereka itu, saya juga simpati dan kasihan dengan bekas suami saya sebab saya rasa he’s not being himself sekarang.. sebab dulu dia seorang yang baik, hinggalah ketika dia ceraikan saya. mungkin dia teruja, terikut-ikut dan terpengaruh dengan budaya kurang baik kekasihnya itu..kekasihnya terkenal di kalangan orang sekeliling sebagai seorang wanita yang ‘kurang baik’…tidak berhijab, pakai pewarna kuku, pakaian sangat ‘daring’, merokok, suka berfoya-foya dan tak suka bergaul dengan sesama wanita kecuali dengan kaum lelaki saja… kok ya pun dah lama dok US dan baru balik malaysia, saya tak rasa itu boleh dijadikan alasan untuk beliau bawa balik budaya tak elok ke sini..
    oh ya, untuk pengetahuan semua, sepanjang perceraian kami, saya ada beberapa kali berhubung dan berjumpa bekas suami ketika bawa anak jumpa bekas suami. itu pun sebab dia minta untuk nak jumpa anak. dalam waktu itu, saya selalu nasihatkan dia untuk hentikan perbuatan maksiatnya itu, bimbang lambat-laun akan makan diri. tapi dia tidak mengendahkan nasihat saya, malah tetap menafikan perbuatannya yang umpama ’sudah terang lagi bersuluh’ itu.
    saya takut kalau Allah gelapkan hati dia. jauh di sudut hati, saya masih sayangkan dia dan selalu berdoa agar Allah kembalikan dia ke jalan benar dan bertaubat dari dosa maksiatnya itu. dan lagi dahsyat, saya selalu berdoa agar Allah akan satukan kembali kami apabila dia dah jadi baik semula.
    persoalannya : adakah tindakan dan perasaan saya ini suatu yang bodoh dan sia-sia? ye la, mungkin saya dilihat tidak redha dengan ketentuan Allah yang dah pun pisahkan kami dengan perceraian.. kan setiap yang ditentukan Allah itu walaupun perit, pasti ada hikmahnya. tapi kenapa saya masih terlalu yakin dan optimis dengan ‘kepulangan’ bekas suami pada saya dan anak satu hari nanti?

  41.   norul Says:

    salam.saya sangat tertarik dengan artikel tersebut.ape yang berlaku ade hikmah di sebaliknya.

  42.   Qurratun_Ain Says:

    Assalamualaikum ..saya ingin bersahabat dengan dian dengan lebih lanjut -Saya mengalami nasib yang sama dengan puan.Saya bersyukur awalnya ingat suami ingin rujuk saya tapi rupanya ada helah tersembunyi .Saya pun tak pernah berhenti berdoa,seandainya bekas saya sedar kesilapannya .Dia kembali kepada saya.Tapi apa yang saya rasa sama seperti puan dian.

  43.   yatie_82 Says:

    salam, saya baru lepas putus cinta… rasa sakitnya Allah je yang tahu tapi saya redha, kesilapan berpunca dari saya… saya masih sayangkan dia n mengharapakan dia kembali semula pada saya, dia lelaki yang baik n susah untuk saya lepaskan…saya xnak putus asa berdoa mintak Allah lembutkan hati dia, sy btul2 sygkan dia tapi dia pernah ckp tak mungkin dia kembali pada saya n takkan bagi saya peluang yang kedua… sy betul2 mengharapkan siapa saje yang boleh bantu sya dalam hal ini… patutkah sy terus berdoa Allah lembutkan hati dia? sy syg dia, dia lelaki yang baik… bantu saya

  44.   nurjeehan Says:

    W’salam Yatie,

    Saya tertanya, mengapa saudari melabelkan seseorang yg sebegitu keras hatinya sehingga tidak mahu memaafkan langsung, atau bermusyawwarah utk memperbaiki (membimbing/melindungi) keadaan & sebegitu mudah meninggalkan saudari krn kesilapan2 seorang manusia —> sbg seorang lelaki yang ‘baik’ ?

    Maaf, krn saya berasa agak pelik & hairan.

  45.   yatie_82 Says:

    salam kak jeehan,

    perpisahan ni berpunca dari saya, saya telah mengakui setiap kesalahan sy dan sy telah menyesal dengan apa yang telah sy lakukan..saya mengaku dengan kerelaan hati saya dan bukan paksaan dari siapa2 pun, saya tak curang tapi ada satu kesalahan saya pada dia yang buat dia buat keputusan untuk berpisah…saya da bertaubat dan janji takkan ulangi perkara tu lagi tapi dia masih tak percayakan saya, hanya Allah saja yang tahu.. apakah sy tak layak untuk berubah? saya sedih bila saya sering dituduh melakukan sesuatu yang tidak saya lakukan, dia melabel saya seolah2 saya tidak akan berubah..

  46.   nizza Says:

    Salam kak jeehan,

    Sy rasa amat bertuah kerana ‘dipertemukan’ dengan blog sis yg mana artikel2 yg dipaparkan di sini banyak membantu membuka mata dan sebagai penunjuk jalan. Alhamdulillah.
    Sy memerlukan teman yg dpt mendgr & mbawa sya ke jalan yg diredhai allah. Seperti pembaca2 terdahulu, sya jga mengalami masalah yg sma. Sy diceraikan suami disbbkn suami mempyai terlalu ramai teman wanita. Sy terlalu sygkn suami shigga sya telan apa jua perangai buruknya. Dalam byk perkara suami lbh melbhi teman wanitanya. Suami mengatakan sy tdk dpt memikat hatinya n tidak syg sy lg. Sya begitu tertekan. Sebelum ini sy seorg yg penyabar n penuh kasih syg menjdi seorg yg cepat marah n mudah menangis. Kecian pd ank2. Sy smakin x faham dia kta x suka n x da hati pd sy tp masih nk mlakukan hbgn sex dgn sy. Sy smakin tertekan bila sy x mahu lg melakukn perkara terkutuk 2 n mula mendekati diri pd allah, bekas suami x lg berhubung dgn sy. Tlg lh kak jeehan

  47.   Hamba Allah Says:

    Sebenarnya, peristiwa2 dlm hidup yang fana ini adalah pengajaran bagi orang-orang yg mahu berfikir:

    1) Cinta yang teragung dan wajib di utamakan melebihi dari segala-galanya adalah hanya untuk Allah.

    2) Cintakan manusia, dia pasti mati, cintakan harta tak kemana, cintakan nafsu badan lesu, cintakan apa sahaja yang berkaitan dengan dunia ini pasti akan menemui rasa kesesakan yang tidak berpenghujung kerana semuanya pasti akan hancur – kecuali kau temukan cinta kepada Allah & Rasul melebihi dari yang selainnya.

    3) Susah nak capai cinta yang hakiki – sbb tu banyak ujian kena lalu dulu, kena banyak mencedok ilmu yg bermanfaat (mudah2an dari ulama’ yg mursyid). Baru manusia benar sedar tentang hakikat ini. Hancurkan segala berhala-berhala dunia dalam hati-mu, nescaya kau akan bertemu bahagia yang sebenar, walau diuji pelbagai derita.

    Nabi (saw) mengajar melalui hidupnya yang mulia – hendaklah mempunyai kebijaksanaan dan hikmah, celik emosi, ketabahan menghadapi ujian & derita, dan yg utama —> kekuatan spiritual – akidah yg teguh kepada Allah. Engkau datang dari Allah, akan kembali kpd Allah – apakah matlamat hidupmu? Cinta seorang lelaki?

    Mudah2an nasihat ini bermanfaat untuk diri ini & sesiapapun yg membaca.
    Wallahu’alam.

  48.   yatie_82 Says:

    salam…

    Alhamdulillah, skrg sy da boleh terima apa yang berlaku…sy sedar apa yang berlaku ni adalah ujian untuk sy…sy masih sygkan dia tapi sy redha kalau dia bukan yang terbaik untuk saya, Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik untuk sy dan DIA mengetahui apa yang tidak sy ketahui…sy da mengakui segala kesilapan sy telah sy lakukan, semoga Allah ampunkan segala dosa2 sy dan terima taubat sy..Dekatkan diri pada Allah, hati akan menjadi tenang =)

  49.   su Says:

    salam,

    Qurratun_Ain,saya mengalami nasib yg hampir sama dengan Qurratun_Ain ,sy sgt beharap dapat bertukar pandangan dengan anda…..

  50.   E Says:

    Saya dah dimadukan 2 1/2 bulan yang lalu (suami kawin kat siam) lagi seminggu 15/10/09 saya akan diceraikan dimahkamah setelah suami menfailkan untuk menceraikan saya… asalnya perempuan tu..(Janda Anak 3cerai hidup dgn bekas suaminya dan dia ..lebih tua dari kami suami isteri) tu hanya ‘nak menumpang kasih..bukan nak mengambi keseluruhan kasih suami saya’ (itu katanya dalam sms kepada saya beberapa bulan yang lalu, semasa mereka asyik memadu cinta. sampai sekarabng masih saya simpan sms tersebut…Tapi…
    Setelah sah menjadi isteri kedua..dia mula menunjukan kuasa dan memaksa suami menceraikan saya…. suamipun dah macam lembu dicucuk hidung…dah puas merayu, mengalah, memujuk..tapi suami nekad nak lepaskan saya meinggu depan.. Saya terpaksa reda dan terima..walaupun sampai skrg saya amat mencintainya…Anak2 4 org yang masih kecil..juga terpaksa menerima bahana dari perbuatan abah mereka.. sian anak2 ku..Oh tuhan kau berilah petunjuk kepada ku dan pelihara lah aku dan anak2 ku dari segala kepayahan.ini…..Aku perlukan sokongan rakan2 dan teman2 yang mahu memebantu meringankan penderitaan ini…

  51.   sueila Says:

    berat mata mmndang berat lg bahu yg memikul..hadapilah tiap dugaan Allah dgn penuh kesabaran..yakin dn percayalah psti ada sinaran bahagia untuk kita..yg pasti Allah tidak akan menzalimi hambaNya sewenang2nya..saya juga melalaui detik yg hampir sama..tp tiap kali trpandangkan wajah ank2..,semangat saya dtg entah dari mana..itulah hikmahnya..jgn berputus asa dr pertolongan Allah..sesungguhnya Dia lah yang maha mengetahui sgla yang berlaku di dunia yang fana ini…walaupun saat bgini insan2 lain akan menjuauhi kita..tetapi percayalah…Allah sentiasa ada memerhatikan kita..mintalah hanya kepadaNya…kerana tiap2 sesuatu di dunia ini adalah hakNya yang mutlak..harta,anak2..,suami..,isteri.,kemewahan…adalah milikNya semata-mata..janganlah dirayu pada manusia..tapi rayulah sesungguh hati kepada Allah Azza Wajalla.insyaallah,pasti keinginanmu termakbul jua..amin.

  52.   elly Says:

    emm..apabila kasih terhenti..segala impian yg terbina musnah sekelip mata…siapalah kita hambaNya untuk menahan kuasaNya…saya kini mulai memahami bahawa mencintai bukan memiliki..meskipun kasih antara saya dan dirinya terhenti…namun, cinta sy akan tetap mendampingi dirinya…mudah mudahan, die sentiasa dalam keredhaan Allah. hanya dengan cara ini sy dpt terus mencintai dirinya..

  53.   FIZAH Says:

    BTUL…MMG PERIT APE YG DI LALUI…TERMASUK SY JUGA….TERASA HILANG SEMUANYA BILA ORG YG KITER SAYANG PERGI MENINGGALKAN KITER….TP APA DAYA SY HNDAK MNGUBAH KEJADIANNYA….TP SESUNGGUHNYA SY AMAT SENGSARA TIKA INI….TERASA INGIN KETAHUI APE HKMAH DI SEBALIK SEMUA DUGAAN YANG SY KNE TANGGUNG INI….

  54.   FIZAH Says:

    sedih bila terkenangkan org yang kiter syang pergi tinggalkan kiter di saat kiter msih meyayanginya….terasa kosong….sy terlalu lmh untuk lalui semua ni….tlglah sy…bntu la sy untuk lalui ni semua….alangkah indahnya andai dier msh mlik sy….

  55.   nikoma Says:

    sememangnya Allah telah meletakkan kita seiring dengan ujian..jadi terimalah ujian itu sebagai teman..selagi bernyawa selagi tidak terlepas dari ujian..begitu juga dengan saya..saya tak akan dimadu..saya tak akan dicerai..(?) tapi hidup saya dihimpit oleh ibu kepada suami saya..ipar saya…saya yakin sebenar-benar yakin ada hadis nabi “ipar duai itu maut”…jadi saya akan lalui kehidupan ini dengan yakin..ujian itu untuk saya..selagi kita bernyawa selagi itulah ujian di sisi saya..tawakkal banyak-banyak Fizah..cari lah kerja (kalau tak kerja lagi)..sebaik mungkin..kuatkan semangat..Ingat! kita mempunyai 4 mulut lagi yang perlu disuapkan! 4 nyawa perlu hidup sempurna!..yakinkan diri pada Kuasa, Cinta Rabbal Alamin..Redha lah ketentuan Ilahi..Fizah boleh terus bernafas dengan tenang dan didiklah jiwa dan diri anak-anak ke arah Islam yang syumul..Insya Allah..seluruh umat Islam akan bangga dengan Fizah yang baru…aku sentiasa mendoakan Fizah dan diriku sendiri tabah menghadapi ujian ini…Takbir..Allahu Akbar

  56.   elly Says:

    insyaallah fizah…mase akan mengubati segala galanya…alhamdulillah, saya kini semakin pulih..waktu mula2 berpisah dulu, hanye tuhan yang tahu betapa peritnye ati dan perasaan…sy dihimpit penyesalan yang maha hebat..waktu itu, saya hanya fikirkan bgmn uk sy mndptkn si dia kembali ..saya telah rendahkan maruah dan ego saya ..namun, si dia enggan menerima saya semula…dan saat itu saya sedar, saya hanya mengemis kasih pada insan yang tidak tahu menghargai sebuah cinta suci..dan hampir 2 bulan berlalu, saya berjaya lupekan si dia..saya merasa puas kerana dpt membebaskan segala perasaan sy padanya..yakinlah,Allah mendgr rintihan hambanya…bykkn berdoa pada allah

Leave a Reply

Powered by WP Hashcash


Close
E-mail It