Oleh Dr Ahmad Redzuwan Mohd Yunus (UKM)
SALAHUDDIN al-Ayubi dilahirkan pada 532 Hijrah bersamaan 1138 Masihi di Kota Tarkit iaitu bahagian Tebing Barat Sungai Tigris, terletak di antara Mosul dan Baghdad. Beliau adalah anak gabenor.
Ayahnya, Najmuddin Ayub bin Shadhi adalah anak saudara kepada Sultan Nurudin Zenggi, berketurunan Kurdistan yang berasal dari Azerbaijan. Selain sebagai panglima perang, beliau adalah pendakwah, mujahid dan tokoh pemimpin Islam yang bukan daripada kalangan bangsa Arab.
Ketika hayatnya, beliau lebih banyak berada di khemah perang daripada duduk di istana bersama keluarga. Siapa saja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya. Apabila hendak memulakan jihad melawan tentera salib, beliau akan menumpukan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tentera.
Di medan perang, beliau bagaikan seorang ibu garang kehilangan anak tunggal. Beliau bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah.
Beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinangan mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.
Ketika berusia 17 tahun, Salahuddin al-Ayubi mula berkhidmat dengan Nur al-Din di Damsyik. Beliau adalah panglima tentera, pemimpin dan pentadbir negara yang sangat berbakat dan sangat popular ketika zaman perang salib. Beliau membabitkan diri dalam peperangan salib di kawasan Mesir, Palestin dan Syria.
Beliau mula terkenal pada 559 Hijrah (1164 Masihi) apabila menyertai ekspedisi bersama-sama Shirkuh yang dihantar oleh Nur al-Din bagi menentang tentera Salib di Mesir. Beliau berjaya mengusir Amaury dari Mesir pada 1 Rabiulakhir 564 Hijrah (Januari 1969 Masihi). Selepas Shirkuh meninggal dunia, tempatnya diganti oleh Salahuddin al-Ayubi. Pada masa sama, Nur al-Din melantik beliau sebagai panglima angkatan tentera Syria.
Bagi memperkukuhkan tentera Islam, Salahuddin meminta negara Islam diurus di bawah satu pemerintahan. Walaupun cadangannya tidak dipersetujui sesetengah pihak termasuk pemimpin Syria, cita-cita Salahuddin itu termakbul.
Dalam bulan Zulkaedah 570 Hijrah (Mei 1175 Masihi), khalifah Abbasiyyah mengisytiharkan Salahuddin al-Ayubi sebagai Sultan Mesir dan menggelarkan dirinya sebagai Sultan al-Islam wa al-Muslimin. Pada tahun itu juga beliau membina kota pertahanan di Kaherah.
Pada tahun 583 Hijrah (1187 Masihi) berlaku Perang Salib kedua, yang juga dikenali sebagai Perang Hittin. Peperangan ini dipimpin sendiri oleh Salahuddin al-Ayubi hingga membuka jalan mudah untuk menawan kembali Baitulmaqdis.
Pada tahun 588 Hijrah (1192 Masihi) berlaku Perang Salib ketiga, hasil dendam dan kekecewaan golongan pembesar Kristian. Mereka berusaha merampas semula Baitulmaqdis daripada orang Islam. Walaupun perang Salib yang ketiga itu menggabungkan seluruh kekuatan negara Kristian, mereka tidak mampu menggugat kekuatan tentera Salahuddin al-Ayubi.
Pihak Kristian mengalami kekalahan dan ramai tentera terbunuh dan tertawan. Baitulmaqdis yang dikuasai orang Kristian selama 88 tahun, dapat ditakluki semula oleh Salahuddin al-Ayubi.
Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin ketika peperangan sangat jauh berbeza daripada kekejaman tentera Kristian. Ahli sejarah Kristian pun mengakui mengenai hal itu.
Lane-Poole (penulis Barat) mengesahkan, kebaikan hati Salahuddin mencegahnya daripada membalas dendam. Beliau menulis bahawa Salahuddin menunjukkan ketinggian akhlaknya ketika orang Kristian menyerah kalah. Tenteranya sangat bertanggungjawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan sehingga tidak ada kedengaran orang Kristian dianiaya.
Selanjutnya Lane-Poole menuliskan mengenai tindak-tanduk tentera Kristian ketika menawan Baitulmaqdis kali pertama pada 1099. Tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem, jalan itu dipenuhi mayat, orang Islam yang tidak bersenjata diseksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah ibadat.
Darah membasahi bumi yang mengalir daripada pembunuhan orang Islam secara beramai-ramai. Ia juga mencemarkan kesucian gereja yang sebelumnya mengajar sifat berkasih sayang. Orang Kristian sangat bertuah apabila mereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin.
Beliau meninggal dunia pada 27 Safar 589 Hijrah (1193 Masihi) pada usia 55 tahun di Damsyik, Syria slepas memerintah selama 25 tahun. Beliau sakit selama 14 hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Beliau meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang harta untuk diwariskan. Beliau dikatakan hanya memiliki 47 dirham wang perak dan 1 dinar wang emas. Urusan penyelenggaraan jenazah ditanggung oleh keluarga beliau, manakala kain kafannya diberikan oleh menteri.



Mungkin tidak semuanya orang barat mengagumi Salahuddin Al Ayubi sebagai seorang yang pemberani, pahlawan, dan seorang yang tidak perlu dipertanyakan lagi kesholehannya.
Karena dari beberapa film mengenai perang salib yang diproduksi oleh holywood, digambarkan bahwa Salahuddin Al Ayubi adalah seorang yang kejam dan bengis dan tanpa ampun dengan lawan2nya, sedangkan panglima dari pihak nasrani adalah orang yang suka kedamaian dan menghadapi musuh lebih bijaksana, hingga perdamaian terwujud atas usulan dari pangliman nasrani ini.
Andaikan, orang Islam membuat film ttg kejayaan Islam pada masa Salahuddin Al Ayubi.
Btw. Salahuddin Al Ayubi adalah salah seorang tokoh idolaku
to tiara
tidak juga. ada antara filem barat yg menunjukkan sikap mulia Salahuddin dan sikap kebinatangan tentera salib seperti seperti filem kingdom of heaven
[...] Barat Kagumi Kehebatan Salahuddin Al Ayubi [...]
normal la tu kalau barat buat filem ‘muliakan’ orang2 nya walaupun hakikatnya jauh ‘panggang dari api’..masih tercari2 cerita lengkap tentang salahuddin al-ayubi..pahlawan yang dikagumi~
salam… sy skrg tgh mencari maklumat mengenai tokoh ini.. tankz info yg dr. bg.. klu blh sy nk dpt contact no dr. utk kt bicng lbh mngenai tokoh ini.. sy dr syarikat pembekal astro mmg sdg mencari ahli akademik yg boleh berckp mengenai sallhudin.. mohon kerjasama dr. tq..
salam…sy dpt baca cerita salahuddin dari novel sejarah islam terbitan PTS brtajuk SALAHUDDIN PENAKLUK JERUSALAM…sgguh mngagumkan
salam…tks for info…semoga mendapat rahmatNya
salam….dr dulu sy pn ingin mencari info m’nai tokoh
ini..
Contoh pemerintah berjiwa sederhana & berakhlak tinggi.Saya kagum dengan akhlak nya.
Harap semua pemerintah pada zaman ini dapat mencontohinya.
Jika ingin melihat kejayaan umat islam.
ALLAHUAKBAR!!
itula sifat orang kafir…..mereka ni kadang-kadang walaupun telah diberi pelbagai petunjuk tetapi mereka masih lagi menafikannya…satu lagi, pasal salhuddin al-ayubi ni, beliau memang seorang amat aku kagumi dan sanjungi, bagaiman perjuangannya, akhlaknya dan yang paling penting semangatnya…mudah-mudahan aku dapat menjadi sepertinya…insyaAllah
assalamualaikum. saya nak mintak izin copy cita nie.
Salahuddin al ayubi, panglima yg bijaksana. . . . . .
Y0u are the best,,
pada saya pandangan barat tidak penting langsung…salahuddin al ayubi seorang mujahid yang bercita2 tinggi dan telah membuktikan dgn penaklukan jerusalem daripada tentera salib yang berkuasa selama 80 tahun..ternyata strategi peperangan rasullulah SAW adalah kunci kemenangan dan rahsia penaklukan tersebut…
ada sesiapa antara anda semua yg pandai melukis kartun..sy bcadang utk mghasilkan karya kisah pahlawan2 islam yg unggul dlm bentuk komik..sy percaya ini salah 1 cara utk mndekati kaum remaja agar mnjadikan pahlawan2 islam sbg ikon
saya sangat kagum dgn keberanian tokoh perang kite ni,andaikata kalau sekarang ada panglima perang yang seperti salahuddin al ayubi jangan haraplah kaum yahudi dapat bersepah kat situ,betul tak semua para pembaca yang budiman
saya sudah habis membaca buku tentang salahuddin… semangatnya untuk berjihad benar2 mengagumkan saya. ingat, jangan percaya aladdin… kita ditipu umat kristian. salahuddin mereka tukarkan kepada aladdin.
salam…
salah satu tokoh Islam yg saya kagumi… buku tentang tokoh ini dah saya baca yg dikeluarkan saya oleh PTS. menarik gaya bahasanya tak jemu mmbacanya. skg saya tengah mencari cd filem Kingdom of Heaven ada tak kwn2 tau mcm mana nak dapatkannya…..
Salam..
sy pn nk cri cd kingdom of heaven, p xtaw ade kat mne.
right now i’m trying to find the book about him.
doakan spye jumpe. InysaAllah. (:
aku nk letak nama anak aku salahuddin al ayubi …psl aku akan warisi islam utk dia ..bukan islam hadari tp islam samawi yg dibawa oleh NABI MUHAMMAD S.A.W…HIDUP ISLAM!!!ALLAH HUAKBARRRRR!!!!!!!!!!
Salahuddin memang pahlawan yang hebat.Kalah Alexander the great.
Begitu hebat pahlawan islam…tidak mengira harta, pangkat dan darjat…meraka sanggup berjuang demi islam dan allah s.w.t
Salahuddin adalah seorag pemimpin yg hebat.. alangkah amannya dunia jika umat Islam hari ini mengamalkan ajaran Islam yg sbnar2nya ,bukannya Islam liberal bukannya Islam hadhari..contohilah sifat2 Salahuddin al-Ayubi kerana beliau mencontohi sifat2 Rasullullah S.A.W….
salah seorang panglima perang yg handal Tariq bin Ziyad. sehingga namanya pun diabadikan di sebuah bukit-Jabal Toriq yg skrg disebut Gibraltar.
mmg mengkagumkan pahlawan Islam dulu-dulu.
salam..seronok bila dpt bce tntg kisah2 tokoh2 islam zmn dahulu…salahuddin is the great person..sye mmg x nafikan beliau seorang yang hebat..saya telah pun baca buku mengenai dirinya…seronok…
Subhanallah, alangkah ditunggu2 kedatangan pemimpin Islam yang bercirikan Salahuddin Al-Ayyubi. Baru lepas nonton film Kingdom Of Heaven, hmmm kalau perhatikan betul2 ceritani pun gagal memberi/menggambarkan hak sebenar pejuang ulung (Salahuddin Al Ayyubi). Semoga ada pembikin film Islam yang menerbitkan kisah dan perjuangan beliau yang sewajarnya..
salam..kpd pmmpin2 islam skg,cthi la slahudin al-ayubi ney..jgn gle kose jew..yg pntg tgkkn islam n jgn pluang kt kaum yahudi n krstian pdyekn umat ilam n racuni fkrn ngn cre dorang..
….Semuga ada Salahuddin Al Ayubi II yang akan membebaskan Al Quds dari rejim Yahudi.. Amin
keperibadian,akhlak yg mulia,cintakan islam…pejuang yg ungul…mengangkat senjata hny krn Allah…sederhana dlm hdup…Ya-Allah tgginya darjatnya disisi-Mu…di manakah pemimpin sehebatnya skrg??? hny org yg berperibadian sprtinya layak menjadi pemimpin….kelu lidah melinang air mata…memikirkan sifat dan perjunganya…moga rohnya dicucuri rahmat.
Salahuddin Al Ayyubi memang sorang tokoh islam yang hebat dan ana kagumi.
dia contoh salah satu pembangkit semangat dan dan penebal rasa berani dalam diri ana..
salam betul…sultan salahuddin memang hebat..tapi sayang, xramai hari ni yang cuba bangkitkan semula kehebatan seperti yang pernah dilakukan oleh beliau…ape kate, kita ambil ibrah dari pengajaran ni, dan kita sama-sama bangkit dan juga bersama-sama ajak org len utk bangkitkan Islam semula…
pemimpin dunia sekarang kalau mati meninggalkan 47 billion harta dan 1 pangkat dunia. kalau dapat pakai kain kapan dr jenama eropah (dunhill etc..).
Kita hanya berbangga dengan tokoh-tokohIislam silam yang telah berjuang dan berjihad dengan sepenuh keikhlasan. Meninggalkan kepentingan peribadi dan keluarga semata-mata untuk Islam. Apa pula peranan kita untuk mengembalikan maruah Islam yang semakin hari semakin diasak dengan ancaman dan tekanan pelbagai bentuk dari musuh-musuh Islam dan yang lebih mengharukan dari kalangan kelompok yang mengaku Islam sendiri.
alangkah bgusnya kalo pemimpin negara sekarang mmpunyai ciri-ciri seperti beliau…
Salam…ramai yang mengatakan seronok..ramai yang mengatakan betapa agungnya keberanian, pengorbanan serta kepahlawanan pejuang Islam d zaman silam..malangnya, ianya tdk d aplikasikan dlm diri setiap muslim d zaman ini..betapa besar skalipun perjuangan yg d lakukan oleh tokoh2 Islam zaman silam, namun kenangan hanya tinggal kenangan..kenapa org Islam d zaman skrg hnya tahu b’ckp tp tdk mahu b’tindak? SubhanAllah..kemungkaran semakin b’leluasa d sana sini…
Mukminin & Mukminat sekalian..marilah kita sama2 berjuang d jalan Allah..jika tdk dpt melakukan perkara yg besar, yang kecil dan mudah itu pun sudah memadai bagi kita, insan yg lemah lagi hina ini..InsyaAllah..marilah sama2 menjadi generasi agen perubah, dan b’mohon smoga kta dlm kalangan generasi net/Y serta mohon lindungan dan rahmat dpd Allah SWT..
Saya pernah lihat film karya Holywood dengan judul “The Conqueror – King Richard – The Lion of Heart ” Temanya perang salib, dlm film itu digambarkan Salahuddin al ayubi sebagai tokoh yang antagonist dan menyerah kalah hanya dengan sesumbar King richard saja…Ironis..!
saya sokong apa yang dikatakan oleh fairuz tentang pemimpin sekarang…kalau mati meninggal berbilion-billion wang serta aset berjuta-juta hendaknya..kah..kah…ini lah dunia sekarang sekejap ingat allah dan sekejap menidakkan allah….sedar tapi leka…kedunian lebih dr akhirat…
Berjihad untuk harta dan pangkat…siang islam ,malamnya kafir …depan malaikat tapi belakang syaitan… menderma demi nama dan di sanjung org..
Yang haram jadi halal… menindas dalam diam.. ishh banyak lagi…
Minta-minta jangan lah kita tergolong dari org sebegini dan minta jauhkan lah kemungkaran dan peliharalah keimanan kita semua…walaupun kita terarah dalam persimpangan tersebut… SEDAR TAPI LEKA…
Ya Allah…aku pohon kepada-Mu..munculkanlah Panglima Salahuddin al-Ayyubi kedua untuk memimpin kami membela agama-Mu…semoga Islam terus subur menerangi hidup kita semua..
mohon share
Adanya pemimpin2 seperti beliau dmasa lalu adalah produk dr keluarga2 yg islami dan menjunjung tinggi akhlakul karimah dan ajaran rasulullah yg benar,kt bs melihat bagaimana pemimpin2 islam yg terkenal selalu berasal dr keluarga yg juga memiliki jiwa jihad fisabililliah yg benar…djaman skrg jihad diartikan negatif bahkan dmanfaatkan barat untuk djadikan intisari dr terorisme…saya sedih melihat bgaimana islam sll menjadi bahan ejekan org2 barat,org2 islam shrsny bangkit dan bersatu,mengajarkan islam yg benar didlm keluarga dan menjadi org2 yg saleh disetiap langkah kita,ingat…setiap org muslim adlh ambassador dr agama islam jd tunjukkan pd dunia kl islam itu agama paling sempurna.
salam.. kingdom of heaven, film ni dr point of view seorang kristian, sdh tntu ia akn mengangkat hero ny dr kaum nasrani.. saya rs ada byk prcanggahn fakta dlm film itu.. klu anda semua perasan pengarah ny adalah pengarah yg sama dgn film gladiator yg di dlmny jg lbh byk fiction berbanding facts.. oleh itu jika kita menonton film2 bgtu, biar la iman n akal kita yg menilai apa yg kita lihat, dgr n baca.. wallahu alam..
terdetak di dalam hati terkeluar air mata apabila ku membaca kisahnya. Inilah merupakan pemimpan yang betul2 memimpim sebuah kerajaandan bukan harta yang di kejar oleh beliau.
Woow…,,
kpan massa itu akan terulang kmbali,,,
berharap lahir-y new salahuddin, malah nasarudin yg nongol,,