Archive for July, 2008

A fond friend, with deep voice
We’d talk sometimes
On strings of lyrical euphony,
Once… in the beautiful sakura land
Somehow – I lost you, in the murky misty unfamiliar grass.

A glimpse of a heart-warming past
I still remember how you made me smile

The river was pure, in the arctic valley of Hertfordshire.
With cod and mash in my right hand.
Your hand written letter on the other
And a worn train-ticket in language I didn’t comprehend.

*yume = dream, in Japanese
——-
p/s AFZ @ PkJie,
Hopefully you’re alright & protected by Allah, wherever you are now.

Comments 1 Comment »

Seorang penyair mengatakan:

tear.jpg“Segala kebaikan Allah walau lama
Laksana kerdipan mata yang menangis
Betapa banyak kemudahan datang setelah keputus-asaan
Dan betapa banyak keputus-asaan datang setelah kesungguhan
Maha Suci Dzat yang selalu memaafkan walau kita selalu bersalah
Dia selalu memaafkan hamba-Nya walau mereka bersalah
Dia yang memberi kepada orang yang bersalah
Dan keagungan-Nya tidak menghalangi-Nya untuk memberi kepada orang yang bersalah…”

Dalam kitab Musnad Ahmad, Rasulullah saw bersabda:

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dengan setiap nama yang Engkau miliki, Engkau menamakan diri-Mu dengannya, atau Engkau menyimpannya dalam ilmu ghaib di sisi-Mu, atau Engkau menurunkannya di dalam kitab-Mu, atau Engkau mengajarkannya kepada salah seorang hamba pilihan-Mu, jadikanlah Al-Quran sebagai penawar hatiku, cahaya dadaku, penglipur laraku dan penghilang kesedihan dan kegelisahan ku.” (Ahmad, no. 3704, 4306; Abu Ya’ala, no. 5300; Ibnu Hibban, no. 948; Ibnu Abi Syaibah dalam Al-Mushannaf, no. 25054 dan Al-Hakim, no. 913. Lihat Majma’ Az-Zawa’id, no. 17445 dan Al-Misykat, no. 2452)

Comments 1 Comment »

Oleh Nik Salida Suhaila Nik Saleh

Niat baik daripada keikhlasan jiwa cerminkan kualiti ibadat, perbuatan insan

APABILA berbicara soal hati, Rasulullah SAW memaklumkan bahawa dalam diri manusia ada segumpal daging, yang jika baik daging itu maka baik pula manusia itu. Sebaliknya jika daging itu buruk dan busuk, maka kualiti orang itu sudah tentulah tersangat rendah dan itulah hati.

Rasulullah SAW juga mengajarkan kepada kita bahawa setiap amalan bergantung kepada niatnya. Jika niatnya buruk, maka buruk pula amalannya. Dan jika niatnya baik, maka baik pula amalannya. Walaupun niatnya buruk dan amalannya nampak baik, hasilnya tetap tidak dipandang Allah.

Contohnya, kita bersedekah kepada seorang miskin. Kelihatannya itu adalah perbuatan mulia, tetapi jika niat kita untuk menyombongkan diri kepada orang lain bukan kerana belas kasihan kepada si miskin, maka perbuatan itu sebenarnya tidak mulia lagi.

Kedua-dua perkara ini sebetulnya mengajarkan hal yang sama, bahawa kualiti keagamaan kita sebagai Muslim boleh dilihat daripada hati yang dimiliki setiap individu.

Hati adalah ‘cermin’ kepada segala perbuatan kita. Setiap kita melakukan perbuatan, maka hati kita akan mencerminkan niat yang sebenarnya dari perbuatan itu. Jadi, hati lebih menggambarkan perbuatan kita sedangkan amalan, lebih sulit untuk dinilai kualitinya.

Comments No Comments »

Tajdid Iman:
Oleh Dr Juanda Jaya
juanda72@hotmail.com

ziarahmakam.jpg

TIMBUL KEINSAFAN: Rasulullah SAW menyuruh umatnya mengamalkan ziarah kubur. Tidaklah pelik jika kita membawa ahli keluarga bersama bagi mengingati mati, bahkan yang pelik adalah membawa anak ke tempat melalaikan. – Gambar hiasan

Ummah wajar hindar kelalaian kerana punca ia penyesalan di akhirat

SESIAPA yang tahu bilakah ajalnya datang tentu akan mengalami tekanan akal dan perasaan. Tetapi Allah menjadikan manusia bersifat lupa dan lalai terhadap kematian. Bayangkanlah jika semua manusia tahu hari atau jam berapa dia akan mati, tentu porak-peranda dunia ini.

Kematian adalah misteri yang tidak akan terpecah dengan fahaman rasional semata. Manusia perlukan iman untuk melalui perjalanan menuju kematian dengan reda dan bersedia.

Abdullah bin Mas’ud berkata, Nabi SAW melukis empat segi untuk kami. Di tengahnya Baginda membuat garisan dan dekat garisan itu Baginda melukis beberapa garisan lain. Baginda juga membuat garisan di luar kemudian bersabda yang bermaksud: “Apakah kamu tahu apa ini? Kami menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih tahu.

Baginda bersabda: “Ini adalah insan (garisan yang di tengah), ini adalah ajal dan ia mengepungnya. Ini adalah beberapa hal baru (garisan yang di sekitarnya), ia menggigitnya. Jika luput terhadapnya ajal ini, maka manusia digigit oleh beberapa hal baru ini. Dan yang ini adalah angan-angan (beberapa garisan di luar).” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Sesungguhnya manusia sudah terkepung oleh ajalnya, tetapi mereka mengejar angan-angan yang tidak sudah. Betapa kita ditertawakan oleh takdir, ke mana saja kita pergi dan apa saja keinginan, semuanya kembali kepada qada dan qadar-Nya.

Jadi mengapa manusia melupakan kematian? Bukankah akan sampai saat matanya ditutup dan tidak boleh dibuka kembali, nafas dihirup tidak dapat dihembus lagi, saat kaki kanan melangkah dan belum pasti yang kiri akan sampai, saat menyuap rezeki yang belum tentu dapat ditelannya?

Comments 1 Comment »

Oleh Aminudin Mansor

Kita dituntut bersabar supaya dijauhi daripada ‘rasukan’ kemarahan

SIFAT marah yang datang daripada hati mempunyai kaitan dengan keimanan seseorang. Orang sabar dapat menahan kemarahan dalam saat genting dan sudah tentu mendapat ganjaran di sisi-Nya.

Daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Tiada hamba yang meneguk air lalu mendapat ganjaran lebih besar di sisi Allah daripada hamba yang meneguk air menahan kemarahan kerana Allah.” (Hadis riwayat Ibn Majah)

Sabda Rasulullah yang bermaksud:

“Bukankah orang gagah itu, orang kuat bertinju. Akan tetapi orang yang gagah adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Marah boleh merenggangkan hubungan kekeluargaan, begitu juga hubungan persahabatan dan kejiranan kerana perasaan marah menyebabkan kita susah melihat kebaikan orang lain serta hilang sifat lemah-lembut.

Sedangkan kita tahu Allah menyukai sifat lemah-lembut. Daripada Aisyah, Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah menyukai sifat lemah-lembut dalam setiap perkara.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Mengambil wuduk dan beristighfar dapat mengawal sifat marah. Segala-galanya dapat meruntuhkan tipu daya iblis dan menghancurkan kesesatan yang disuruhnya. Selain itu, memberi penawar hati yang marah dan gundah, sesungguhnya hati tunduk kepada Allah.

Sifat marah juga adalah cerminan kalbu keperibadian jiwa yang tidak tenteram. Oleh itu, kawal jiwa kerohanian supaya hidup sentiasa tenteram, aman dan damai sepanjang masa.

Comments 8 Comments »

Close
E-mail It