Archive for the “Al Quran & Tafsir” Category

Oleh Hasliza Hassan
hasliza@bharian.com.my

quran

MEMBACA al-Quran bukan sekadar bertaranum, tetapi mengkaji dan menjadikan ia panduan hidup. (Gambar hiasan)
 
17 Ramadan adalah peringatan supaya umat Islam kembali mendekati mukjizat Rasulullah

SAHABAT Nabi Muhammad SAW yang juga Khalifah Islam kedua, Saidina Umar Al-Khattab memeluk Islam selepas mendengar alunan ayat suci al-Quran dari surah Taha di rumah adiknya, Fatimah Al-Khattab.

Hatinya yang penuh perasaan marah membara apabila mengetahui Fatimah sudah mengikut ajaran Nabi Muhammad SAW menjadi lembut oleh ayat al-Quran. Selepas membaca apa yang dikatakan beliau sebagai syair itu, berkata Umar: “Alangkah indahnya kata-kata ini dan alangkah mulianya.”

Begitulah kisah Umar yang terkenal dengan sikap tegas akhirnya kalah kepada wahyu Allah dan menjadi pejuang menyebarkan Islam.

Pakar matematik dari Kanada, Dr Gary Miller (Abdul Ahad Omar) yang mendalami ilmu teologi (ketuhanan) Kristian dihadiahkan al-Quran pada 1978, selepas membacanya menyedari kebenaran kitab itu dan kepincangan Bible.

Pada mulanya beliau membaca al-Quran untuk mencari kesilapan di dalamnya tetapi terkejut apabila bertemu ayat 82, surah An-Nisa’ yang bermaksud:

“Apakah mereka tidak memperhatikan (merenung) isi al-Quran? Kalaulah al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan menemui pertentangan yang banyak di dalamnya.”

Katanya mengenai surah itu: “Prinsip sains ialah mencari dan mengesan kesalahan dalam teori sehingga dibuktikan betul. Apa yang menakjubkan ialah al-Quran menyuruh umat Islam dan bukan Islam cuba mencari kesalahan dalam buku ini dan memberitahu mereka tidak akan menjumpai satu pun.”

Comments No Comments »

Oleh MOHD. NORZI NASIR

PALESTINIANS-ISRAEL/SWAP

KELIBAT 10 hari pertama Ramadan telah berlalu meninggalkan umat Islam. Kalangan tetamu Ramadan antaranya terus melaksanakan ibadah solat fardu masing-masing di samping menghidupkan waktu siang dan malam Ramadan dengan melipat-gandakan amalan-amalan sunat yang lain.

Pelbagai aktiviti Ramadan berbentuk praktikal barangkali turut dilakukan seperti kunjung mengunjung mengeratkan tali silaturrahim sesama Muslim, bersedekah, memberi makan orang yang berpuasa, fakir miskin dan anak-anak yatim.

Sewajarnya umat Islam melakukan penilaian sama ada setiap hari atau setidak-tidaknya seminggu sekali terhadap puasa yang telah dijalani. Nilaian terhadap puasa yang dilakukan berdimensi amal lahiriah dan batiniah.

Amalan lahiriah berdimensikan sosial, manakala amalan batiniah berdimensikan niat ikhlas kerana Allah ke arah mencapai ketaqwaan yang sebenar. Di sinilah tersiratnya pengertian sabda baginda yang bermaksud, Sesiapa yang melaksanakan puasa Ramadan dengan penuh keimanan dan penuh kesedaran nescaya diampuni dosa-dosanya yang lalu. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Menilai tingkat tadabbur terhadap ayat-ayat al-Quran

Ramadan al-Mubarak pastinya menggamit memori sejarah besar bagi seluruh Umat Islam lantaran di dalam bulan inilah berlakunya penurunan al-Quran atau disebut sebagai Nuzul al-Quran.

Comments No Comments »

Demikianlah, dan barangsiapa membalas seimbang dengan penganiayaan yang pernah ia derita kemudian ia dianiaya (lagi), pasti Allah akan menolongnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun. (Pertolongan yang dijanjikan Allah tetap berlaku) kerana Allah berkuasa menukar gantikan sesuatu keadaan sebagaimana kuasa-Nya memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti); dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mendengar Lagi Maha Melihat. (al-Haj: 60, 61)

HURAIAN

multazam1.jpg
Sebagai hamba Allah, manusia bersifat lemah dan saling memerlukan antara satu sama lain.

Kerana sifat itu jugalah, mereka sering dianiaya dan hak mereka dicabuli. Telah menjadi lumrah kehidupan juga siapa yang kuat dan berkuasa akan disanjung dan dihormati. Sementara mereka yang lemah pula akan ditindas dan dizalimi.

Oleh yang demikian mereka hendaklah bersabar di atas dugaan yang menimpa mereka dengan mengharapkan pertolongan Allah SWT. Berdoa dan bertawakal kepada Allah sepenuh hati kerana Allah berkuasa atas segalanya sebagaimana berkuasanya Allah menguasai peraturan alam buana ini.

Diciptakan-Nya malam dan siang silih berganti. Begitu juga pertukaran musim-musim sama ada musim panas, sejuk, luruh dan sebagainya. Kekuasaan-Nya sungguh mengagumkan dengan tidak pernah mungkir atau terlewat. Janji Allah itu pasti berlaku.

Mereka yang beramal soleh dan menuruti suruhan-Nya akan mendapat balasan syurga. Sebaliknya mereka yang ingkar dengan melanggar perintah-Nya akan dimasukkan ke neraka.

KESIMPULAN

Kita hendaklah sentiasa mengharapkan pertolongan dan keredaan dari Allah SWT, bukan memohon pertolongan dari kuasa-kuasa lain kerana dibimbangi akan menjadikan kita tergolong ke dalam golongan orang-orang yang mensyirikkan Allah.

Sesungguhnya Allah itu amat berkuasa terhadap sesuatu dan akan menolong hamba-hamba-Nya yang mengharapkan pertolongan daripada-Nya. Oleh itu, sentiasalah kita berdoa dan bertawakal kepada-Nya.

Sumber: Utusan Malaysia
ARKIB : 10/04/2009

Comments No Comments »

Oleh Mohd Zamri Shafie

Al-Quran terkandung pelbagai hikmah supaya manusia mudah terima hidayah

c4quran10c.jpgTAUFIK dan hidayah adalah anugerah Allah ke atas hamba-Nya. Muslim wajib meyakini pintu hidayah sentiasa terbuka di sisi Allah untuk sekalian makhluk-Nya. Hidayah Allah apabila ‘mengetuk pintu hati’ seseorang, nescaya pasti menjadi lembut dan senang menerima nasihat, teguran serta bimbingan atas dasar agama.

Kisah Saidina Umar yang terkenal dengan sifat bengis sebelum memeluk Islam, bertukar watak sebagai pembela Islam yang agung selepas mendengar bacaan ayat suci al-Quran. Itulah anugerah besar yang tidak dapat dihitung nilainya selepas mendapat hidayah daripada Allah.

Allah menurunkan al-Quran kepada Nabi SAW untuk panduan seluruh umatnya supaya mereka lembut hati tatkala membacanya, mendengar dan memahaminya. Semua itu terkandung hikmah supaya manusia mudah mendapat hidayah Allah.

Firman Allah bermaksud:

“Allah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu kitab suci al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (mengenai benarnya dan indahnya) yang berulang (keterangannya dengan pelbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah.

“Kitab suci itu hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.” (Surah az-Zumar, ayat 23)

Imam al-Mawardy dalam tafsirnya menyatakan orang mendengar bacaan al-Quran atau membacanya, tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah dalam tiga keadaan :

Comments 3 Comments »

Comments 2 Comments »

Close
E-mail It