Mutiara Hati*

Entries Tagged as 'Hati'

Kemurnian hati dorong amalan mulia

July 24th, 2008 · No Comments

  Oleh Nik Salida Suhaila Nik Saleh
Niat baik daripada keikhlasan jiwa cerminkan kualiti ibadat, perbuatan insan
APABILA berbicara soal hati, Rasulullah SAW memaklumkan bahawa dalam diri manusia ada segumpal daging, yang jika baik daging itu maka baik pula manusia itu. Sebaliknya jika daging itu buruk dan busuk, maka kualiti orang itu sudah tentulah tersangat rendah dan itulah […]

Tags: Akhlak & Adab · Hati · Tafakur (Muhasabah)

Hati penentu baik, buruk amalan umat

July 8th, 2008 · No Comments

  Oleh Aminudin Mansor
Orang beriman sentiasa terdorong melakukan kebaikan dalam hidup
HATI ibarat raja dalam diri manusia kerana di situ letaknya keyakinan seorang hamba terhadap Tuhannya. Hati juga menjadi sasaran syaitan untuk menyesatkan manusia. Manusia mempunyai hati yang baik, sentiasa berada dalam ketenangan, kedamaian dan ketenteraman.
Secara zahirnya hati ialah organ berwarna perang kemerah-merahan terletak pada sebelah kanan […]

Tags: Hati

Tangis insaf, zikir hidupkan jiwa mati

June 30th, 2008 · No Comments

  Tajdid Iman:
Oleh Dr Juanda Jaya
Air mata takut hari pembalasan untuk tambah ilmu lebih mahal daripada isi dunia
DUA belah mata boleh menangis, tetapi hati tetap reda atas ketentuan-Nya. Demikianlah keadaan orang Mukmin yang bersedih. Tawa dan tangis, gembira dan sengsara, nikmat dan ujian semuanya adalah lumrah kehidupan.
Seseorang itu tidak mungkin hanya melalui satu episod dalam kehidupannya, […]

Tags: Akidah · Hati · Tafakur (Muhasabah) · Tazkirah

Darjat keikhlasan penentu kualiti ibadat

June 23rd, 2008 · No Comments

  Tajdid Iman:
Bersama Dr Juanda Jaya
juanda@kutpm.edu.my
Amal pula mesti bermutu tinggi mengikut tertib dan sunnah Rasulullah SAW
SAAT melakukan amalan muhasabah menilai amalan diri sendiri, perkara pertama penting untuk disoal kepada diri ialah mengenai kesucian amalan. Apakah sudah hadir niat yang ikhlas pada setiap amal dikerjakan? Layakkah amal ibadat itu dipersembahkan kepada-Nya? Apakah sudah sempurna kefahaman mengenai ikhlas?
Ikhlas […]

Tags: Akidah · Hati · Ibadah & Doa · Motivasi · Tafakur (Muhasabah) · Tazkirah

Kesan penyakit batin

June 22nd, 2008 · No Comments

  Tazkirah :
Bersama Mohd Zawawi Yusof
TENTU semua masih ingat dulu pernah berlaku wabak SARS yang menggemparkan dan menggusarkan warga dunia.
SARS singkatan dari Syndrome Accute Respiratory System adalah penyakit fizikal sistem pernafasan akut yang sangat bahaya.
Apa agaknya kita lakukan jika penyakit ini terkena pada kita, pasti yang tergambar di fikiran kita ialah ubat dan doktor.
Tetapi mari kita […]

Tags: Hati · Tafakur (Muhasabah) · Tazkirah

Close
E-mail It