Archive for the “Ibadah & Doa” Category

Oleh HASRI B HARUN

lailatul-qadar

APABILA datang bulan Ramadan pada setiap tahun umat Islam diperingatkan semula tentang satu malam yang begitu besar maknanya iaitu malam al-Qadar. Malam al-Qadar atau dalam bahasa arab disebut lailatul Qadar terdapat beberapa makna.

Lailatul Qadar menurut Ibnu Abbas, Ikrimah dan Sa’id bin Jubair membawa maksud malam keputusan; atau malam penetapan. Manakala tafsir Qurtubi dalam menjelas ayat surah al-Nasr pula menjelaskan bahawa maknanya adalah malam yang sempit.

Dinamakan demikian kerana pada malam itu bumi sesak/sempit dengan para malaikat. Dalam al-Quran disebut oleh Allah SWT bahawa malam tersebut ganjarannya seumpama seribu bulan. Lailatul qadr merupakan malam yang diberkahi. Allah Ta’ala berfirman al-Dukhan ayat 1-6 yang bermaksud

Haa Miim. Demi Kitab (al-Quran) yang menjelaskan. Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kami lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah. (Iaitu) urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah yang mengutus rasul-rasul sebagai rahmat dari Rabb-mu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Bagi mereka yang teguh imannya pastinya akan berasa terkejut dengan hadiah Allah SWT yang begitu besar bagi mereka yang benar-benar memperolehi malam tersebut.

Comments 1 Comment »

Please read (play this video in high quality and full screen mode for clearer view of translation)

Amazing Lailat al Qadr Dua by Sa’ad Al-Ghamdi part 2 of 2

PART 1

PART 2

Comments No Comments »

Oleh MOHD NORZI NASIR

Kita disuruh melipat gandakan ibadat pada 10 hari terakhir Ramadan.

lailatulqadar

RAMADAN menjanjikan ganjaran yang cukup istimewa bagi seorang Muslim ke arah mengecapi kecemerlangan hidupnya. Hal ini akan terlaksana dan tercapai dengan jayanya.

Pertama; jika setiap hamba benar-benar seorang Muslim yang mengerjakan ibadah puasa berteraskan keimanan dan muhasabah serta mengikuti sunnah Rasulullah SAW.

Kedua; yakin dengan ganjaran yang telah dijanjikan Allah SWT terhadap segala amalannya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Sesiapa yang menghidupkan Ramadan dengan penuh keimanan dan penuh kesedaran (mengharap ganjaran Allah) nescaya akan diampuni baginya dosa-dosa yang lalu. (riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Memasuki detik 10 terakhir Ramadan pesona peribadi dan perilaku Rasulullah SAW terlakar dalam hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a yang bermaksud:

Comments No Comments »

Tajdid Iman:
Oleh Juanda Jaya

Berdoa minta pertolongan hendaklah sepanjang masa bukan hanya ketika berdepan musibah

fa012dh8
RAMAI yang meminta kepada manusia tetapi tidak mahu meminta kepada Allah SWT. Mereka juga pandai menjaga hubungan baik dengan manusia tetapi memutuskan hubungannya dengan Allah SWT. Mereka bergantung kepada manusia dan berharap mendapat manfaat daripadanya sehingga melupakan kuasa Allah SWT yang memberi manfaat dan mudarat. Perbuatan sebegini boleh menyebabkan iman seseorang terjejas. Seolah-olah mereka hilang kepercayaan kepada Allah SWT, padahal Dialah yang menggenggam ubun-ubun setiap makhluk.

Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik berjumpa dengan cucunda Umar bin Al-Khattab, seorang warak, zuhud lagi alim bernama Salim bin Abdullah bin Umar al-Khattab. Kedua-duanya berada di Baitullah. Khalifah bertanya: “Apakah kamu mempunyai hajat kepadaku, wahai Salim?” Salim menjawab: “Wahai Sulaiman tidakkah engkau malu mengatakan itu padahal engkau berada di Baitullah? Kemudian Salim keluar dan Sulaiman menunggunya di luar Baitullah dan kembali bertanya: “Apakah kamu mempunyai keperluan kepadaku?” Salim bertanya juga: “Keperluan dunia atau akhirat, wahai khalifah?” Sulaiman menjawab: “Keperluan dunia.” Salim berkata: “Adapun tentang keperluan dunia, kepada yang memilikinya pun aku tidak pernah meminta, bagaimana mungkin aku memintanya kepada yang tidak memilikinya?

Kepada Allah SWT yang memiliki dunia dan segala isinya pun beliau tidak meminta kecuali untuk kepentingan akhiratnya saja, apatah lagi kepada manusia yang hakikatnya tidak memiliki apa-apa. Begitu kuatnya hubungan orang mukmin kepada Allah SWT melebihi hubungan sesama manusia di dunia ini. Keyakinannya kepada Allah SWT terpacak kukuh dan tidak mungkin digoyah oleh kuasa apapun. Orang mukmin berpegang kepada satu keyakinan, iaitu hanya kepada Allah SWT, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

Comments 1 Comment »

Panel PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA
NEGERI SEMBILAN

iftarkurma

Kita disunatkan berbuka dengan buah kurma sebelum menikmati juadah yang lain. (Gambar hiasan)

ALLAHU akbar wa lillahil hamd! Dengan kuasa dan kurnia Yang Maha Berkuasa, yang mana segala puji-pujian kembali hadrat-Nya, sekali lagi kita dipertemukan dengan bulan Ramadan. Haniian lakum!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua umat Islam yang bersama-sama memasuki gerbang Ramadan yang penuh kemuliaan dan keberkatan ini.

Selain daripada amal ibadah khusus, sudah menjadi suatu adat kita menyambut kedatangan Ramadan dengan mengisi ruang-ruang majlis ta’lim, kuliah dan ceramah dengan peringatan tentang kepentingan hakikat dan kelebihan Ramadan.

Walaupun kita mendengar nas-nas yang sama diulang-ulang oleh para ulama dan pendakwah, sebenarnya proses tazkirah Ramadan atau peringatan-peringatan sempena Ramadan adalah persiapan mental-spiritual yang sangat penting serta menjadi kunci yang menentukan mutu dan kualiti penghayatan Ramadan kita.

Ini kerana memang menjadi prinsip dalam agama kita bahawa bagi setiap amal ibadah kita sebagai hamba, sudut dalaman dan maknawi ibadah itulah yang merupakan maksudnya dan penentu nilainya yang utama.

Inilah yang dapat kita fahami di sebalik pelbagai nas dan kaedah seperti hadis, Sesungguhnya setiap amalan itu tergantung pada niatnya dan bagi seseorang itu apa yang diniatkannya… (riwayat Bukhari dan Muslim) serta hadis yang bermaksud “Niat seorang Mukmin itu lebih baik daripada amalannya”.

Falsafah yang sama juga dapat diselami di sebalik sepotong hadis Qudsi yang bermaksud, Allah berfirman, “Aku menurut sangkaan (dzan) seseorang hambaKu padaKu”.

Oleh itu, walaupun kita sudah saban tahun berpuasa Ramadan, kita tidak harus memandang rendah kepentingan mengingatkan diri kita tentang segala fadilat, kaifiyat dan rahsia Ramadan.

Ia agar kita dapat menghayatinya dengan sebaik-baik niat, azam, pengharapan dan husnu dzan (bersangka baik) yang dengannya, insya-Allah, akan mengangkat tinggi mutu Ramadan kita.

Kita dibekalkan oleh Allah SWT melalui Rasul-Nya SAW sekian banyak nas-nas yang mengingatkan kita tentang keistimewaan Ramadan yang sebahagiannya telah kita himbau pada minggu lepas.

Comments No Comments »

Close
E-mail It