Cetek agama punca penulisan anti-Muslim
Posted by: nurjeehan in Akidah, Ilmu, Tafakur (Muhasabah), TazkirahTajdid Iman:
Bersama Dr Juanda Jaya
BERDOA dan berwirid mendekatkan hubungan insan dengan Allah, sekali gus mengelakkan penulisan persenda Islam.
Penulis jahil sering salah guna blog, internet untuk persenda kemuliaan ajaran Islam
LAUNGAN slogan kembali kepada Islam menimbulkan reaksi pelbagai lapisan masyarakat. Ada bersikap prejudis penuh kecurigaan dan menganggap sebagai seruan kembali kepada kemunduran, semua serba haram dan bayangan kerumitan dalam melaksanakan nilai ajarannya.
Wujud juga golongan mahu mengambil kesempatan terhadap Islam, mereka mengambil semangat Islam untuk kepentingan peribadi. Ada pula golongan yang Islamnya hanya kulit, mereka menggunakan Islam pada saat diperlukan untuk mendapat keuntungan duniawi.
Sementara inti ajaran Islam yang mengatur seluruh dimensi kehidupan dicampak bagai sampah tidak terpakai. Lalu, bagaimanakah sikap seorang Muslim ketika menyahut seruan ini?
Sudahkah dikaji keaslian Islamnya bersih daripada penyelewengan akibat percampuran fahaman buatan manusia seperti kapitalisme, sosialisme, nasionalisme, liberalisme, hedonisme dan pelbagai isme lainnya.
Apakah Islam yang dianuti itu bebas sama sekali daripada pengaruh transformasi budaya yang sudah membuka pintu dunia seluas-luasnya? Atau masih digigit dengan gigi geraham peninggalan nenek moyang tanpa usul periksa?
Untuk itu, sesiapa yang mahu hidup dalam pimpinan Islam yang benar hendaklah kembali kepada asal. Hanya pendedahan ilmu yang boleh menjawab semua persoalan itu kerana pusaka nabi yang tidak akan hilang ditelan zaman. (more…)
Kita sering bertanya, namun kita sudah tahu jawapan dan syarat bagi melepasi ujian berat ini. Muslimin terdahulu sudah memenuhi syaratnya dan mereka berjaya, namun kita yang jauh lebih moden kini alpa dan tertanya-tanya.



Entries (RSS)