Archive for the “Ilmu” Category

Tajdid Iman:
Oleh Dr Juanda Jaya

BUKU boleh menjadi pendorong motivasi dengan syarat ia dibaca kerana Allah dan penuh penghayatan.

Ilmuwan Islam perlu jadi ejen pembaharuan corak pemikiran ummah selari nilai al-Quran, hadis

BUKU adalah khazanah ilmu. Sebuah buku boleh membuat pembacanya menangis, menguatkan azam yang hampir padam, mencerahkan pemikiran dan menghanyutkan perasaan ke satu muara yang bernama kepuasan ilmu.

Buku boleh menjadi pendorong motivasi dengan syarat ia mesti dibaca dengan niat kerana Allah dan penuh penghayatan. Ramai membaca dengan fikiran dan hati kosong, akhirnya mereka tidak mendapat apa-apa. Ada pula yang membaca tetapi menolak nilai baik di dalam buku itu dengan cara menutup ruang untuk melakukan diskusi ilmiah antara maklumat lama dan yang baru dibaca.

Berhati-hatilah dengan fahaman yang sengaja diselitkan tanpa disaring. Jangan pula tidak bertanya kepada pakar terhadap pemahaman yang kurang jelas dipaparkan dalam buku yang dibaca.

Bagi mereka yang tiada masa untuk membaca, agaknya mereka mesti menjawab satu soalan penting: “Mengapa untuk menonton dan melepak sentiasa ada masa sedangkan untuk buku langsung tiada masa? Mengapa mampu mengeluarkan duit untuk keperluan yang bukan asasi tapi untuk membeli buku bukan main berkira? Kalau anak tak rajin membaca, ibu bapa seharusnya berasa bertanggungjawab secara tak langsung dalam membentuk persekitaran yang kering ilmu itu. Gerbang ilmu adalah membaca dan minat membaca itu perlu dipupuk sejak kecil.

Begitu pula dalam memahami Islam, seseorang mesti mendalami dan menghayati buku yang membuka gerbang maklumat mengenai Islam. Dengan membaca mengenai Islam seseorang sudah membuka hatinya untuk cahaya Allah Taala. Hati yang penuh dengan ilmu menjadi penggerak seluruh amal salih, maka bagaimanakah keadaannya apabila hati tidak menyimpan walau secebis ilmu mengenai Islam?

Comments No Comments »

Tajdid Iman: Dr Juanda Jaya
juanda72@hotmail.com

MANFAAT MASA: Sesiapa yang menginginkan kesempurnaan ilmu mestilah mendekatkan diri kepada al-Quran dan hadis.

Umat Islam perlu manfaat pengetahuan untuk mengurangkan dosa

SUATU hari ketika seorang hamba membuka sebuah buku yang membincangkan mengenai iman, tanpa disengaja tajuk taubat menjadi pilihannya. Hatinya bekerja keras untuk menghayati setiap perkataan yang dibaca dan akal berfikir kebenarannya.

Akhirnya dia berkata: “Alangkah jauhnya penyelewengan yang sudah aku lakukan selepas Allah memberi petunjuk kepadaku suatu masa dulu.” Tetapi dalam penyesalan itu muncul satu kesyukuran yang terbit daripada hidayah Allah, bahawa betapa beruntungnya dia mendapat kembali hakikat ilmu yang lama hilang daripada jiwanya.

Ada sedikit kebenaran pada perkataan sebahagian ahli makrifah yang bermaksud, ketika seseorang itu jatuh melakukan dosa, janganlah dia berputus asa dari rahmat Allah, tetapi bersyukurlah kerana daripada perlakuan dosa yang disedari itu, lahirlah penyesalan dan taubat.

Kerana dosa yang disedari ini manusia boleh mendekatkan diri dengan Allah. Dosa itu membuatnya menjadi hamba yang cepat bertaubat dan mengakui kelemahan diri di hadapan Allah. Lalu dia sentiasa berhati-hati dalam segala perbuatannya.

Berbanding dengan seseorang yang berasa tidak pernah berbuat dosa dan sentiasa berasa dirinya betul, sungguh orang seperti ini bertambah jauh dirinya daripada Allah akibat kesombongan melampau atas nama ilmu dan amal.

Selepas menyedari keadaan seperti itu, barulah kita sedar betapa kita perlukan ilmu yang boleh membawa kepada kefahaman dan penghayatan sebenar mengenai diri kita, Allah dan tabiat dunia yang fana ini.

Comments No Comments »

ADAB menuntut ilmu hendaklah ikhlas dan diniatkan dalam hati kerana Allah. Apabila seseorang menuntut ilmu hanya untuk mendapatkan gelaran, kedudukan atau ingin menjadi orang dipandang, maka Rasulullah SAW memberi peringatan.

Baginda SAW bersabda yang bermaksud:

“Barang siapa menuntut ilmu yang dipelajari hanya kerana Allah sedangkan ia tidak menuntutnya kecuali untuk mendapatkan mata benda dunia, ia tidak akan mendapat bau syurga pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah)

Jika ada yang berhajat menuntut ilmu untuk mendapatkan syahadah (sarjana muda atau doktor falsafah) kerana menjadi peraturan yang tertulis hanya mereka yang memiliki pendidikan tinggi boleh menyampaikan atau mengajar ilmu, niat itu termasuk dalam niat yang benar.

Menuntut ilmu dengan niat untuk menghilangkan kebodohan diri dan selepas memiliki ilmu kita harus mengajarkan kepada orang lain untuk menghilang kebodohan daripada diri mereka. Mengajarkan kepada orang lain itu dengan pelbagai cara membolehkan orang lain mendapat manfaat ilmu kita.

Comments No Comments »

Tajdid Iman:
Bersama Dr Juanda Jaya
juanda@kutpm.edu.my

Hawa nafsu suka kebodohan, kemalasan jauhkan seseorang daripada Islam

APABILA Allah menghendaki kebaikan pada diri manusia, maka Dia akan menitiskan ke dalam hati mereka satu semangat cintakan ilmu-Nya. Dengan ilmu itu manusia mengerti mengenai dirinya, baik kelebihan, mahupun kelemahannya. Ilmu juga menunjukkannya jalan yang benar dan menasihati hati untuk tidak mengambil jalan salah.

Al-Imam Ibnu al-Jauzi menulis mengenai keutamaan ilmu dalam kitab Shaydul Khatir: “Ilmu sudah membawa diriku menuju pengetahuan mengenai Sang Pencipta dan ilmu menyuruhku untuk berbakti kepada-Nya. Maka aku pun tunduk di hadapan kekuasaan-Nya seraya melihat sifat-Nya. Hatiku juga berasa getaran kebesaran-Nya sehingga aku tertunduk malu kerana cinta kepada-Nya. Ilmu juga yang menggerakkan aku untuk sentiasa berada dekat ke riba-Nya dan menolong aku mencapai ketinggian ubudiyah kepada-Nya. Aku hanyut dalam kebesaran-Nya setiap kali mengingati-Nya dalam zikirku. Saat menyendiri adalah saat ibadahku untuk-Nya. Apabila terdetik hatiku mahu meninggalkan ilmu, ia berkata: Apakah kamu mahu berpaling dariku, padahal akulah yang menjadi petunjuk jalanmu sehingga kamu mengenal Allah? Aku pun menjawab: Sesungguhnya engkaulah penunjuk jalan, tetapi aku sudah sampai ke destinasi, masihkah aku memerlukan petunjuk jalan? Ilmu berkata lagi kepadaku: Oh, tidak! Setiap kali bekalmu bertambah, akan bertambah pula pengetahuanmu mengenai Kekasihmu dan kamu semakin faham bagaimana cara mendekati-Nya. Esok kamu akan tahu sebenarnya hari ini kamu masih banyak menyimpan kekurangan. Tidakkah kamu mendengar firman-Nya kepada Nabi SAW: Katakanlah (Wahai Muhammad) Oh Tuhanku, tambahkanlah ilmuku.” (Surah Taha, ayat 14)

Jika hati sudah berpaling daripada ilmu, ia akan disibukkan yang selain daripada-Nya. Saat itu anda kehilangan kemanisan bermunajat kepada Allah, itulah azab yang paling dahsyat dalam kehidupan seorang hamba.

Ilmu mengenai Islam bukan milik pelajar yang mengambil aliran agama saja. Ilmu Islam bukan terbatas hak milik ustaz dan ustazah saja. Al-Quran diturunkan bukan untuk kalangan hamba yang belajar agama, sementara orang kebanyakan tidak berhak mempelajarinya.

Maka, yang duduk di masjid ialah hanya pesara, orang yang pernah berkaitan dengan sekolah agama atau pondok, anak dan cucu imam saja.

Ramai lagi yang belum bersedia belajar mengenai Islam, bahkan mungkin tidak tergerak pun mahu menghayati agama yang diwariskan dari zaman berzaman. Bagi mereka cukuplah kiranya agama Islam itu hanya mengucap syahadat dan setahun sekali berasakan hari raya.

Semudah itukah sebenarnya agama yang perlu difahami dan diamalkan?

Comments 5 Comments »

Tajdid Iman:
Bersama Dr Juanda Jaya
juanda@kutpm.edu.my

APAKAH yang akan berlaku pada diri kita jika setiap hari tidak pernah ditimpa kesusahan? Wang yang banyak boleh membeli apa saja dimahukan, anak dan cucu hadir di sisi mengisi kekosongan hati dengan telatah mendamaikan jiwa, rumah besar dan aman daripada sebarang kejahatan, tubuh badan sentiasa cergas dan sihat, populariti disegani dan kedudukan tinggi di mata masyarakat. Semua serba sempurna tiada kecacatan dan kekurangan dirasai. Adakah keadaan sebegini baik untuk iman kita?

Keadaan terlalu selesa sebenarnya boleh membahayakan iman dan menjejaskan ingatan kita kepada keperluan bergantung pada kuasa Allah SWT. Mungkin jika harta sudah banyak terkumpul seseorang mudah lupa bagaimana menadah tangan dan melafazkan doa:

“Ya Allah SWT hindarkanlah aku daripada muflis di dunia dan di akhirat.”

Jika hidup sentiasa sihat dan cergas, mungkin manusia suka melayan hawa nafsunya, memuaskan segala keinginan hati, suka bermalas-malasan, lupa menuntut ilmu dan menunda amal kerana ia tidak rasa dekat dengan penyakit dan ajalnya. Dan jika kesenangan saja yang dirasa mungkin apabila sedikit ujian datang kita akan mengeluh, membenci dan marah dengan ketentuan Allah SWT.

Sama halnya dengan kemiskinan, sakit dan ujian kehidupan yang bermacam boleh menjadi perangsang meningkatkan iman atau pun sebaliknya mendekatkan kita kepada kekufuran.

Pernahkah hati kita berbisik, jika ujian kemewahan pun kita tidak kuasa menghadapinya apatah lagi jika kemiskinan yang ditakdirkan untuk kita, apakah akan terjadi dengan iman kita? Jika sihat masih suka mengeluh dan membenci peristiwa dijalani hari ini, bagaimana jika sakit tenat menunggu ajal?

Setiap mukmin mesti membuat persediaan rapi bagi menjaga imannya daripada hasutan syaitan dan penyelewengan hawa nafsunya sendiri. Kadang-kadang kita mencuba beberapa formula untuk menghidupkan iman tetapi kelalaian akan datang berulang. Mengapakah formula yang diamalkan itu tidak menjadi?

Antara kesilapan orang mukmin ketika berusaha meneguhkan imannya ialah
:

Comments No Comments »

Close
E-mail It