Archive for the “Tokoh” Category

Oleh Ruzain Syukur Mansor

UMUM mengetahui sirah kelahiran dan kenabian junjungan besar Rasulullah SAW adalah suatu catatan peristiwa agung penuh pengajaran dan iktibar. Kesusahan dilalui sepanjang kehidupannya nyata memberikan suatu kesinambungan terhadap kegemilangan tamadun Islam sepanjang zaman.

Ternyata kekentalan dan ketinggian peribadi Nabi Muhammad SAW adalah hasil daripada tarbiah ruhiyyah dan jasadiyyah yang diasaskan kesungguhan kedua ibu bapanya.

Ketabahan ibunya Siti Aminah menghadapi saat getir sebagai ibu tunggal selepas kematian suaminya memberikan contoh dan teladan secara langsung kepada Baginda dalam menghadapi detik sukar serta menyedihkan.

Justeru, ketabahan itu diterjemahkan ketika Rasulullah SAW menghadapi kematian dua insan tersayang iaitu isterinya Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib dengan tabah.

Contoh dan teladan itu wajar dicontohi remaja terutama ketika menghadapi saat getir atau musibah. Kesedihan adalah dugaan dan ujian Allah bagi menduga ketabahan serta keimanan umat-Nya.

Apabila ketabahan Rasulullah SAW diambil kira, maka golongan pelapis kepemimpinan negara akan lebih matang dalam menghadapi segala cabaran dan dugaan hebat. Selain itu, proses tarbiah ruhiyyah dan jasadiyyah terhadap keunggulan peribadi Rasulullah SAW diteruskan melalui peristiwa besar ketika Baginda berumur empat tahun apabila dadanya dibedah.

Penyucian hati serta segumpal darah hitam dikeluarkan daripada tubuhnya membuktikan seorang tokoh itu seharusnya mempunyai peribadi bersih, suci zahir dan batin.

Ini jelas isyarat bagi seorang pemimpin muda khususnya untuk melakukan pembersihan sifat dalaman melalui tarbiah rohaniah dengan memperbanyakkan solat serta amalan kerohanian berterusan seperti zikir dan qiamullail.

Comments 1 Comment »

Oleh Mohd Yaakub Mohd Yunus

Sambutan Maulidur Rasul, taati sunnah antara bukti golongan kasihkan nabi

masjidnabawi.jpgSETIAP tahun umat Islam menyambut meriah kehadiran 12 Rabiul Awal, iaitu tarikh yang dikaitkan dengan kelahiran Nabi Muhammad SAW. Pelbagai upacara akan diatur sempena hari itu yang dikenali sebagai Maulidur Rasul seperti perarakan, upacara marhaban dan ceramah.

Semuanya ini dilaksanakan demi untuk menggambarkan perasaan kasih dan sayang terhadap junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Saban tahun apabila muncul 12 Rabiul Awal akan timbul juga polemik mengenai sambutan itu sama ada sunnah atau bidaah.

Pihak yang tidak bersetuju dengan sambutan Maulidur Rasul menyatakan ia termasuk amalan bidaah kerana tidak pernah dilaksanakan pada zaman Nabi SAW, sahabat atau zaman salafussoleh.

Malah, imam mazhab yang empat iaitu Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad juga tidak pernah menganjurkan sambutan Maulidur Rasul hingga timbul persoalan adakah mereka tidak mencintai Nabi Muhammad SAW seperti generasi sesudah mereka yang menganjurkan sambutan itu.

Mereka yang menyokong sambutan itu beranggapan ia adalah bidaah yang baik (hasanah) dan bertujuan mengagungkan baginda serta mencerminkan kasih sayang kepada baginda. Apatah lagi tidak ada larangan khusus daripada Allah serta Rasul-Nya.

Menyambung polemik mengenai sambutan Maulidur Rasul bukan isu kerana yang penting ialah bagaimana tata cara sebenar untuk membuktikan kasih sayang serta keagungan kepada Nabi Muhammad SAW.

Mencintai Nabi Muhammad SAW adalah satu prinsip agama yang penting serta mendasar kerana seseorang itu tidak dianggap beriman sehingga dia benar-benar mencintai Nabi Muhammad SAW melebihi dirinya sendiri, kaum kerabat dan harta-bendanya.

Firman Allah yang bermaksud:

“Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah tempat tinggal yang kamu sukai (jika semua itu) menjadi perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang fasik (derhaka).” (Surah al-Taubah, ayat 24)

Rasulullah berhak meraih cinta umatnya kerana baginda adalah makhluk yang paling mulia di sisi Allah, memiliki akhlak yang luhur dan jalan yang lurus, mengasihi umatnya, memberi petunjuk kepada umatnya, menyelamatkan umatnya dari neraka dan menjadi rahmat kepada seluruh alam.

Mencintai Nabi Muhammad SAW adalah kesan kesaksian kita bahawa Muhammad itu utusan Allah yang menjadi sebahagian daripada kalimah syahadah.

Orang yang benar-benar mencintai Rasulullah SAW memiliki ciri tertentu antaranya :

Comments No Comments »

Personaliti:
Oleh Hasliza Hassan

syedmokhtarbukhary.jpg

Saya sudah dapat lebih, apa lagi yang saya hendak. Jadi apabila Allah beri, kita perlu gunakan nikmat itu untuk faedah orang ramai.” Syed Mokhtar Albukhary Syed Nor Albukhary.

- Syed Mokhtar Albukhary guna nikmat Tuhan untuk faedah orang ramai timba ilmu.

DENGAN hanya satu soalan iaitu bagaimana begitu prihatin dengan amalan perniagaan dan kebajikan, maka terbongkarlah rahsia tokoh perniagaan terkenal dengan imej dermawan, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, yang dipilih Tokoh Maal Hijrah 1429, baru-baru ini.

Persoalan mengenai siapa sebenarnya Syed Mokhtar yang begitu berahsia orangnya kerana jarang mahu ditemu ramah mengenai hal peribadi, akhirnya didedahkan pada sidang media selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), minggu lalu.

Beliau menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah 1429 daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Razak.

“Saya tidak pernah cerita mengenai kisah saya secara terbuka, tetapi hari ini Datuk (sambil merujuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Abdullah Md Zin) bagi semangat pada saya,” katanya sambil ketawa kepada pihak media yang sabar menanti kira-kira 45 minit di Bilik Sidang Media PICC untuk menemu ramah beliau.

Menurut anak kelahiran Alor Star, Kedah itu, jiwa dermawan dalam dirinya dipupuk oleh bapanya, Syed Nor AlBukhary dan ibunya, Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat.

Comments 1 Comment »

Oleh: SAODAH ABD.AHMAN

MANUSIA sering melihat pemimpin sebagai orang yang bertanggungjawab dan mempunyai keperibadian mulia. Jika pemimpin tidak prihatin dalam soal tingkah lakunya maka kewibawaan diri dan kehebatannya akan terjejas. Rakyat mempunyai hak untuk mempersoalkan sikap dan tingkah laku buruk para pemimpin mereka.

Kedudukan dan kekuasaan seorang pemimpin bergantung kepada suara dan sokongan rakyat. Pemimpin yang tidak peka terhadap tingkah laku dan keperibadian diri tidak layak untuk memimpin negara kerana mereka tidak boleh menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat.

Pemimpin dianggap sebagai ketua yang terlalu sibuk menguruskan soal keperluan asas rakyat. Rumah dan pejabat mereka merupakan tempat untuk rakyat mengadu dan meminta pertolongan.

Jika seorang pemimpin masih lagi leka dengan kegiatan yang berunsurkan tuntutan hawa nafsu sama ada dalam bentuk mengumpul harta sebanyak mungkin ketika diberi kuasa, atau berpoya-poya dengan wanita cantik dan menarik, maka kehebatan dan kewibawaannya terjejas akibat terlalu ghairah melayani kehendak hawa nafsunya.

Pemimpin ialah orang yang mempunyai jiwa yang kental, perwatakan yang boleh meyakinkan masyarakat bahwa beliau adalah seorang yang bertanggungjawab dan boleh dipercayai, serta cintakan masyarakat.

Pemimpin yang tidak mempunyai ciri-ciri begini tidak layak dilantik menjadi pemimpin kerana kelemahan menahan hawa nafsu boleh menyebabkan mereka terpesong daripada melaksanakan tugas secara serius dan berhemah.

Comments No Comments »

Oleh Umi Kalthum Ngah

PEMIMPIN perlu melaksanakan amanah dengan baik kerana di akhirat kelak Allah akan memintanya mempertanggungjawabkan kepemimpinan yang dijalankan ketika hidupnya di dunia.

Pesanan Rasulullah SAW dalam hadisnya yang bermaksud:

“Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu sekalian akan ditanya perihal kepemimpinan kamu”.

Peringatan Rasulullah SAW itu perlu dijadikan peringatan buat kita semua.

Apa yang ingin dikemukakan ialah jawatan pemimpin khusus dalam institusi formal atau organisasi bagi meneliti sejauh mana keberkesanan kepemimpinan kita itu.

Dalam sebuah organisasi atau institusi formal, jawatan pemimpin dikurniakan kepada seseorang apabila dia layak bagi memikulnya. Tidak pantas bagi seseorang itu mahu terus memegang atau meminta kerusi kepemimpinan.

Rasulullah SAW bersabda kepada Abdurrahman bin Samurah yang bermaksud:

“Wahai Abdul Rahman bin Samurah! Janganlah kamu meminta untuk menjadi pemimpin. Sesungguhnya jika kepemimpinan diberikan kepada kamu kerana permintaan, maka kamu akan memikul tanggungjawab sendirian dan jika kepemimpinan itu diberikan kepada kamu bukan kerana permintaan, maka kamu akan dibantu untuk menanggungnya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Perkara yang perlu kita ingat adalah seseorang itu tidak dilahirkan sebagai pemimpin. Malah sifat menjadi pemimpin itu perlu dibentuk dan untuk menjadi pemimpin, seseorang harus melalui pelbagai proses dan pelbagai bentuk latihan.

Proses pencanaian yang harus dilalui kadangkala memakan masa cukup lama, jalannya pula kadangkala penuh berliku. Hanya mereka yang sanggup melalui proses perit itu akan menjelma menjadi pemimpin yang disegani dan dihormati.

Comments No Comments »

Close
E-mail It