Oleh Mohd Kamel Mat Salleh
MENUNTUT ilmu adalah suatu kefarduan kepada setiap individu Islam. Ini bertitik tolak daripada kepentingan ilmu dalam hidup manusia. Hal ini secara jelas dinyatakan dalam banyak ayat al-Quran mahupun hadis Rasulullah.
Petunjuk atau hidayah mempunyai kaitan rapat dengan ilmu dan doa dalam proses perjalanan seorang hamba mendapat reda daripada tuhannya. Dengan sebab itu hidayah tidak akan diperoleh begitu saja melainkan ia perlu diusahakan dan pada masa sama ia juga adalah anugerah Allah
hanya akan diberikan kepada sesiapa dikehendaki-Nya saja.
Abu Talib, bapa saudara Nabi Muhammad mengetahui Islam dibawa anak saudaranya bukan agama menyesatkan manusia, tetapi petunjuk Allah
masih belum singgah meresap ke dalam hatinya untuk memeluk agama Islam.
Lantaran itu beliau hanya bertindak mempertahankan Nabi Muhammad daripada ancaman bahaya golongan kafir Quraisy yang menyerang baginda sama ada dari sudut fizikal mahupun mental. Akhirnya Abu Talib meninggal dunia dalam keadaan masih berpegang dengan agama Abdul Mutalib.
Memang benarlah firman Allah
dalam al-Quran bermaksud:
“Sesungguhnya engkau (Muhammad) tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang kamu kasih tetapi hanya Allah
akan memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki†(Surah Al-Qasas ayat 56).
Sesungguhnya, tuntutan berdakwah mengajak manusia ke jalan Allah
adalah suatu tuntutan ditekankan dalam ajaran Islam. Ia sebagai proses mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya Allah
. Namun, sebagai seorang pendakwah, sikap berlapang dada amatlah dititikberatkan terutama apabila seruan tidak diterima golongan mendengar.
Begitu juga dalam bidang pendidikan, tugas guru adalah mengajar anak muridnya pengetahuan supaya mereka menjadi insan berguna kepada agama, bangsa dan tanah air. Namun, pendidik tidak punya kuasa untuk memastikan semua pelajarnya memahami segala kandungan pengajarannya melainkan apabila petunjuk Allah
dipancarkan kepada anak didiknya.
Sejarah Islam mencatatkan pengorbanan besar dimainkan oleh Rasulullah dalam menyeru kaumnya supaya meninggalkan budaya dan amalan jahiliah yang berkarat di jiwa selepas sekian lama ditinggalkan nabi sebelumnya, Isa. Zaman awal Islam merakamkan bilangan sedikit menerima seruan dakwah dijalankan baginda hanya daripada kalangan orang miskin, hamba dan mereka tidak punya kedudukan.
Bukan persoalan dakwah tidak mendapat sambutan, tetapi hidayah Allah
tidak menyapa golongan pemuka bangsawan Quraisy. Namun apabila petunjuk Allah
datang menjengah, tiada siapa yang dapat menghalangnya walaupun ia seorang pemuda Arab yang panas baran dan keras hati. Kisah ini dirakamkan dalam tinta sejarah Islam melalui peristiwa pengislaman Umar al-Khattab.
Amat tepatlah firman Allah
bermaksud,
“Allah
menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu kitab al-Quran bersamaan isi kandungannya di antara satu sama lain, berulang-ulang; Kulit badan orang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian menjadi lembut kulit badan mereka dan tenang hati mereka kepada mengingati Allah
. Itulah petunjuk Allah
, Dia memberi petunjuk dengan al-Quran itu kepada sesiapa yang Dia kehendaki; dan sesiapa yang disesatkan Allah
, maka tidak ada baginya seorang pemimpin pun.†(Surah al-Zumar, ayat 23).
Allah
menyelamatkan Umar daripada jurang syirik menuju kepada kemuliaan Islam. Inilah pertama kalinya cahaya keimanan menyinari dan membuka hati Umar. Bagi Umar ayat al-Quran adalah rahsia hidayah, penggerak dan penghidup hatinya. Inilah keberkatan surah Taha yang melembutkan jiwa Umar al-Khattab.
Hidayah itu datangnya beriringan dengan doa dipanjatkan setulus hati kepada Allah
. PengIslaman Umar al-Khattab adalah bertitik tolak daripada doa yang dipanjatkan oleh Nabi Muhammad SAW kepada Tuhannya.
“Ya, Allah
, teguhkanlah Islam dengan Islamnya Abi al-Hakam bin Hisyam (Abu Jahal) atau Umar al-Khattab.”
Begitu juga dalam peristiwa dakwah Nabi ke Taif, walaupun seruannya tidak diterima malah menerima cercaan dan balingan batu, baginda, tetap mendoakan penduduk di Taif diberi hidayah oleh Allah
melalui doa yang panjatkan.
“Ya Allah
ya Tuhan, berilah petunjuk kepada kaumku kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui.”
Hasilnya, sehingga kini, semua penduduk Taif adalah dari kalangan orang Islam.
Melihat kepada realiti sekarang, kemasukan beramai-ramai golongan bukan Islam ke dalam agama yang suci murni ini sebenarnya adalah bertitik tolak daripada hidayah yang ditiupkan Allah
ke dalam hati dan sanubari mereka yang tulus suci menganut satu kepercayaan yang benar-benar menepati fitrah mereka yang ingin beragama. Ini seiringan dengan ajaran wahyu yang menjelaskan “tiada paksaan dalam agamaâ€.
Melalui pengalaman antara mereka memeluk agama Islam sering kali diketengahkan kisah terpesona dengan laungan azan, rasa takjub terhadap isi kandungan dan bacaan berlagu al-Quran, kagum dengan toleransi dan penampilan akhlak mulia Islam dan sebagainya menunjukkan bahawa hidayah Allah
tidak mengenal sesiapa akan diberi Allah
kepada sesiapa saja dikehendaki-Nya.
Sehubungan itu, menjadi kewajipan setiap orang Islam mempertahankan hidayah selama ini berakar tunjang dalam kehidupan. Semoga doa yang dipanjatkan 17 kali sehari semalam “tunjukkanlah kami jalan yang lurus, jalan orang yang Engkau anugerah nikmat kepada mereka, bukannya jalan mereka yang dimurkai (Yahudi), dan bukan pula jalan mereka yang sesat (Nasrani)†(Surah al-Fatihah ayat 6-7) akan menjadi pendinding diri daripada terpesong ke jalan kesesatan.
- Penulis adalah Penolong Pengarah, Pusat Pemantapan Akidah (Jakim), Jelebu, Negeri Sembilan.

1 response so far ↓
// Sep 2, 2007 at 3:08 pm
assalamualikum
.HE almost know about everything is happen n will happen…..confident to HIM with our du’a
hidayah hanya milik Yang Maha Esa.kita hanya mampu untuk berdoa dan berdakwah setakat mana yang termampu.Dakwah tu juge pelbagai kaedah.so,gunakan kaedah sesuai untuk menarik masuk islam dan juga terus memberinya sedar betapa islam agama indah dan lengkap dari segla aspek.doa untuk terus mantapkan akidah.manusia bukan malaikat yang punya iman terus meningkat.iman kita macam roda.naik turun dan kerana itu doa sebagai senjata untuk menahan rebahnya iman kita.always du’a to Allah
Leave a Comment