Koleksi ANIS/ Temubual: Zakaria Sungib
Sesetengah wanita hari ini yang tidak dapat merasakan ‘mahalnya’ sebuah perkahwinan. Malah semacam takut untuk berkahwin. Kurang yakin berkahwin itu syok, membahagiakan dan dapat beri ketenangan. Lalu hati kecilnya bertanya, “Kahwin untuk apa?” Dr. Shafie Md Amin al-Hafiz mengulas kemelut ini.
Kahwin dilihat banyak timbulkan masalah, menyebabkan ada wanita yang rela tidak berkahwin.
Dalam hidup ini, kita tidak boleh menggunakan akal semata-mata. Perkahwinan itu sunnah Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah bersabda, ‘Siapa yang tidak mengikut sunnahku, bukanlah ia dari golonganku.’ Dengan mengikut sunnah Rasulullah dalam berumah tangga, ia akan melahirkan ketenangan. Kita jangan tengok secara negatif, kita kena tengok yang positif. Bukanlah perkahwinan itu yang menyebabkan masalah tapi cara melaksanakannya.
Sebenarnya tak kahwin itu menyebabkan tidak tenang. Kalau Allah
kata dengan berkahwin dapat ketenangan, Allah
akan beri. Apa yang wanita selalu takut bila hendak kahwin? Takut risiko tidak dapat suami yang baik. Sebenarnya itu risiko kedua. Risiko pertama, celik mata saja kita tidak dapat berhubung, tidak dapat mengingati Allah
.
Bila kita berhubung dengan Allah
sepanjang masa, hati kita dipegang oleh hidayah Allah
. Jadi, apa saja yang kita buat akan jadi amal soleh. Lalu Allah
akan beri kehidupan yang baik (termasuk kehidupan berumah tangga).Kalau tak berhubung dengan Allah
, syaitan akan berhubung dengan kita. Itu risiko kehidupan yang pertama.
Bila tak dapat buat amal soleh, datang risiko kedua – musibah. Atau Allah
datangkan istidraj… kadang-kadang Allah
beri badan yang sihat, harta yang banyak, diberi rezeki secara fizikal tapi tidak dapat rezeki dalam bentuk ketenangan. Ketenangan akan jatuh pada hati orang yang yakin pada Allah
. Ini formula yang tak boleh dilanggar.
Ada wanita yang belum kahwin-kahwin sebab “Belum ada jodoh” atau “Susah nak cari calon, maklumlah kita ni orang perempuan.” Apa jalan keluarnya?
Saya kata, you pinanglah orang lelaki! Perkara ini tidak salah. Siti Khadijah dulu pun pinang Rasulullah. Buatlah dengan cara yang betul, seperti melalui orang ketiga. Soalnya, macam mana usaha yang dibuat untuk dapat jodoh itu?
Usaha ada dua aspek. Usaha nombor satu, hablumminallah. Kita baik dengan Allah
dulu. Kenal pasti apa yang Allah
suka. Lepas menyerahkan diri dengan Allah
iaitu mengucap dua kalimah syahadah, kita dirikan solat. Solat biar yang betul-betul diterima Allah
.
Betul rukun fi’li, rukun qauli dan rukun qalbinya. Kalau hendak tahu sama ada Allah
terima atau tidak solat kita, lihat tindak-tanduk kita. Kita pun boleh rasa solat kita lalai atau tidak. Bila kita baik dengan Allah
, kita minta pun dengan Allah
. Allah
taala akan pandu dalam usaha kita. Allah
beri panduan. Allah
tidak akan menganiayai kita. “Sesungguhnya Allah
tidak menganiaya kamu tetapi kamulah yang menganiaya dirimu sendiri,” maksud firman Allah
.
Jadi usaha mesti dengan Allah
dulu. Barulah kita boleh lakukan perubahan dalam hidup kita. Kita kena muhasabah. Kalau berlaku sesuatu pada diri kita, semak dulu macam mana diri kita dengan Allah
.Dalam membuat keputusan, kita susah hendak nilai. Kita terlalu lemah. Kadang-kadang kita ikut luaran saja, sebab itu tersalah pilih pasangan.
Dalam soal ini, Allah
kata, ‘Kau perlukan Aku’. Buatlah istikharah supaya dapat calon pilihan yang terbaik, yang boleh melahirkan kehidupan dan zuriat yang baik.
Ada wanita yang rasa rendah diri dan putus asa untuk kahwin sebab pernah dianiaya. “Dulu orang buat saya, orang sihir saya,” luahnya.
Kita jangan risau sangat apa yang orang hendak kenakan pada kita. Kalau kita baik dengan Allah
, Allah
tidak akan aniaya kita. Sebab itu asas tauhid sangat penting. Asas tauhid adalah asas untuk kenal siapa Allah
– Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kaya… segala perbendaraan berada di tangan-Nya.
Maknanya, segala jodoh yang baik ada di tangan Allah
. Allah
juga maha pemurah. Jadi kalau kita ‘kawan’ baik dengan Allah
, apa yang kita hendak bimbangkan? Sebab Yang Paling Kuat ada di sisi kita. Kita tak perlu takut dan bimbang. Mintalah supaya Allah
pandu kita. Allah
hanya akan memandu orang yang beriman.
Bila hendak pilih jodoh, kita perlu merisik. Apa yang hendak dirisik?
Perkara pertama untuk kenal calon pasangan, selidik solatnya. Macam mana solatnya. Kemudian risik sama ada mengaji Quran atau tidak, dan lain-lain perkara asas.
Bagaimana kalau dia jaga solat tapi akhlaknya kurang atau dia buat perkara-perkara yang tak sepatutnya?
Saya pernah ditanya oleh seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah NGO. Mereka buat kajian masalah keluarga di dalam masyarakat. Dia tanya, ‘Doktor rasa apa punca timbulnya masalah keluarga ini?’ Kata saya, ‘Senang saja. Puncanya mereka tidak solat.’ Dia terperanjat kerana berdasarkan kajiannya, 50 peratus dari keluarga yang terlibat adalah orang yang tahu agama. Orang yang solat.
Ini bukan saya yang cakap tapi Rasulullah yang kata: Siapa yang solat yang solatnya tidak dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar, sesungguhnya dia tidak solat. Atau dalam hadis lain disebut, sesungguhnya dia bukan semakin hampir dengan Allah
tapi bertambah jauh dari-Nya.
Jadi konsep solat adalah ‘mencegah dari perbuatan keji dan mungkar’. Kita berikrar pada Allah
lima kali sehari bahawa ‘hidupku, matiku… hanya untuk Allah
’ tapi bila keluar dari solat, kita buat perkara yang tidak selari dengan ikrar kita. Sebab itu Rasulullah kata, kita sebenarnya tidak solat.
Solat sebenarnya dapat pastikan kita buat amal soleh, punca ketenangan. Jadi dalam memilih calon pasangan, pertama buat istikharah, kedua selidik. Selidik biar betul-betul, jangan sambil lewa.
Wanita bagaimana yang menjadi pilihan lelaki untuk dijadikan pasangan hidup?
Sebenarnya lelaki berkehendak kepada wanita solehah. Sebab wanita solehah inilah yang dapat melahirkan ketenangan dalam rumah tangga. Menyejukkan pandangan mata. Untuk memilih calon isteri, manusia memang sukakan kecantikan tapi nombor satu mesti agamanya.
Agamanya itu yang akan cetuskan ketenangan. Bukan saja lawa fizikal tapi lawa juga akhlaknya. Lawa yang berkekalan adalah akhlak – itu yang menyejukkan pandangan mata dan hati. Sebab kita hendak tengok dia bukan sehari dua, bukan sebulan dua tapi sepanjang usia perkahwinan.
Cuba tanya pada orang yang berkahwin, kenapa kahwin?
Pernah tak orang jawab, saya kahwin kerana Allah
. Orang yang kahwin kerana Allah
akan memastikan jenis pasangan yang dipilihnya. Dia akan kaji aturan Allah
untuk mendapatkan pasangan.

8 responses so far ↓
widad // Apr 30, 2008 at 3:23 am
setiap zaman pn ada msaalah trsndri. kalu dlu lelaki tak mngishtiharkan kemampuan wanita, zaman skrang walau lelaki akui kemampuan wanita, tapi sikap dalam dri tak benar2 menghormati wanita. akhlak yang rendah kerana didikan agama yang makin kurang diberikan pada anak2 zaman moden. bila tak cukup didikan, ilmu pengetahuan dan asuhan yg betul, jadilah bnyak trlahirnya manusia yg tak berkuality, tidak bertanggungjawab pda drinya jga yg disekitarnya dan tidak mnghormati org lain. kalau berkahwin tetapi menyakitkan hati………mengapa mahu ditempah rsa sakit hati. kerana pada zaman ini, amat sukar mencari lelaki atau wanita yang benar2 berkualiti lagi. umpama mencari permata di celahan kaca, jari sudah berkali terluka, permata tak jugak jmpa…yg dijumpa manusia2 hipokrit yang akhirnya dapat nmpak juga tmbelangnya. ada manusia yang bijak brlakon hingga tamat kenduri kahwin. rupanya dirinya tak ckup kuat dan layak bergelar suami dan ayah…msaalah manusia hari ini adalah lemah brkomunikasi dan tidak tetap pendirian serta tak punya jati diri sbnar. mngpa msti berkahwin dan lahirkan anak ramai2, kemudian bila rumah tangga porak peranda, maka akan lahir lebih bnyak anak atau generasi brmsaalah. selagi didikan agama yang secukupnya tidak diberi, selagi itu msaalah takkan habis. bukan setakat belajar pendidikan islam di sekolah. tapi ilmu tafsir quran, hadis, tauhid, sirah nabi, feqah, usul feqah dan lain2 wajib diberi pada anak2 sedari usia mereka 6 atau 7 thun d sekolah. jika tidak, susah untuk menanam iman dlam diri mereka da jadi manusia tak berkualiti. Allah
swt yang mnciptakan manusia, dia maha tahu apa yang terbaik untuk manusia, tapi mengapa kita tidak mempraktikkan kepada seluruh umat islam malaysia keseluruhannya. maksiat disana sini. nak membesarkan anak pun rasa tak sedap hati di tempat yang sebegini…
Very well said.
hidayah // May 13, 2008 at 10:15 pm
perempuan ne banyak yang hendak difikirkan sebelum berkahwin.Adakalanya sering memikirkan perasaan takut untuk hidup dengan lelaki yang belum tentu baik dan mampu menjaga dengan sebaiknya…
suara // May 20, 2008 at 4:06 am
Salam
telah gariskan.
Saya setuju sangat dengan apa yang disebut oleh widad. Tapi ada sesuatu yang rasanya kita tak boleh nafikan iaitu setiap manusia punya keinginan atau nafsu yang kadang tu tak mudah untuk dikawal kalau tak ada keimanan dan kefahaman agama yang kuat. Keinginan inilah yang membawa manusia jauh dari landasan yang Allah
Sebelum berkahwin, ramai yang memakai ‘topeng’ untuk menutupi kekurangan diri yang berlebih-lebih. Mungkin ada yang dpt menghidu keburukan pasangan sblm akad berlangsung, tapi sayangnya tika itu ada perkara lain yang memberati jodoh agar terus dilangsungkan seperti maruah keluarga yang perlu dijaga.
Bila hati sudah sayang, sudah cinta, nasihat bertan-tan pun kadang tu tak boleh diterima, kemaafan sering diberikan pd pasanagn jika ada perbuatan atau kata yg melukakan. Jika harga sebuah kemaafan itu dihargai sewajarnya, Alhamdulillah. Tapi untuk yang suka mengambil kesempatan, itulah kelemahan yang akhirnya semakin memberi peluang untuk satu pihak terus menyakitkan pihak yang satu lagi.
Tapi telah dinyatakan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan sebaliknya juga. Hanya Allah
yang Maha Mengetahui siapa yang baik dan layak untuk diberikan tempat sebagai seorang suami/isteri disisi. Lalu kepada yg belum berkahwin walaupun dah ada calon yg dirasakan sesuai, mintalah kepada Allah
agar diberikan petunjuk jika ada yang tak kena, juga tentang jalan mana yang harus ditempuh dan diberikan kekuatan untuk membuat keputusan yang terbaik untuk diri dan keluarga, untuk dunia dan akhirat. Pedih sekarang bukan bermakna pedih selamanya… kerana Allah
itu Maha Penyayang dan Dia lebih tahu apa yang baik untuk hambaNya.
ida // Jun 1, 2008 at 8:05 am
perkahwinan hanya satu yang memedihkan dan sukar untuk keluar darinya
nv // Jun 4, 2008 at 3:24 pm
ya, saya memang takut nak kawin!! mungkin betul apa yg ida cakap tue.. saya mcm setuju jer dgn comment ida tu.. pasal tu la semakin dekat tarikh pernikahan saya,saya menjadi semakin takut nak kawin.. masuk tahun ni dah lebih 8 tahun saya bercinta dgn dia.. saya memang cintakan dia, sayangkan dia… tapi selama 8thn bercinta dia dah 2 kali khianati saya.. dia tipu saya..dia ada perempuan lain.. tapi saya masih dapat maafkan dia & terima dia kembali.. kini peristiwa tu dah 3 thn berlalu.. selepas peristiwa tu hingga sekarang hubungan kami memang x ada apa2 masalah lagi.. tapi bila tarikh perkawinan kami semakin dekat, peristiwa lama tue kembali menghantui fikiran saya.. semakin hari hati saya semakin ragu2 pada dia.. semakin hari hati saya kuat nak membatalkan perkahwinan.. dan saya macam dah x ada hati nak kawin.. tapi kalau di fikirkan betul2, hati saya memang masih sygkan dia… kalau dia x ada d sisi, saya memang tercari2… cinta & sayang saya pada dia rasanya memang masih ada.. saya masih nak bercinta dgn dia.. tp untuk kawin dgn dia… entah lah.. saya pun x faham..hati nie memang betul2 rasa x nak kawin dgn dia..
m.azha johari // Jun 5, 2008 at 3:47 am
1.adakah batal wduk apabila menyentuh anak angkat yang belum baligh
2.apakah niat imam sembahyang bila makmum seorag knak-kanak yang beum baligh
Layan kan… » Blog Archive » “Memutuskan ketidak serasian dalam perhubungan” // Jul 30, 2008 at 12:43 pm
[…] http://nurjeehan.hadithuna.com/kahwin-untuk-apa/ […]
Leave a Comment