Oleh Dr Ahmad Redzuwan Mohd Yunus
SETIAP manusia akan melakukan perbuatan baik atau jahat. Justeru, mereka perlu tahu bahawa setiap perbuatan mereka akan dihitung Allah
pada akhirat kelak, walaupun sudah menerima balasan atau hukuman di dunia.
Hal ini ditegaskan dalam hadis daripada Aisyah bahawa: “Sudah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW, lalu berkata: Sesungguhnya aku memiliki beberapa orang budak yang berdusta, mengkhianati dan melakukan maksiat kepadaku. Lalu aku memukul dan memaki mereka, maka bagaimana kedudukan aku daripada mereka? Rasulullah SAW bersabda: Semuanya dihitung sesuai pengkhianatan, kemaksiatan dan kedustaan mereka kepadamu. Jika hukumanmu kepada mereka setanding dengan kesalahan mereka, maka hal itu saling mencukupi, tidak mengenai kamu dan tidak mengenai mereka. Jika hukuman kamu lebih ringan dibandingkan dengan kesalahan mereka, maka hal itu anugerah bagi kamu. Jika hukuman kamu lebih berat dibandingkan dengan kesalahan mereka, maka engkau akan dibalas dengan apa yang engkau lakukan sebelumnya. Mendengar jawapan itu, lelaki berkenaan menangis di hadapan Rasulullah SAW.†(Hadis riwayat Imam Muslim)
Allah
menjelaskan dalam al-Quran bahawa hitungan perbuatan manusia akan dilakukan walau sekecil mana sekalipun perbuatan dilakukan seseorang. Firman-Nya yang bermaksud: “Kami akan memasang timbangan yang tepat pada Hari Kiamat, maka tiadalah dirugikan seseorang walau sedikitpun. Dan jika (amalan itu) hanya seberat biji sawi pun, pasti Kami mendatangkan pahalanya. Dan cukuplah Kami sebagai Pembuat perhitungan.†(Surah al-Anbiya’, ayat 47)
Hitungan itu menunjukkan Allah
tidak mahu hambanya dizalimi dengan tidak menerima apa-apa balasan daripada perbuatan mereka lakukan. Dijelaskan dalam hadis, Abdullah Amr al-Ash berkata, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Allah
menyelesaikan urusan seorang lelaki daripada umatku di hadapan seluruh makhluk pada Hari Kiamat. Kepadanya ditebarkan 99 lembaran. Setiap satu lembaran saujana mata memandang. Kemudian Dia berfirman: Apakah engkau mengingkari semua ini? Apakah dua malaikat pencatat penjaga itu menzalimimu? Lelaki itu menjawab: Tidak, wahai Tuhanku. Dia berfirman lagi: Apakah engkau memiliki alasan atau kebaikan? Lelaki itu tampak bingung dan menjawab: Tidak, wahai Tuhanku. Allah
pun berfirman: Tentu di sisi-Ku engkau memiliki satu kebaikan dan hari ini tidak ada kezaliman bagimu.†(Hadis riwayat Imam Ahmad)
Ayat dan hadis di atas menjadi dalil jelas bahawa pada hari kiamat kelak, urusan pengadilan manusia akan dijalankan Allah
seadilnya sesuai dengan perbuatan manusia.
Dalam amalan manusia, Rasulullah SAW menjelaskan ada amal perbuatan yang ringan dilakukan, tetapi berat timbangannya di hadapan Allah
kelak. Amal perbuatan itu ialah ucapan Subhanallah wa Bihamdihi dan Subhanallahil ‘Azim. Hal ini dijelaskan Abu Hurairah bahawa, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Dua kalimah ringan diucapkan dan amat berat di dalam timbangan oleh ar-Rahman adalah Subhanallah wa Bihamdihi (Maha Suci Allah
dan dengan memuji-Nya) dan Subhanallahil ‘Azim (Maha Suci Allah
Yang Maha Agung). ” (Hadis riwayat as-Sohihain)
Timbangan Allah
sediakan pada hari kiamat, bukanlah suatu timbangan boleh ditipu oleh manusia kerana yang menjadi bukti ialah amal perbuatan mereka. Jika mereka melakukan kebaikan, maka syurga tempat kediaman mereka, tetapi jika perbuatan kejahatan mendominasi timbangan itu, maka neraka tempat perlu disinggahi olehnya.
Oleh itu, wajar bagi manusia melakukan hitungan terhadap diri mereka sebelum dihitung Allah
. Hitungan ini disebut sebagai muhasabah diri.
Jika hitungan yang dilakukan itu, terdapatnya perbuatan negatif, maka sebelum nyawanya diambil Allah
, sangat elok ia bertaubat atas perbuatannya itu. Allah
menjelaskan, bertaubat akan menguntungkan seseorang seperti firman-Nya yang bermaksud: “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah
, wahai orang yang beriman supaya kamu beruntung.†(Surah an-Nur, ayat 31)
Mereka menjadi orang yang beruntung kerana orang yang bertaubat kepada Allah
akan menjadi seperti orang tidak berdosa dan mereka inilah orang dicintai oleh-Nya. Firman Allah
yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah
mencintai orang yang bertaubat.†(Surah al-Baqarah, ayat 222)
-Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

3 responses so far ↓
// Jul 27, 2007 at 11:45 am
Assalamualaikum bez ar artikel ni…. cayuk.. truskan usaha….
// Jul 28, 2007 at 1:20 pm
salam buat kak nurjeehan…. terima kasih diatas artikal diatas…byk yg saya dpt dlm blogs akak ni… sebenarnya, saya ni adalah dr kalangan yg selalu leka dan lalai berkaitan ngn agama…. n sejak study dkat U lagi saya mang jns sosial dlm komunikasi ler (bkn ler jns liar tp yg slalu berurusan ngn org ramai, malah saya masih seorg ppuan islam yg mengekalkan aurat muslimah) saya slalu memegang jawatan dlm program….saya juga aktif dlm kesatuan kebudayaan masa dkt U….sumer saya akan aturkan, pertandingn drama, teater etc…smpi lah skrg ni dlm keadaan bkerja saya msh dlm kalangan yg mudah mesra ngn suma staff… dr boss, pekerja atasan sampai ler pkerja bawahan….. saya juga merupakan setiusaha boss…. yg saya sedar sekarang ni….saya bkn mcm saya yg dulu…. kwn yg rapat ngn saya pun ada cakap benda ni…. skrg saya byk diam, kalo benda penting berkaitan keje mang saya akan selesaikan ngn sebaik mgkin tp kalo nak pergi ke meja kwn2 seopis nak bergosip….dah x ada lah….kalo dulu, saya akan joint buat ketupat juga…. saya pun x fhm… cuma yg saya sedar perubahan pd diri saya ni sejak awal tahun ni bila saya amalkan surah pilihan Rasulullah (ada 5 surah yg menjadi bacaan harian Rasulullah) antaraY…surah al-waqiah,al-rahman,al-khafi,al-mulk dan surah sajadah…. skrg saya byk diam, dan biasanya akan bercakap kalo benda yg penting jer…. tp saya bkn sombong, saya akan tegur juga staff setiap ari….bagi ucapan slmt pg…. cuma sekrng saya rasa takut pada dosa….kalo sesuatu perkara ada berkaitan ngn ‘dpt dosa’…saya takut nak libatkan diri…. Alhamdulillah, skrg saya rasa lbh tenang dan selesa….w/pun byk mslh yg dtg dlm idup saya…insyaAllah suma dpt dihadapi ngn baik…. moga Allah
sentisa bg saya petunjuk….jgn lah dipesongkan saya spt zaman2 dulu saya yg memang jahil…. amalan sendiri ni pun x byk dan perlu ditingkan kan….
“Yaa Haliimu, Yaa ‘Aliimu, Ya ‘Aliyyu, Ya ‘Adhiim”
// Aug 5, 2007 at 7:45 pm
Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, syukur kepada Allah
kerana kita terpilih di antara berbilion-bilion hambanya untuk merasai kemanisan iman, rindu kepadaNya dan kekasihNya, menangisi akan kejahilan noda-noda dahulu, dan yang paling penting adalah kekuatan rohani anugerahNya dalam kita cuba menjadi hamba yang istiqamah dalam setiap amalan serta dapat mengakhiri usia ini dengan kesudahan yang soleh. Amin.
Leave a Comment