Mutiara Hati*

4 perkara capai keharmonian rumah tangga

February 9th, 2007 · No Comments

  

Oleh Mohd Shukri Hanapi

BAGI kehidupan sebuah keluarga bahagia dan harmoni, perasaan atau emosi suami isteri perlu sebati. Untuk mencapai tahap kesebatian emosi, kedua-duanya perlu hidup dalam suasana diliputi cinta, kasih-sayang, saling memahami dan bekerjasama dalam erti kata sebenarnya.

Kejernihan hubungan ini tidak harus dirosakkan atau dicemari sesuatu perkara pun, malahan tiada perkara yang harus menimbulkan kegelisahan mana-mana pihak.

Aspek pergaulan antara suami isteri, ibu bapa dan anak serta adik-beradik sama penting dengan asas pembentukan rumah tangga harmoni.

Oleh itu, aspek ini perlu diberi perhatian serius setiap pasangan suami isteri dan sesiapa saja yang ingin memasuki alam rumah tangga.

Untuk mencapai kebahagiaan hidup berkeluarga dan kecemerlangannya, pergaulan antara anggota keluarga, terutama suami isteri, perlu diliputi empat unsur iaitu cinta atau kasih sayang, saling memahami, kerjasama dan keikhlasan.

→ No CommentsTags: Cinta · Wanita & Keluarga

Sifat syukur tanda orang beriman

February 9th, 2007 · No Comments

  

Allah (SWT) melimpahkan rahmat-Nya kepada manusia sepanjang masa, tanpa sedetik pun terlepas dinikmati manusia. Jika tanpa rahmat Allah (SWT) sedetik, pasti musnah seluruh alam ini, termasuk manusia dan segala kemegahan yang dikagumi selama ini.

Justeru, hendaklah kita sentiasa sedar dan menyatakan rasa bersyukur kepada-Nya di atas segala nikmat hidup yang dianugerahkan. Sifat menunjukkan rasa bersyukur bukan saja satu amalan seperti mengucapkan rasa berterima kasih sesama manusia.

Sebaliknya, perbuatan yang berkaitan tanda bersyukur juga menjadi bukti tanda keimanan seseorang. Orang beriman sentiasa sedar siapakah dirinya dan tujuan asal diciptakan Allah (SWT). Apa yang dinikmati dan dimiliki di dunia ini adalah milik Allah (SWT) yang dipinjamkan sementara sahaja.

→ No CommentsTags: Akhlak & Adab · Tafakur (Muhasabah) · Tazkirah

Al-Quran penawar mujarab penyakit rohani, jasmani

February 9th, 2007 · 2 Comments

  

CAHAYA al-Quran menyinari seluruh dunia sebagai petunjuk dan pedoman hidup bagi peribadi yang menghendaki ketenteraman, kedamaian serta kebahagiaan.

Al-Imam Ghazali berkata dalam kitabnya Ihya Ulumuddin: “Segala macam ilmu pengetahuan, baik yang terdahulu, sekarang, akan datang, semuanya berpunca daripada al-Quran.”

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Telah aku tinggalkan kepadamu perkara yang apabila kamu tetap berpegang teguh kepadanya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu kitab (al-Quran) dan sunnah Rasulnya.”

Sejarah membuktikan, sejak al-Quran diturunkan pada malam 17 Ramadan di Gua Hira’, ia berjaya mengubah umat jahiliah yang hidup tanpa sebarang peraturan dan sistem akhlak kepada umat terbaik serta dicontohi dalam segala bidang.

→ 2 CommentsTags: Al Quran & Tafsir · Hati · Ilmu

Amalan zikir jadikan jiwa tenang, selamat

February 9th, 2007 · 7 Comments

  

Oleh Prof Madya Dr Abdul Rashid Ahmad 

MENGINGATI Allah (SWT) atau zikrullah adalah amalan yang paling mulia melalui pergerakan lidah, kesedaran akal budi dan keinsafan hati dan jiwa.

Dengan mengingati Allah (SWT) manusia akan berasa ketenangan jiwa kerana dia menyedari bahawa berada di samping Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Penyayang kepada hamba-Nya.

Apabila dia kembali kepada-Nya, maka sebenarnya dia kembali berpaut kepada asas yang kukuh. Manusia kadang-kadang gelisah menghadapi masa depan belum pasti keadaannya atau kadang-kadang berasa lemah berhadapan dengan pelbagai cabaran dan halangan yang mendepaninya.

→ 7 CommentsTags: Hati · Motivasi

Bagaimana mencari ketenangan jiwa?

February 9th, 2007 · 2 Comments

  

BERBAGAI cara dan bentuk usaha manusia dalam mencari ketenangan jiwa. Ada antara mereka yang mencari ketenangan jiwa itu dengan melancong, makan angin, bersukan, merekaseni melukis dan sebagainya.

Ada pula sebilangan orang mendapat kelapangan hati dan terhibur dengan cara bergaul dengan manusia, berinteraksi sesama mereka serta melihat keindahan alam. Ada juga yang mencari ketenangan jiwa itu dengan beribadat seperti membaca Al-Qur‘an, berzikir, bersembahyang dan sebagainya.

Tanpa ketenangan jiwa manusia akan menghadapi banyak risiko bahkan ia akan mendatangkan penyakit jiwa seperti rungsing, resah gelisah dan yang lebih parah lagi kemungkinan besar boleh menyebabkan seseorang itu tidak dapat membuat pertimbangan.

Dalam mencari ketenangan jiwa seseorang itu hendaklah berpandukan syarak supaya ia jangan terbabas. Ketenangan jika dengan melalui permainan, bersuka ria, dengan lagu-lagu, muzik, tari menari, berpesta karaoke atau seumpamanya hanyalah bersifat sementara, bahkan akibatnya akan bertambah-tambah parah. Hanya masa sahaja yang akan menentukannya.

→ 2 CommentsTags: Kehidupan Sosial · Motivasi · Tafakur (Muhasabah)

Close
E-mail It