Mutiara Hati*

Hakikat kesyukuran

January 25th, 2007 · 1 Comment

  

Oleh Imam Ghazali (Ihya’ Ulumuddin) 

ADAPUN rasa syukur, keutamaannya ialah bahawa Allah (SWT) mengaitkannya dengan zikir, sedangkan Allah (SWT) SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya zikrullah (mengingat Allah (SWT)) itu lebih besar.” (Al-Ankabut: 45)

Allah (SWT) SWT berfirman yang bermaksud: “Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku, nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku.” (Al-Baqarah: 152)

Allah (SWT) SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Allah (SWT) akan membalas orang-orang yang bersyukur.” (Ali-Imran: 144)

Allah (SWT) SWT berfirman yang bermaksud: “Sedikit saja dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur.” (Saba’: 13)

Di antara nasihat adalah sabda Nabi SAW: “Orang yang makan dan bersyukur sama darjatnya dengan orang puasa yang sabar.”

HAKIKAT KESYUKURAN 

→ 1 CommentTags: Akhlak & Adab · Iman & Tauhid · Motivasi · Petua & Amalan · Tafakur (Muhasabah)

Hakikat kesabaran

January 25th, 2007 · No Comments

  

Imam Ghazali (Ihya’ Ulumuddin)

IMAN itu terdiri dari dua bahagian. Setengahnya adalah kesabaran dan setengahnya lagi adalah rasa syukur, sesuai dengan yang disebutkan dalam kata-kata dan atsar-atsar.

Adapun kesabaran, Allah (SWT) SWT telah berfirman memuji sifat itu. “Kami telah menjadikan mereka itu sebagai pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami ketika mereka sabar.” (As-Sajdah: 24)

Allah (SWT) SWT berfirman yang bermaksud: “Dan telah sempurnalah perkataan Tuhan-mu yang baik (sebagai janji) untuk Bani Israel disebabkan kesabaran mereka.” (Al-A’raf: 137)

Allah (SWT) SWT berfirman yang bermaksud: “Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar.” (An-Nahl: 96)

Nabi SAW ditanya tentang iman, maka baginda menjawab, “Kesabaran dan suka menolong.”

Baginda bersabda: “Kesabaran itu adalah harta terpendam di syurga.”

HAKIKAT KESABARAN

→ No CommentsTags: Akhlak & Adab · Iman & Tauhid · Motivasi · Petua & Amalan · Tafakur (Muhasabah)

Islam galakkan tangisan syukur, kesal

January 25th, 2007 · No Comments

  

Oleh Ahmad Tarmizi Zakaria

MANUSIA sebagai makhluk ciptaan Allah (SWT) mempunyai pelbagai bentuk sifat dan tabiat yang menjadi keistimewaan dan kelebihan yang Allah (SWT) jadikan. Antaranya termasuk berkaitan dengan emosi seperti perasaan gembira, sedih, kecewa dan sebagainya.

Perasaan sedih sering kali timbul akibat datangnya gangguan emosi terhadap sesuatu perkara. Apabila keadaan ini berlaku, manusia dengan mudah menitiskan air mata atau dengan kata lain, menangis. Sesetengah daripada kita beranggapan, apabila seseorang itu menangis, ia satu perbuatan menjatuhkan maruah dan menunjukkan kelemahan diri sendiri. Anggapan sebegini sebenarnya tidak tepat kerana ajaran Islam sendiri menentukan jenis tangisan yang dilarang dan dibenarkan agama.

Antara jenis tangisan yang dibenarkan malah digalakkan dalam ajaran Islam termasuk:

→ No CommentsTags: Petua & Amalan · Tafakur (Muhasabah) · Taubat

Hikmah berdiam diri

January 24th, 2007 · 3 Comments

  

MANUSIA berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Didunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah (SWT) SWT.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah (SWT) itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah. Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

Antara hikmah diam adalah:

1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Hadis-hadis Rasullulah mengenai kelebihan diam yang bermaksud:

→ 3 CommentsTags: Akhlak & Adab · Kehidupan Sosial · Petua & Amalan

Tanda-tanda kebahagiaan dan kesengsaraan

January 24th, 2007 · No Comments

  

Bahagia dan sengsara ada petandanya.
Berikut ini adalah tanda bahagia dan sengsara dalam kehidupan kita:

Tanda-tanda Bahagia

1. Menjauhkan diri dari urusan dunia dan senang kepada urusan akhirat
2. Kemahuan kuat terhadap ibadah dan membaca al-Quran
3. Sedikit bicara terhadap apa yang tidak diperlukan
4. Sangat memelihara solat lima waktu
5. Menjaga diri dari yang haram dan syubhat, sedikit atau banyak
6. Bersahabat dengan orang-orang soleh dan baik
7. Rendah diri
8. Bersifat dermawan yang ikhlas
9. Belas kasihan terhadap makhluk-makhluk Allah (SWT) yang lain
10. Bermanfaat kepada orang lain
11. Selalu ingat mati dan bersiap sedia menghadapinya

Tanda-tanda Sengsara

1. Rakus terhadap harta dunia
2. Kemahuan nafsu yang kuat dan cenderung pada kelazatan dunia
3. Perkataan yang kotor dan banyak ghibah (menceritakan cela orang lain)
4. Menganggap enteng solat 5 waktu.
5. Bersahabat dengan orang-orang fasik
6. Buruk perilakunya
7. Sombong dan tinggi hati
8. Enggan memberi kebaikan kepada orang lain
9. Sedikit kasih sayang terhadap orang yang beriman
10. Pengecut
11. Lupa terhadap mati

(Dipetik dari kitab Tanhibul Ghafilin)

→ No CommentsTags: Petua & Amalan · Tafakur (Muhasabah) · Tazkirah

Close
E-mail It

Monty Wordpress Bayesian Spam Filter has blocked 6342 access attempts.