Mutiara Hati*

Tuntutan dan etika dalam berdoa (MUST READ)

February 7th, 2007 · No Comments

  

BERDOA merupakan salah satu daripada elemen yang penting dalam kehidupan seorang muslim. Ia merupakan pengakuan hamba terhadap kekuasaan Allah (SWT) yang mutlak terhadap segala yang berlaku, manakala dari segi yang lain pula ia adalah bentuk pengabdian seorang hamba kerana hadirnya perasaan berhajat kepada Allah (SWT) Subhanahu wa Ta‘ala.

Berdasarkan ini, doa mempunyai kedudukan yang mulia di sisi Allah (SWT) dan Allah (SWT) menyukai orang yang berdoa kepadaNya. Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang maksudnya :

“Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah (SWT) daripada doa.”
(Hadis riwayat Tirmidzi)

Dalam hadis yang lain pula, daripada Abdullah bin Mas‘ud Radhiallahu ‘anhuma, Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang maksudnya :

“Mohonlah kebaikan/kelebihan daripada Allah (SWT) kerana sesungguhnya Allah (SWT) suka diminta kebaikan/kelebihan dan sebaik-baik ibadah adalah menunggu kelapangan (terlepas daripada kesusahan).”
(Hadis riwayat Tirmidzi)

Doa adalah penggerak dalaman yang memberikan kekuatan, keyakinan, harapan dan keberkatan dalam apa jua amal perbuatan. Maka tidak hairan di dalam Islam setiap langkah sesuatu perbuatan, ada doa-doanya tertentu yang digalakkan supaya diamalkan sama ada sebelum memulakan sesuatu perbuatan ataupun selepas melakukannya.

Semua ini tidak lain, bagi menggalakkan orang-orang Islam agar sentiasa berdoa dan bagi menggambarkan bahawa berdoa itu adalah salah satu daripada keperluan yang penting di dalam mencari keberkatan, keredaan dan perlindungan Allah (SWT) sepenuhnya pada mencapai segala apa yang dilakukan.

Sebab itu orang yang enggan berdoa bukan sahaja dia telah menutup bagi dirinya berbagai-bagai pintu kebaikan, malah dia juga akan mendapat kemurkaan daripada Allah (SWT). Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu yang maksudnya :

“Sesungguhnya orang yang tidak meminta (berdoa) kepada Allah (SWT), Dia (Allah (SWT)) marah kepadanya.”

Kelebihan atau fadhilat doa itu amat besar dan banyak sekali. Melalui doa, keampunan dan rahmat diperolehi, dan melalui doa juga musibah dan kesusahan terhindar. Pendeknya, jika Allah (SWT) menghendaki dan merestui doa hambanya, tiada ada satu daya kuasa pun yang dapat menghalangnya dan Allah (SWT) tidak akan mensia-siakan keikhlasan orang yang berdoa.

→ No CommentsTags: Akhlak & Adab · Motivasi

Rukun Iman pedoman untuk faham kebenaran alam ghaib

February 7th, 2007 · No Comments

  

Bersama Prof Dr Sidek Baba

Muslim perlu yakin supaya hubungan dengan Pencipta kekal

DALAM tradisi keimanan orang Islam faktor arqan atau rukun menjadi asas penting dalam kehidupan beragama. Arqan al-Iman atau rukun iman menjadi tunjang rohaniah terhadap faktor ghaib. Arqan al Islam atau rukun Islam menjadi tunjang amaliah yang menghubungkan keimanan dan kehidupan itu sendiri.

Doktrin keimanan bersandar kepada faktor ghaibiyyat ini amat penting difahami dan dihayati supaya makna Islam yang terungkap dalam amalan memancarkan keyakinan yang tinggi terhadap Allah (SWT) dan ciptaanNya dan memanfaat kehidupan menerusi rahmah dan nikmah-Nya.

Faktor ghaibiyyah dan faktor yang nyata dalam alam dan kehidupan adalah suatu simbiosis dalam memahami faktor alamiah dan bukan alamiah. Tasawwur atau pandangan alam insan dibatasi dengan faktor yang nyata dilihat dan dianggap oleh pancaindera.

Faktor ghaibiyyah adalah gambaran kebesaran Allah (SWT) yang tidak dimiliki oleh manusia. Jasad yang dimiliki oleh manusia adalah sesuatu yang nyata. Roh yang menghidupkan jasad adalah sesuatu yang ghaib.

Kekuatan jasad yang membolehkan ianya berfungsi dipertahankan oleh kekuatan roh yang sifatnya ghaibiyyah. Tercabutnya roh daripada jasad menyebabkan sesuatu yang nyata tidak memberi makna apa-apa. Ianya mati dan kaku dan akhirnya hancur dan kembali kepada asal jadinya. Sedangkan roh terus hidup dan kembali kepada asal-Nya yang bersifat ghaib.

→ No CommentsTags: Akidah · Roh & Kematian

Doa, tasbih, selawat mampu ubah ketetapan nasib

February 7th, 2007 · 4 Comments

  

SALMAN meriwayatkan daripada Rasulullah SAW bahawasanya Baginda bersabda: “Tidak ada yang menolak ketetapan selain doa.”

Daripada Abdullah bin Umar bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang dibukakan baginya pintu doa, maka dibukakanlah baginya pintu rahmat, tidak ada permintaan yang lebih disukai daripada seorang meminta kesihatan dan bahawasanya doa bermanfaat untuk perkara yang sudah terjadi mahupun belum terjadi dan tidak ada yang menolak ketetapan selain doa maka berdoalah kamu wahai hamba Allah (SWT).”

Setiap ketetapan boleh berubah dengan:

  • Doa yang menjadi amalan serta;
  • Sedekah, sebagaimana diriwayatkan daripada Ali bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sedekah mencegah ketetapan yang sudah dikukuhkan.”
  • Kriteria ketiga yang boleh mengubah ketetapan ialah tasbih
  • Keempat adalah memperbanyak membaca selawat kepada Nabi.
  • Kelima, takwa yang menjadi syarat paling kuat untuk memperoleh kebaikan dan mencegah keburukan dari jalan yang tidak dihitungkan.

Allah (SWT) berfirman bermaksud: “Barang siapa yang bertakwa kepada Allah (SWT) maka Allah (SWT) akan menjadikan baginya jalan keluar dari segala kesulitan dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak dihitungkannya.” (Surah at-Thalaq, ayat 2-3)

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah (SWT) akan menjadikan baginya jalan keluar bagi segala kesulitan, kelapangan dari segala kegundahan dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak diperhitungkannya.”

Seorang lelaki mengadu kepada al-Hasan al-Bashri mengenai hal kekeringan, maka beliau berkata: “Beristighfarlah.” Kemudian datang orang lain kepadanya mengadukan perihal kefakiran, beliau berkata: “Istighfarlah.”

Kemudian datang lagi seorang yang mengadukan kebunnya yang kering, maka beliau berkata: “Istighfarlah.” Selepas itu datang seorang yang mengadukan ingin mempunyai keturunan, maka beliau berkata: “Istighfarlah.”

Beliau membacakan kepada mereka firman Allah (SWT) bermaksud: “Maka Aku berkata: “Minta ampunlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Dia akan menurunkan hujan bagimu dari langit. Memberimu harta yang banyak, keturunan dan menjadikan bagimu taman-taman dan sungai-sungai.” (Surah Nuh, ayat 10-12)

→ 4 CommentsTags: Motivasi

Tiga perkara membatalkan akidah

February 7th, 2007 · No Comments

  

Oleh Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang
Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) 

IBN Jauzi berkata: “Sebahagian ulama berpendapat ayat yang sebelum ini telah dinasakhkan dengan pengecualian pada ayat ini, dan ini bukanlah dinamakan nasakh kerana pengecualian maksudnya mengeluarkan sebahagian dari semuanya yang membawa kepada takhsis.”

Sayid Qutub berkata: “Adapun orang-orang yang terus berdegil (di atas kesalahan mereka) dan tidak bertaubat sehingga peluang itu terlepas dari tangannya dan tempoh (yang diberikan Allah (SWT)) telah berakhir, maka mereka akan menghadapi laknat yang diancamkan kepada mereka sebelum ini dengan huraian yang lebih terperinci dan tegas lagi.”

Benarlah firman Allah (SWT) s.w.t: “Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan mati di dalam keadaan kafir, mereka ditimpa laknat Allah (SWT) dan laknat para malaikat dan manusia seluruhnya. Mereka kekal di dalam laknat itu dan azab itu tidak akan diringankan dan tidak pula diberi tempoh kelonggaran.” (Al-Baqarah: 161-162)

Firman Allah (SWT) s.w.t: “Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan mati di dalam keadaan kafir.” Sesungguhnya disyaratkan mati dalam kufur kerana hukumnya mengikut bagaimana keadaan mati.

Abu al-`Aliyah berkata: “Ini pada hari kiamat di mana orang kafir didirikan kemudian Allah (SWT) melaknatnya seterusnya manusia dan malaikat juga melaknatnya. Inilah yang dinukilkan oleh Imam al-Baghawi di dalam tafsirnya.”

Sebenarnya terlalu banyak perkara yang boleh membawa kepada keluarnya seseorang dari daerah keimanan kepada kufur. Disebut secara umum di sini antara sebab-sebab tersebut:

Ulama berpendapat perkara yang membatalkan akidah dan iman terbahagi kepada tiga:

→ No CommentsTags: Akidah

Pesan Rasulullah: 7 golongan akan dapat naungan di akhirat

February 7th, 2007 · 1 Comment

  

RASULULLAH SAW bersabda yang maksudnya: “Sebilangan manusia yang dinaungi Allah (SWT) di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah (SWT); di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah (SWT) di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah (SWT), orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah (SWT)!”, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah (SWT) dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah (SWT).” (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

Terdapat tujuh golongan yang bakal mendapat naungan di hari akhirat kelak iaitu:

→ 1 CommentTags: Alam Akhirat

Close
E-mail It

Monty Wordpress Bayesian Spam Filter has blocked 23387 access attempts.