Mutiara Hati*

Tuhan! Kami rindukan naungan wahyu-Mu

August 10th, 2008 · No Comments

  

drasri.JPG

MENENTUKAN pendirian di zaman yang penuh kekeliruan dan pancaroba ini adalah sesuatu yang amat sukar. Banyak perkara yang beritanya itu begitu banyak, tetapi untuk memastikan yang benar mengenainya bukanlah sesuatu yang mudah.

Apatah lagi barangkali zaman kita ini zaman kekeliruan dan kemunculan begitu ramai ruwaibidoh. Nabi SAW pernah bersabda:

“Sesungguhnya sebelum kedatangan dajal-dalam riwayat yang lain: sebelum kiamat - adanya tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu didustakan orang yang benar, dianggap benar orang yang dusta, dianggap khianat orang yang amanah, dianggap amanah orang yang khianat, dan bercakap ketika itu al-Ruwaibidoh. Para sahabat bertanya: “Siapakah al-Ruwaibidoh?” Sabda Nabi SAW.: Orang lekeh yang berbicara mengenai urusan awam (orang ramai).” (Diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Abu Ya‘la, al-Bazzar, Ibnu Majah, al-Kharaiti, dan al-Hakim. Al-Hakim menyatakan asnadnya sahih dan ini disetujui oleh Al-Zahabi).

Zaman ini mungkin, jika umat tidak berhati-hati maka ramai pengkhianat diangkat sebagai hero atau pembela masyarakat. Ramai pula yang jujur dan bercakap benar, dianggap sebagai pembohong dan pendusta. Ramai pula yang tidak amanah ditabalkan dengan berbagai-bagai gelaran kemuliaan. Sementara yang amanah dan jujur akan dipinggirkan. Hanya mereka yang memiliki jiwa yang luhur yang mampu membuat keputusan yang benar. Justeru, Nabi SAW mengajar doa yang baik untuk diamalkan, terutama bagi kita pada zaman seperti ini, antaranya: Daripada Umm Salamah, katanya: Nabi tidak pernah keluar dari rumahnya sama sekali melainkan baginda mengangkat matanya ke langit dan bersabda:

“Ya Allah (SWT), aku berlindung dengan-Mu daripada aku sesat atau disesatkan, gelincir atau digelincirkan, menzalimi atau dizalimi, bodoh atau aku diperbodohkan” (Riwayat al-Nasai, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah. Dinilai sahih oleh al-Albani).

Baginda menunjukkan kepada kita contoh dan peringatan yang baik. Betapa hidup ini jika tidak dengan bimbingan Allah (SWT), nescaya manusia akan tersesat jalan. Mungkin seseorang insan akan tersesat atau dia disesatkan oleh orang lain. Atau sendiri tergelincir dari jalan kebenaran, atau digelincirkan oleh orang lain. Mungkin juga dia menzalimi orang, atau orang lain menzaliminya. Atau dia bertindak secara bodoh atau orang lain menyebabkan dia menjadi bodoh. Ya! Rabb, hanya Engkau mampu melindungi.

Pada zaman ini, pelbagai berita datang dari bermacam penjuru. Bagaikan kilat, bahkan mungkin lebih pantas daripada kilat. Kemudahan teknologi telah bertukar menjadi kesusahan kehidupan yang mencetuskan segala rasa ketidaktenteraman, keraguan, kekacauan maklumat dan fitnah. Sehingga kita kadang-kala tidak dapat lagi membezakan antara yang benar dan yang salah. Tidak dapat membezakan lagi antara berita fasik atau berita soleh atau berita lagha (sia-sia). Jika al-Quran mengajar kita: (maksudnya):

→ No CommentsTags: Tafakur (Muhasabah) · Tazkirah

Solat bezakan Muslim atau kafir

August 6th, 2008 · No Comments

  

Oleh W. RAHIMAH DRAMAN

MASIH ramai Muslim yang menganggap remeh pada amalan solat lima waktu sehari semalam.

Malah banyak yang bukan sahaja mengabaikannya tetapi bersikap sinis terhadap rukun Islam kedua selepas syahadah, yang diwajibkan ke atas setiap Muslim yang mukalaf itu.

Sama ada di kalangan pemimpin, ahli korporat, akademik, profesional, pentadbir dan pelajar yang berilmu, apa lagi golongan biasa yang sederhana dan kurang ilmu, kefarduan solat, rukun serta hukum meninggalkannya tetap sama.

Sebabnya, solat adalah amal ibadah yang pertama sekali akan dihisab apabila manusia dihidupkan kembali untuk melalui kehidupan kekal di akhirat, selepas berlaku hari kiamat.

Jika amalan solat yang diibaratkan tiang tidak ditegakkan, mana mungkin akan melekat amalan-amalan maaruf atau terdirinya komponen-komponen binaan yang lain.

Solat, sembahyang atau solah juga merupakan mukjizat yang tersurat iaitu dapat dilihat (melalui perbuatan untuk diamalkan) sebagaimana al-Quran (melalui huruf-huruf, kalimah dan mushaf untuk dibaca dan diamalkan) yang hanya diterima oleh Nabi Muhammad SAW daripada Allah (SWT) SWT untuk seluruh manusia.

Jika al-Quran adalah mukjizat yang diwahyukan secara berperingkat-peringkat melalui perantara Jibril di bumi, tetapi solat diterima terus oleh Rasulullah daripada Allah (SWT) SWT di Sidratul Muntaha semasa Mikraj ke langit dalam peristiwa Israk Mikraj yang baru sahaja diraikan oleh Muslim pada setiap 27 Rejab.

Harus diingat, amalan solat lima waktu sehari semalam itu juga adalah pembeza sama ada seseorang itu Muslim atau kafir. Jadi, jangan diabaikannya.

→ No CommentsTags: Akidah · Ibadah & Koleksi Doa · Tafakur (Muhasabah) · Tazkirah

Terap istiqamah dalam keimanan, amalan

August 6th, 2008 · No Comments

  

Oleh Mohd Adid Ab Rahman

Kecewa, mudah bosan penyakit berbahaya melenyapkan harapan capai kemajuan

MENJADI idaman setiap Muslim berkeinginan mengecapi kecemerlangan hidup bukan saja di dunia malah di akhirat. Namun, untuk memperolehnya seseorang itu hendaklah terlebih dulu berusaha keras meningkatkan keimanan walau apapun dugaan atau halangan yang datang.

Kecewa dan mudah bosan memang penyakit sangat berbahaya dan mampu melenyapkan harapan untuk mencapai hidup maju. Perasaan itu mesti dilontarkan sejauh-jauhnya. Inilah sifat istiqamah yang sewajarnya menjadi identiti bagi setiap muslimin supaya tidak hanyut mengikut nafsu.

Allah (SWT) berfirman yang bermaksud:

“Oleh yang demikian, maka ajaklah (mereka) dan berdirilah dengan lurus sebagaimana engkau diperintah, dan janganlah engkau turut hawa nafsu”. (Surah as-Syura, ayat 15)

Sehaluan dengan perintah itu Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Katakanlah: Aku percaya kepada Allah (SWT) kemudian berlaku lurus (istiqamah).” – (Hadis riwayat Muslim)

Istiqamah seharusnya diterapkan dalam segala bidang pekerjaan kerana bekal keimanan serta sifat berhubung kait dengan hati dan ibadat membolehkan seseorang itu melihat segala kebaikan atau keburukan yang datang daripada sudut pemikiran rasional.

Sewajarnya apabila kecundang dalam sesuatu yang diperjuangkan, sama sekali tidak boleh menyalahkan takdir bahkan sehingga ada yang tergamak beranggapan bahawa Allah (SWT) sudah benci kepadanya.

Sebaliknya, lihat pada diri sendiri, selidik dan teliti apa kekurangan atau kecacatan supaya dapat diperbaiki dan meneruskan usaha dengan akal sihat, subur, akhirnya bertawakal kepada Allah (SWT). Anggaplah kekalahan itu sebagai ujian Allah (SWT) yang perlu dihadapi penuh kesabaran dan keimanan.

Dengan itu, mudah-mudahan tidak berulang lagi kegagalan yang sama dalam hidup. Di sinilah seseorang perlu kepada sifat istiqamah. Sesungguhnya orang yang mengaku beriman itu tetap diuji Allah (SWT) untuk mengukur sejauh mana kekentalan iman di dadanya.

→ No CommentsTags: Akidah · Iman & Tauhid · Motivasi · Tafakur (Muhasabah) · Tazkirah

Tanda Pencipta mencintai manusia

August 6th, 2008 · 3 Comments

  

Tajdid Iman:
Dr Juanda Jaya

berdoa1.jpgPASRAH: Wirid dan doa mendekatkan hubungan antara insan dengan Maha Pencipta.

Insan dibekal hati, perasaan, akal dan fikiran membezakan

APABILA rakyat mencintai rajanya, hal itu perkara lazim dilakukan. Bagaimanapun, suatu hal sungguh menyentuh hati ialah apabila seorang raja mengasihi rakyat tanpa pilih kasih. Sanggup berdebu dan menjejak tanah, memberi apa diminta dan mendengar setiap rintihan dengan hati paling lembut kepada rakyat.

Begitulah cinta Allah (SWT) kepada hamba-Nya. Maha Agung dan Perkasa itu mengisytiharkan kedudukannya yang amat dekat kepada hamba-Nya. Firman Allah (SWT) bermaksud:

“Dan apabila hamba-Ku bertanya mengenai Aku, maka (jawablah) sesungguhnya Aku dekat. Aku memakbulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia meminta kepada-Ku.” (Surah al-Baqarah, ayat 186)

Sesungguhnya apabila Allah (SWT) mencintai hamba-Nya, ia dapat dilihat dengan jelas dan dirasa melalui hati bersih. Ketika Allah (SWT) mencintai seorang hamba, maka jatuhlah ke dalam hati hamba itu ilham suci yang membuat dia mengenali tanda kecintaan-Nya.

Ada beberapa tanda yang boleh dirasa oleh hati manusia antaranya:

→ 3 CommentsTags: Cinta · Tafakur (Muhasabah) · Tazkirah

Puasa amalan terbaik hidupkan Syaaban

August 4th, 2008 · No Comments

  

Oleh Mohd Yaakub Mohd Yunus

Umat digalak perbanyak ibadah sunat sebagai persediaan hadapi Ramadan

KEDATANGAN Syaaban memberi petanda kita semakin hampir untuk bertemu Ramadan al-Mubarak, bulan Allah (SWT) melimpahkan pelbagai ganjaran pahala kepada hamba-Nya.

Sebagai persiapan untuk menghadapi Ramadan apakah amalan yang disunatkan Rasulullah pada Syaaban? Sebenarnya pada bulan ini Rasulullah SAW memperbanyakkan puasa hingga diriwayatkan Baginda berpuasa sebahagian besar pada bulan itu.

Aisyah berkata:

“Rasulullah SAW berpuasa hingga kami menyangkakan Baginda tidak akan berbuka dan Baginda berbuka hingga kami menyangkakan Baginda tidak akan berpuasa. Aku sama sekali tidak pernah melihat Rasulullah SAW menyempurnakan puasa sebulan melainkan pada Ramadan dan aku tidak pernah melihatnya lebih banyak berpuasa melainkan pada Syaaban.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Selain amalan berpuasa, tiada hadis sahih menunjukkan Baginda SAW mengkhususkan amalan tertentu sempena Syaaban. Namun, amalan sunah lazimnya dilakukan tanpa mengkhususkan waktu tertentu seperti membaca al-Quran, mengerjakan solat sunat, berzikir dan berdoa.

Mengenai hikmah Rasulullah SAW meningkatkan amalan puasa pada Syaaban, Al-Hafiz Ibn Hajar mengulas dalam Fath al-Bari: “Hikmah lebih tepat untuk dikatakan berhubung persoalan ini, iaitu meningkatkan amalan puasa pada Syaaban adalah seperti yang disebutkan hadis dengan darjat lebih sahih daripada hadis terdahulu.

Hadis diriwayatkan oleh al-Nasaai dan Abu Daud, disahihkan Khuzaimah daripada Usamah bin Zaid katanya: “Aku bertanya Rasulullah SAW: Ya Rasulullah! Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam satu bulan berbanding bulan lain seperti engkau berpuasa daripada sebahagian Syaaban. Baginda bersabda: Itulah bulan yang manusia melupakannya antara bulan Rejab dan Ramadan, iaitu bulan yang diangkat amalan kepada Allah (SWT), Tuhan semesta alam. Oleh itu, aku suka supaya amalanku diangkat ketika aku sedang berpuasa.” (Hadis riwayat al-Nasaai)

Oleh itu, sewajarnya kita menyambut kedatangan Syaaban dengan menggandakan ibadat puasa. Namun, ada beberapa perkara sering diperdebatkan mengenai puasa pada Syaaban iaitu adakah dibolehkan berpuasa pada keseluruhan Syaaban dan larangan berpuasa selepas pertengahan bulan ini.

→ No CommentsTags: Ibadah & Koleksi Doa · Petua & Amalan

Close
E-mail It

Monty Wordpress Bayesian Spam Filter has blocked 6349 access attempts.