Mutiara Hati*

Usah tunggu bala turun baru berubah

August 3rd, 2008 · No Comments

  

KERUNTUHAN akhlak di kalangan umat Islam di negara kita hari ini semakin membarah. Satu masa dulu kita hanya melihat atau mendengar masalah golongan muda terjebak dengan maksiat secara sembunyi-sembunyi.

Hari ini, daripada anak hingusan hingga warga tua yang layak dipanggil datuk tidak segan silu lagi melakukan kemungkaran secara terbuka.

Baik kota besar mahupun di pekan kecil, aurat wanita menjadi perhiasan yang sentiasa didedahkan, keintiman hubungan sama ada berlainan jenis atau sesama jantina menjadi kebiasaan, meneguk arak bagaikan minuman ringan, ada suami serong dan banyak pula isteri curang.

Tidak cukup dengan melakukan kemungkaran, maksiat kini menjadi kebanggaan. Semakin ramai tidak malu mengaku dan menayangkan kelakuan dan perbuatan terlarang.

Malah, ada yang sanggup tampil akhbar, televisyen dan radio semata-mata mahu memberitahu dunia bahawa hidupnya di jalan songsang.

Begitulah ‘nazaknya’ sistem sosial di negara kita yang satu masa dulu masyarakatnya mempertahankan agama, tata susila dan adat ketimuran.

Di mana-mana saja di tanah air tercinta ini, kemungkaran demi kemungkaran ditayangkan di depan mata, seolah-olah undang-undang dan syariah tidak lagi berkuasa dan dikuatkuasakan.

Di dalam kemakmuran, kesenangan hidup dan kemewahan duniawi, ramai rakyat Malaysia lupa diri dan lalai daripada mengingat Yang Maha Esa. Kita seolah-olah lupa dengan sejarah bahawa maksiat menjadi punca keruntuhan banyak tamadun dunia.

→ No CommentsTags: Tafakur (Muhasabah) · Tazkirah

Do you get better or bury it deeper?

August 3rd, 2008 · No Comments

  

This piece will be written in tribute to my dear friend, Aini - whose currently going through a profound personal loss, one after another.

Also to those whose hope frailed,

or the hearts that were recklessly betrayed and broken.

In process of editing.

→ No CommentsTags: An unexamined life is not worth living

Think about it…

August 2nd, 2008 · No Comments

  
If Allah (SWT) is with you, then whom do you have to fear? If Allah (SWT) is against you, then what hope do you have?”

→ No CommentsTags: Mutiara Kata

Perjalanan agung

August 1st, 2008 · No Comments

  

Oleh Idris Musa
idris@hmetro.com.my

“MAHA Suci Allah (SWT) yang menjalankan hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya, untuk diperlihatkan kepadanya tanda kekuasaan Kami. Sesungguhnya Allah (SWT) Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (al-Isra’:1)

Peristiwa Israk dan Mikraj biarpun di luar pencapaian pancaindera manusia biasa, tetap diabadikan dalam al-Quran, dengan hikmah yang amat besar, menunjukkan kekuasaan Allah (SWT) mencipta alam ini dan membenarkan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.

Justeru, umat Islam berkewajipan mempercayai, malah mengimani peristiwa itu. Ulama mencapai kata sepakat orang Islam yang meragui atau tidak mempercayai peristiwa itu dihukum kafir.

Daripada riwayat, menceritakan beberapa liku kejadian dialami Rasulullah s.a.w, tidak kurang dengan kejadian aneh yang bermula dari awal.

Nabi s.a.w mengalami pembedahan dada, hati baginda dicuci dengan air zam-zam, dibuang ketul hitam (‘alaqah), kemudian dadanya dijahit kembali dan dimeterikan dengan ‘khatimin nubuwwah’.

Selesai pembedahan, didatangkan haiwan iaitu buraq untuk ditunggangi Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan ‘israk’ dan sepanjang perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dengan ditemani Jibril.

Buraq berasal daripada perkataan Barq, bererti kilat. Buraq itu ialah binatang atau kenderaan yang kecepatannya seperti kilat.

→ No CommentsTags: Sejarah & Tamadun

Malu didik berpekerti mulia diri

August 1st, 2008 · No Comments

  

Bersama Nik Salida Suhaila Nik Saleh
SalidaSuhaila99@yahoo.com

Tanpa sifat malu seseorang boleh melakukan apa saja tanpa memikirkan kesan kepada diri sendiri, masyarakat, negara, bangsa dan agama.

Manusia terjebak perbuatan maksiat akibat hilang rasa silu terhadap Tuhan

MENITIPKAN tajuk malu pada minggu ini sedikit sebanyak ada kaitannya dengan akhlak yang dapat menghindarkan seseorang daripada melakukan perbuatan tercela. Pertandingan ratu cantik di kalangan mak nyah yang berlaku di negeri Serambi Makkah contohnya adalah satu perbuatan sungguh memalukan, apatah lagi turut disertai seorang guru yang tugasnya melahirkan modal insan berkualiti sebagai jaminan kesinambungan umat Islam cemerlang.

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin ‘Amir: “Sesungguhnya antara apa yang didapati manusia daripada ucapan nabi terdahulu adalah ‘apabila engkau tidak malu, maka lakukan apa pun yang engkau mahu’.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Hadis di atas menunjukkan bahawa tanpa sifat malu, seseorang itu boleh melakukan apa saja tanpa dibatasi rasa takutkan seksaan Allah (SWT) dan segan dipandang orang, sebaliknya berbuat apa saja tanpa memikirkan kesan perbuatan kepada diri sendiri, masyarakat, negara, bangsa atau agama.

Ada dua jenis sifat malu yang ada pada diri manusia iaitu malu berasal daripada tabiat dasar seseorang. Ada sebahagian orang Allah (SWT) anugerahkan sifat malu iaitu yang kita perhatikan memang pemalu sejak kecil, tidak berbicara kecuali yang penting dan tidak melakukan sesuatu perbuatan kecuali ketika ada kepentingan. Sikap ini tentunya diwarisi daripada ibu bapa atau ahli keluarga lain.

Kedua, malu yang diupayakan daripada latihan, bukan pembawaan. Contohnya, seseorang itu bukan asalnya seorang pemalu tetapi kerana pergaulannya dengan orang bersifat pemalu, akhirnya dia memperoleh sikap itu. Malu bersifat pembawaan adalah lebih utama daripada malu disebabkan latihan atau ‘jangkitan’.

→ No CommentsTags: Akhlak & Adab · Kehidupan Sosial · Petua & Amalan · Tafakur (Muhasabah)

Close
E-mail It

Monty Wordpress Bayesian Spam Filter has blocked 6344 access attempts.