Mutiara Hati*

Insan tawaduk sentiasa merendah diri, bijak bicara

October 16th, 2008 · 2 Comments

  

Oleh Hashim Ahmad
bhagama@bharian.com.my

Berjalan atas bumi ini dengan tenang, usah sombong, jangan angkuh dan tidak bersikap kasar

KETIKA orang melontarkan ucapan buruk, mereka tidak membalas dengan ucapan yang sama namun memaafkannya. Mereka sentiasa berkata yang baik, tidak terpengaruh oleh kejahilan pihak yang melakukan kejahatan kepada mereka.

Hamba Allah (SWT) yang penyayang adalah insan pilihan dengan peribadi diharapkan. Mereka dinyatakan secara tersendiri dalam lembaran firman Allah (SWT) dan mendapat pujian khusus dari-Nya. Bagaimanakah ciri hamba yang memiliki kedudukan mulia itu?

→ 2 CommentsTags: Akhlak & Adab · Kehidupan Sosial · Muamalah · Tafakur (Muhasabah) · Tazkirah

Cinta palsu hancurkan nilai keinsanan

October 16th, 2008 · 2 Comments

  

Oleh Nik Salida Suhaila Nik Saleh

KEWUJUDAN manusia adalah keunikan alam anugerah Allah (SWT) dan komunikasi antara mereka memperlengkapkan kelangsungan sebuah kehidupan, manakala hubungan manusia dan pencipta-Nya pula menempah kejayaan hakiki.

Manusia memiliki fitrah kejadian seni dan agung sebagai pembalut naluri yang berfungsi untuk membina kestabilan asas keinsanan seorang manusia. Cinta juga menepati satu angka daripada perangkaan fitrah manusia. Tanpa nilai cinta yang didefinisikan sebagai cetusan rasa daripada orbit naluri ke arah mengenali satu objek dengan penghayatan hakikat dan kewujudannya akan mengganggu fitrah manusia.

Kesenian cinta didasari runtunan fitrah tanpa dicabul oleh hawa syahwat adalah lambang kedamaian, keamanan dan ketenangan. Namun cinta sering kali diperalatkan untuk melangsaikan keghairahan nafsu dan hasutan iblis laknatullah.

Demi kemakmuran manusia sejagat, kita mesti menangani fenomena cinta dengan nilai fikrah suci dan iman yang komited kepada Allah (SWT). Cinta sebenar adalah perasaan luar biasa lahir dari satu hati dan jiwa kepada hati dan jiwa yang lain.

Justeru, tidak wujud cinta biasa, yang ada hanyalah cinta luar biasa kerana sesiapa memahami erti cinta, akan tahu hakikatnya yang luar biasa kerana kita akan mencintai orang lain lebih daripada seseorang itu mencintai dirinya.

→ 2 CommentsTags: Cinta · Hati · Tafakur (Muhasabah) · Tazkirah

Syawal perlu dijadikan medan istiqamah amalan ketika Ramadan

October 14th, 2008 · No Comments

  

Perspektif Ikim
Oleh Norkumala Awang

RAMADAN sudah berlalu, namun kesan tarbiah seharusnya masih berbekas di setiap jiwa Muslim. Sesungguhnya Ramadan bulan melatih diri yang bakal mencetuskan momentum untuk kebaikan yang akan diteruskan bulan seterusnya.

Aidilfitri ini adalah jejak permulaan menentukan hasil daripada natijah Ramadan. Adakah ia mampu mengundang kebaikan dan pahala seperti dilakukan pada Ramadan?

Di sini pentingnya kekuatan dalaman yang perlu dicetuskan hasil daripada istiqamah yang berpanjangan. Apakah yang ada selepas Ramadan? Mampukah untuk terus berlaku baik dengan beramal ibadat dan menambahkan pahala serta amal kebaikan?

Semua persoalan ini boleh dijadikan titik renungan setiap daripada kita bahawa Syawal yang sedang kita lalui sekarang juga adalah ujian. Barangkali terbit juga kekusutan dan kekeliruan dalam pembawaan kita pada Ramadan dan bulan lain.

Mengekalkan sesuatu yang kita amalkan atau dalam erti kata lain istiqamah mungkin sukar untuk diteruskan jika istiqamah itu terus dipandang sebagai beban yang tiada penghujungnya. Sedangkan kita boleh mengubah pandangan itu bahawa apa yang lalui Ramadan dapat menjadi pencetus kepada kebaikan untuk sebelas bulan yang akan datang bermula pada Syawal.

Sayang sekali, ia hanya dipandang sepi. Cuba kita lihat, bagaimana sibuknya pada Ramadan, semua pihak atau orang perseorangan untuk bersedekah, menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan seperti orang miskin, orang tua dan anak yatim.

→ No CommentsTags: Tafakur (Muhasabah) · Tazkirah

Tiga perkara pastikan mukmin terlindung tipu daya syaitan

October 14th, 2008 · No Comments

  

Tajdid Iman
Bersama Dr Juanda Jaya

TIPU daya syaitan dan bisikan hawa nafsu sentiasa mempermainkan kehidupan seorang insan. Setiap saat kedua-duanya bersatu tenaga merancang untuk merobohkan benteng iman di hati manusia.

Namun begitu, tidaklah Allah (SWT) menyerahkan bulat-bulat diri orang mukmin untuk menjadi hidangan syaitan dan hawa nafsu mereka. Bahkan Allah (SWT) akan membersih jiwa orang mukmin itu setiap saat hingga mereka kembali kepada-Nya dalam keadaan sebersih-bersihnya.

Apakah tanda Allah (SWT) menyucikan diri seorang hamba?

Diturunkan musibah kepadanya lalu dia reda. Dihidupkan jiwanya lalu dia bertaubat. Dipimpin hatinya lalu dia suka beribadat.

Tiga perkara ini besar fungsinya untuk memastikan hamba yang beriman tetap terjaga dan terlindung daripada jenayah hawa nafsu dan tipu daya syaitan. Sehingga dia bertemu Allah (SWT) dalam keadaan suci, bersih lagi diredai.

Sesungguhnya musibah akan membentuk tiga karakter manusia iaitu manusia yang memiliki jiwa yang unggul, teruji dan benar cintanya kepada Allah (SWT) kerana musibah berkait rapat dengan perasaan kejiwaan manusia.

→ No CommentsTags: Akidah · Motivasi · Tafakur (Muhasabah) · Tazkirah

Ganjaran puasa enam

October 13th, 2008 · No Comments

  

Susunan Idris Musa
idris@hmetro.com.my

PUASA enam hari pada bulan Syawal adalah kesinambungan kepada ibadat puasa sebulan yang diwajibkan pada Ramadan

Walaupun tidak berdosa sekiranya tidak dilakukan, tetapi hakikatnya puasa sunat enam hari pada bulan Syawal adalah ibadat yang penuh bermakna, malah ia amalan generasi soleh yang terdahulu.

Nabi s.a.w ada menjelaskan ganjaran kepada mereka yang berpuasa enam hari pada Syawal melalui beberapa hadisnya, antaranya hadis diriwayatkan Muslim yang bermaksud:

“Sesiapa berpuasa pada Ramadan, kemudian diiringi dengan (puasa) enam hari Syawal, maka dia seperti berpuasa satu tahun penuh.”

Menerusi hadis lain yang dikeluarkan At-Tabrani dengan sanadnya daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Sesiapa yang berpuasa pada Ramadan dan diiringi dengan puasa enam hari pada Syawal, nescaya hilang segala dosanya seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya.”

Penegasan baginda itu menunjukkan puasa enam hari bulan Syawal amat digalakkan walaupun ia tidak sampai tahap wajib, kerana ganjarannya sangat besar.

Nabi s.a.w sendiri menggalakkan umatnya rajin beribadat, dengan ibadat fardu disusuli dengan amalan sunat. Baginda ada menerangkan Allah (SWT) S.W.T amat suka kepada hamba-Nya yang rajin beribadat, seperti pada hadis berikut:

→ No CommentsTags: Ibadah & Doa · Motivasi

Close
E-mail It

Monty Wordpress Bayesian Spam Filter has blocked 23393 access attempts.