Mutiara Hati*

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1429H

January 8th, 2008 · 2 Comments

  

Asalamualikum

tahunbaru1429h.JPG

To all my Muslim brothers and sisters,
maalhijrahlogo.gif
I wish you a blessed Maal Hijrah.

Diiringi doa semoga dikurniakan Allah (SWT) iman yang semakin bertambah, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang terbaik, keluasan rezeki yang halal, kecukupan dari segala keperluan, ketenangan hakiki, rahmat juga barakah yang berterusan sehingga ke akhir hayat. Saya berdoa kita sentiasa dalam taufik, hidayah, perlindungan & pemeliharaan Allah (SWT) SWT. Ameen Ya Rabbal Aa’lamin.

“Kejayaan sebenar berada di depan mata dan samar-samar untuk dimengertikan dan sukar dicari tanpa ilmu dan pengalaman. Ia milik orang yang sabar, tekun, amanah dan penuh doa setelah bertungkus lumus berusaha dalam mengejar matlamat.”

Salam Hormat,
Nurjeehan H.
http://nurjeehan.hadithuna.com

Let’s read these supplications, together.
Doa Akhir & Awal Tahun Hijriah


Doa Akhir Tahun

akhirtahun.gif

Maksudnya:

Allah (SWT) SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah (SWT) berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa Awal Tahun

awaltahun.gif

Maksudnya :

Allah (SWT) SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah (SWT) berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Tags: Uncategorized

2 responses so far ↓

  • anizyn // Jan 9, 2008 at 1:52 am

    Selamat Menyambut Maalhijrah, Jeehan. Moga sukses selalu dan blog ini terus berkembang dalam menyalurkan maklumat kpd org ramai.

  • ann // Jan 9, 2008 at 4:21 am

    selamat tinggal 1428H n selamat tahun baru 1429H…
    semoga Allah (SWT) sentiasa memberkati hidup umat Islam seluruhnya..
    semoga kita dberi kekuatan untuk menghadapi tahun baru ini dgn lebih baik

Leave a Comment

Close
E-mail It

Monty Wordpress Bayesian Spam Filter has blocked 23386 access attempts.