Mutiara Hati*

Solat tengah malam penghapus dosa, penghalang maksiat

August 20th, 2008 · 5 Comments

  

MENURUT Syeikh Muhammad Solih al-Munajjid, ada beberapa faktor penting yang dilihat boleh membantu umat Islam untuk bangun bagi melakukan solat di tengah malam antaranya:

  • Ikhlas kepada Allah (SWT) dalam setiap tindakan dilakukan bagi meraih keredaan-Nya, iaitu melakukan solat malam dengan merahsiakannya daripada pengetahuan orang ramai, ia bertujuan supaya tidak ada rasa riak dalam diri.
  • Hendaklah bagi orang yang melakukan solat malam itu mempunyai perasaan dalaman, bahawa Allah (SWT) menjemputnya untuk bangun di tengah malam.
  • Mengetahui sedalam-dalamnya ilmu mengenai kelebihan bangun di tengah malam berdasarkan pengajian dan perbincangan.
  • Memerhati kepada kesungguhan individu terdahulu daripada kita yang istiqamah dan iltizam melakukan qiyamulail khususnya para solihin di kalangan sahabat dan ulama.
  • Tidur di atas lambung sebelah kanan akan memudahkan seseorang itu bangun di tengah malam seperti ditunjukkan Rasulullah SAW.
  • Tidur dalam keadaan berwuduk seperti ditegaskan Rasulullah dalam sabda yang bermaksud: “Apabila anda hendak masuk tidur, berwuduklah seperti untuk menunaikan solat.” (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim daripada al-Barra’Bin ‘Azib)
  • Bersegera masuk tidur (tidur pada awal waktu) terutama lepas solat Isyak seperti amalan dilakukan Rasulullah SAW.
  • Berzikir dengan wirid yang Ma’thur seperti Ma’thurat sebelum tidur (kerana ia menjadi benteng diri daripada kejahatan syaitan dan membantu untuk mudah bangun) atau membawa ayat pilihan dari al-Quran, baca doa tidur dan membaca tiga Qul.
  • Seboleh-bolehnya tidur sebentar pada siang hari yang dikenali sebagai ‘Qailulah’, iaitu sebelum masuk waktu Zuhur atau selepasnya.
  • Elak daripada banyak makan dan minum kerana ia boleh membantutkan hasrat untuk bangun di tengah malam.
  • Bertekad sedaya upaya untuk bangun malam dalam apa juga keadaan.
  • Menjauhkan dosa dan maksiat, kerana ia dikenal pasti sebagai penghalang pertama mudah untuk bangun di tengah malam.
  • Membuat perhitungan diri (muhasabah) jika tidak mampu untuk bangun di tengah malam.
  • Qiyamullail adalah ibadat yang menghubungkan hati kita dengan Allah (SWT) selain ia adalah sunat muakkad yang sangat dianjurkan oleh Nabi SAW.

Baginda SAW bersabda yang bermaksud:

“Hendaklah kamu lakukan solat di tengah malam, sesungguhnya ia adalah kebiasaan orang salih sebelum kamu, ia boleh mendekatkan kamu kepada Tuhan, penghapus segala dosa, penghalang daripada terjebak kepada maksiat dan dosa dan penawar kepada penyakit yang ada di tubuh.” (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Tirmizi)

Tags: Ibadah & Doa · Motivasi

5 responses so far ↓

  • zura // Aug 27, 2008 at 2:55 pm

    Saya ada baca buku-buku mengenai solat taubat. Boleh tak jika ingin melakukan solat taubat dengan tidak perlu membaca ayat-ayat yang sepatutnya di baca sebelum melakukan solat taubat?

  • zindi // Aug 29, 2008 at 1:42 am

    Untuk penulis …
    Q sangat kagum dg nurjeehan.hadithuna.com
    Subhanallah
    I love jeehan

  • zindi // Aug 29, 2008 at 1:44 am

    Untuk penulis …Q sangat kagum dg nurjeehan
    Subhanallah, I love jeehan

  • azira // Aug 30, 2008 at 7:58 am

    assalamualaikum…
    saya ske sgt bce artikel2 kat cni..
    wbste mcm ni mmg perlu sgt tp ramai org yg tak sedar..
    alhamdulillah sgt sy tjumpa wbste mcm ni
    hrp kak jeehan trus success!!

  • Shahrizah // Sep 17, 2008 at 10:09 pm

    Penerangan tentang cara2 untuk memudahkan bangun tengah malam itu sangat bagus. Terima kasih kerana memberi tips itu. Juga saya harap penulis akan dapat menyenaraikan amalan dan solat solat yang dilakukan semasa qiamulail kerana tidak semua orang tahu tentang ini secara terperinci, Terima kasih.

Leave a Comment

Close
E-mail It

Monty Wordpress Bayesian Spam Filter has blocked 23386 access attempts.